omniture

Teknologi DXC Mengenal Pasti Lima Trend Keselamatan Siber yang akan Memberi Impak kepada Kehidupan dan Perniagaan pada tahun 2023 dan Seterusnya

DXC Technology Company
2023-01-10 22:16 0

-   Industri keselamatan siber global melantik 3.4 juta ahli profesional tambahan untuk membantu meneutralkan ancaman jenayah siber

LONDON, 10 Januari 2023 /PRNewswire/ -- DXC Technology (NYSE: DXC), sebuah syarikat perkhidmatan teknologi global Fortune 500 yang terkemuka, telah meramalkan lima cara landskap keselamatan digital akan mempengaruhi kehidupan dan perniagaan pada tahun 2023 dan seterusnya.

DXC: Five Cybersecurity Trends that will Impact Life and Business in 2023 and Beyond (credit Adobe Stock)
DXC: Five Cybersecurity Trends that will Impact Life and Business in 2023 and Beyond (credit Adobe Stock)

Sebagai salah sebuah syarikat penyedia penyelesaian keselamatan siber yang terkemuka di dunia dengan lebih 3,000 orang pakar yang membantu syarikat terbesar di dunia meningkatkan daya tahan, DXC Technology mendapati terdapat landskap ancaman yang semakin berkembang, namun terdapat juga peluang untuk menanganinya.

1. Perlumbaan menghasilkan senjata keselamatan siber akan dipercepatkan

Penjenayah siber dan ahli profesional keselamatan siber akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam pertempuran kecerdasan yang semakin canggih. Dalam kes pertahanan keselamatan siber, AI telah digunakan terutamanya untuk mengenal pasti pola tingkah laku yang mencurigakan. Disebabkan oleh jumlah aktiviti yang disyaki dan bilangan positif palsu, kakitangan keselamatan siber sering mendapat tekanan.

Berita baik adalah pada tahun 2023 dan seterusnya, kita sepatutnya dapat mula mengautomasikan kawalan keselamatan dan mekanisme tindak balas berasaskan AI – membantu bertindak balas dengan lebih pantas dan lebih tepat kepada serangan siber, mengurangkan masa gendala yang mungkin berlaku dan melindungi data kritikal peribadi dan perniagaan.

"Walaupun AI boleh mengautomasikan pengesanan dan penghapusan ancaman, proses-proses asas ini adalah berdasarkan pemahaman tentang aktiviti masa lalu yang akan mendorong penjenayah siber untuk menghasilkan jenis serangan baharu," kata Mark Hughes, Presiden Keselamatan DXC Technology. "Menghalangi kesemuanya akan menjadi satu cabaran, terutamanya jika pengkomputeran kuantum turut terlibat pada tahun-tahun akan datang, yang dapat membuatkan pertahanan hari ini mampu diceroboh dalam masa beberapa saat sahaja."

2. Kita perlu berhati-hati tentang siapa yang kita sangka kita berinteraksi dalam metaverse (sambil mengekalkan keselamatan dompet digital yang kukuh)

Tahun 2023 bakal menjadi tahun penting bagi metaverse melibatkan Meta, Microsoft, Virbela dan lain-lain yang bergantung kepada dunia maya untuk berkembang menjadi arus perdana. Walau bagaimanapun, aktiviti dalam metaverse boleh menimbulkan persoalan tentang identiti; bagaimana untuk mengetahui bahawa orang yang anda berinteraksi adalah seperti apa yang anda diberitahu? Sijil Digital yang dibina pada blok rantai mungkin boleh membantu. Sijil ini juga boleh digunakan untuk menjamin transaksi maya dalam metaverse. Apa yang jelas di sini ialah apabila metaverse berkembang, begitu juga dengan risikonya.

3. Serangan keselamatan siber geopolitik akan meningkat tetapi ia juga membawa kepada inovasi dalam pertahanan

Serangan Rusia ke atas Ukraine telah mengingatkan kita dengan jelas sekali bahawa peperangan kini wujud dalam bentuk hibrid dan risiko serangan siber yang bermotifkan geopolitik adalah benar-benar wujud. Hasilnya, banyak polisi insurans siber kini dipinda untuk mengecualikan tindakan perang siber, sekali gus mewujudkan cabaran untuk pengurangan risiko siber.

Dengan ketegangan geopolitik yang masih berlarutan, ancaman ini dijangka akan berterusan pada tahun 2023. Malah, dengan lebih 70 buah negara yang akan mengadakan pilihanraya kerajaan pada tahun 2023 (acara yang sering disasarkan oleh para pelakon yang ditaja oleh kerajaan), ia akan menjadi tahun yang mencabar untuk pertahanan keselamatan siber. Walau bagaimanapun, kita boleh belajar daripada kajian kes seperti pertahanan 'teladan' Ukraine terhadap serangan siber Rusia.

4. Serangan keselamatan siber akan menyasarkan infrastruktur kritikal negara yang membekalkan segalanya untuk rumah kita

Apabila lampu terpadam atau bekalan gas terputus, kebanyakan orang tidak mungkin berfikir bahawa ia adalah hasil daripada pelanggaran keselamatan siber perindustrian. Namun Teknologi Operasi (OT) ialah medan pertempuran yang baru muncul untuk serangan siber, dengan sistem yang mengawal dan mengautomasikan kilang dan infrastruktur awam (termasuk stesen kuasa dan empangan) menjadi sasaran.

Dengan ketegangan geopolitik yang berterusan, ancaman siber OT akan meningkat pada tahun 2023 yang akan memberi tekanan kepada industri untuk memastikan mereka kekal selangkah ke hadapan dengan memanfaatkan perlindungan keselamatan siber di seluruh operasi mereka.

5. Peluang kerjaya dalam keselamatan siber akan terus berkembang

Terdapat anggaran kekurangan sekitar 3.4 juta pekerja keselamatan siber di peringkat global. Dengan ancaman yang semakin meningkat daripada teknologi canggih, bilangan ini berkemungkinan akan terus meningkat.

Jurang kemahiran siber mewujudkan peluang kerjaya untuk semua peringkat umur dan latar belakang. Sebagai contoh di UK, pada masa ini terdapat kira-kira 1,000 peluang dalam keselamatan siber untuk para graduan yang disenaraikan di portal kerjaya GradCracker. Tetapi bukan graduan sahaja yang boleh mendapat manfaat. Banyak syarikat menawarkan peluang kepada orang ramai untuk mendapat latihan semula dalam bidang keselamatan siber. 

"Keterangkuman ruang keselamatan siber diperluaskan kepada neurodiversiti," tambah Mark Hughes. "Sebagai contoh, Program Dandelion DXC membantu individu dengan autisme, ADHD, disleksia dan lain-lain keadaan neurologi untuk membina kerjaya dalam bidang IT, termasuk keselamatan siber. Pertumbuhan ancaman siber mewujudkan peluang kerjaya untuk khalayak dari semua latar belakang."

Ancaman siber akan terus meningkat dari segi kepantasan serta kerumitan pada tahun 2023 dan seterusnya tetapi begitu juga dengan keupayaan untuk menggunakan teknologi, pendekatan dan bakat terkini dalam usaha untuk menanganinya. "Perlumbaan untuk mencipta senjata keselamatan siber merupakan satu analogi yang tepat – pihak yang betul perlu menang," simpul Mark Hughes.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

https://dxc.com/us/en/insights/perspectives/article/five-cybersecurity-trends-that-will-shape-2023-and-beyond

Tentang DXC Technology

DXC Technology (NYSE: DXC) membantu syarikat global menjalankan sistem dan operasi misi penting mereka sambil memodenkan IT, mengoptimumkan seni bina data serta memastikan keselamatan dan kebolehskalaan di seluruh awan awam, swasta dan hibrid. Syarikat dan organisasi sektor awam terbesar di dunia mempercayai DXC untuk memanfaatkan perkhidmatan bagi memacu prestasi, daya saing dan pengalaman pelanggan ke suatu tahap baharu di seluruh ladang IT mereka. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami merealisasikan kecemerlangan para pelanggan dan rakan sekerja kami di DXC.com.

HUBUNGAN:  Aleksandra Andreasik-Binkowska, Pengurus Komunikasi Eropah, Timur Barat and Afrika (EMEA) DXC Technology, a.andreasikbinkowska@dxc.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1979976/DXC_Technology_Company_DXC_Technology_Identifies_Five_Cybersecur.jpg?p=medium600

 

Source: DXC Technology Company
Related Stocks:
NYSE:DXC
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security