![]() |
Laporan ini mendedahkan sasaran kelestarian SI Group sambil menetapkan visinya untuk masa depan
THE WOODLANDS, Texas, 11 Januari 2023 /PRNewswire/ -- SI Group, sebuah syarikat bahan tambahan berprestasi global terkemuka, telah mengeluarkan Laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang sulung. Laporan ini menunjukkan komitmen SI Group terhadap kelestarian dan menentukan sasaran masa depannya sambil ia meningkatkan usaha untuk menambah baik tanggungjawab sosialnya. Sila baca laporan SI Group 2022 dan ketahui tentang matlamat kelestariannya di sini: www.siigroup.com/sustainability.
Ini merupakan laporan ESG SI Group yang pertama yang menggambarkan usaha berterusan dan prestasi syarikat dalam lima bidang utama:
Laporan ini telah dihasilkan mengikut piawaian Inisiatif Pelaporan Global (GRI) dan meraikan pencapaian semasa SI Group dalam bidang-bidang tersebut. Ia turut menampilkan sasaran ESG SI Group yang bercita-cita tinggi serta menggariskan metrik utama yang dirancang untuk dicapai sambil meningkatkan kemajuannya yang berterusan dalam bidang ini. Ia merangkumi usaha mencapai pelepasan alam sekitar dan kecederaan sifar serta mengutamakan tenaga kerja yang lebih inklusif, SI Group menggunakan laporan tersebut untuk mendedahkan visinya terhadap masa depan perniagaannya.
"Kami berbangga dengan pencapaian kelestarian kami. Laporan ini menunjukkan kemajuan dalam kelestarian yang boleh dipercayai dalam perjalanan kami untuk menjadi kuasa besar bagi bahan tambahan berprestasi global," kata David Bradley, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif. "Semangat SI Group terhadap penambahbaikan yang berterusan dan digandingkan dengan komitmen kami terhadap kelestarian sebagai komponen asas misi kami, meletakkan SI Group pada kedudukan untuk mencapai atau mengatasi sasaran kami yang bercita-cita tinggi ini."
Tentang SI Group
SI Group ialah peneraju global dalam teknologi inovatif bahan tambah berprestasi, larutan proses, bahan farmaseutikal aktif dan bahan perantara kimia. Penyelesaian SI Group adalah penting untuk meningkatkan kualiti dan prestasi pelbagai barangan perindustrian dan pengguna dalam industri plastik, getah & pelekat, bahan bakar & pelincir, pelantar minyak dan farmaseutikal. Tapak pembuatan global SI Group merangkumi 20 buah kemudahan di tiga benua yang memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan di 80 buah negara dengan kira-kira 2,000 orang pekerja di seluruh dunia. Pada tahun 2021, SI Group menerima anugerah emas untuk tanggungjawab sosial korporat daripada EcoVadis dan berada di kedudukan lima peratus teratas daripada lebih 50,000 syarikat di seluruh dunia. SI Group berinovasi dan mendorong perubahan untuk mewujudkan nilai dengan penekanan terhadap keselamatan, kimia, kelestarian dan hasil yang luar biasa. Ketahui lebih lanjut di www.siigroup.com.
Hubungan Media: Joseph Grande
Telefon: + 1.413.684.2463
joe@jgrandecommunications.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/95496/si_group__inc__logo.jpg?p=medium600