omniture

Jardine Schindler Group Pamerkan Inovasi Robotik

Jardine Schindler Group
2023-01-11 16:49 65

HONG KONG, 11 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Jardine Schindler Group membawa yang terkini bagi penyelesaian mobiliti vertikal kepada Council on Tall Buildings and Urban Habitat Hong Kong, 9 Disember 2022.

Di sebalik tabir kejayaan pasukan Jardine Schindler Group untuk CTBUH Hongkong Chapter
Di sebalik tabir kejayaan pasukan Jardine Schindler Group untuk CTBUH Hongkong Chapter

Dengan peningkatan keperluan daripada industri pengangkutan-vertikal, Jardine Schindler Group menyampaikan inovasi yang dapat memenuhi permintaan pelanggan kami yang amat khusus: ketersambungan, keselamatan, kelestarian dan kecekapan. Hasil ciptaan kami direka bentuk bagi memenuhi segala keperluan bangunan masa kini dan masa depan.

Pada permulaan awal fasa pembinaan, Schindler R.I.S.E (Sistem Pemasangan Robotik untuk Lif) memenuhi permintaan jadual pemasangan yang semakin meningkat. Robot ini boleh melaksanakan langkah-langkah pemasangan secara berautonomi, meningkatkan keselamatan dan menyediakan penyelesaian yang berkualiti tinggi.

Terletak di bahagian teras sistem mobiliti bangunan, BuilT-In Schindler ialah Penyepadu Transit Bangunan canggih yang memperkemas operasi dan aliran maklumat merentas pelbagai aplikasi. Peluang menuju kolaborasi tanpa batasan kini terbuka, dengan keselamatan dan kefleksibelan dipertingkat yang boleh disesuaikan mengikut keperluan anda. Bermula daripada biometrik (seperti pengecaman wajah atau bacaan tapak tangan) hingga pemasangan produk, penumpang kami dapat mengalami mobiliti yang lancar.

Meningkatkan kelestarian merupakan sasaran utama apabila kami membangunkan produk atau penyelesaian baharu. Setiap generasi penyelesaian mobiliti yang baharu adalah lebih cekap tenaga berbanding generasi sebelumnya. Kami telah membangunkan Schindler PORT, penyelesaian pengurusan transit bangunan yang terkini kami bagi mengoptimumkan masa perjalanan dan peruntukan lif demi penyelesaian bangunan yang fleksibel dan mampan.

Pakar-pakar kami bersedia untuk membantu anda dalam menghadapi masa depan bangunan dan mobiliti. Berhubung dengan kami di sini Jardine Schindler Group untuk mengetahui lebih lanjut.

HUBUNGI: Yen Kiat Tan, yen.kiat.tan@schindler.com; Joshua Tjipto, joshua.tjipto@schindler.com 

Source: Jardine Schindler Group
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals