FREMONT, California, 10 Januari 2023 /PRNewswire/ -- 42Gears, Vendor Perisian Bebas, PartnerConnect Zebra, mengumumkan bahawa SureMDM, suatu penyelesaian bagi Pengurusan Titik Akhir Seragam (UEM), kini menyokong pencetak Link-OS dan peranti RFID Zebra. 42Gears telah berjaya melengkapkan Program yang Disahkan oleh Zebra Technologies untuk produk utamanya, SureMDM, pada tahun 2020 di mana saling kendalian produk ini serta komputer mudah alih Zebra yang terpilih telah disahkan.
"Bukan hanya peranti pintar atau tahan lasak yang digunakan oleh perniagaan. Perniagaan juga memerlukan pelbagai peranti lain untuk menjalankan operasi malah penting bagi organisasi untuk mengurus dan menjamin keselamatan operasi tersebut. Inilah idea di sebalik terciptanya teknologi yang boleh membantu menguruskan peranti yang tidak menggunakan sistem operasi tradisional seperti pencetak. Kami merupakan rakan niaga Zebra sejak sekian lama dan teruja kerana dapat membantu para pelanggan menguruskan pencetak dan peranti RFID Zebra dengan cara yang paling mudah," kata Prakash Gupta, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Operasi 42Gears.
SureMDM ialah penyelesaian pengurusan peranti yang menjimatkan kos yang membantu pekerja barisan hadapan dan pentadbir IT menggunakan pencetak Link-OS Zebra serta pembaca RFID tetap FX9600 dan FX7500 Zebra dengan versi perisian tegar 3.10 dan ke atas agar mereka kekal produktif di tempat kerja.
Dengan perkembangan terkini ini, pengguna SureMDM (pentadbir IT) boleh:
Kedua-dua pencetak dan peranti RFID Zebra boleh disepadukan dengan lancar dengan infrastruktur perniagaan sedia ada.
Tentang 42Gears
42Gears ialah nama yang terkenal dalam domain pengurusan mobiliti perusahaan dengan penyelesaian canggih yang direka untuk transformasi tempat kerja digital. Portfolio produk syarikat ini merangkumi penyelesaian Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) dan di premis yang menyokong peranti berasaskan semua jenis sistem operasi utama dan membantu meningkatkan kecekapan pekerja barisan hadapan. Produk 42Gears digunakan dalam pelbagai industri, seperti penjagaan kesihatan, pembuatan, logistik, pendidikan, peruncitan dan pembangunan aplikasi mudah alih. Produk 42Gears dipercayai oleh lebih 18,000 pelanggan di lebih 115 buah negara dan tersedia untuk pembelian melalui rangkaian rakan niaga global. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.42gears.com.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/517153/42Gears_Mobility_Systems_Logo.jpg?p=medium600