SHANGHAI, 12 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Pada 10 Januari, Neta Auto dan CATL (Shanghai) Intelligent Technology Co., Ltd., subsidiari Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL), menandatangani perjanjian kerjasama untuk Casis Pintar Bersepadu CATL (CIIC). Neta Auto akan menjadi jenama pertama dalam kalangan syarikat pemula EV China yang membangunkan CIIC.
Menurut perjanjian tersebut, Neta Auto dan CATL (Shanghai) Intelligent Technology akan melaksanakan kerjasama yang intensif dalam CIIC. Melalui teknologi CTC (Sel ke Casis), komponen-komponen penting dalam bateri dan sistem lain disepadukan di bahagian bawah kenderaan, tanpa memerlukan pek bateri yang berasingan. Ini dapat mengurangkan kos pemerolehan pengguna dan penggunaan tenaga, lalu meningkatkan jarak bagi setiap pengecasan dan meluaskan ruang penumpang.
Kerjasama strategik antara Neta Auto dan CATL bermula sejak tahun 2021. Kali ini, Neta Auto bukan sahaja menjalin kerjasama yang menyeluruh bersama CATL dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi serta jaminan rantaian bekalan, tetapi turut melangkah lebih jauh untuk bersama-sama meninjau kemungkinan kenderaan menggunakan casis papan selaju.
Peng Qingfeng, pengasas bersama Neta Auto, berkata: "Kerjasama ini merupakan salah satu pelaksanaan penting oleh kedua-dua pihak dalam era kenderaan pintar elektrik, serta pilihan nilai bersama yang tidak dapat dielakkan. Kerjasama ini akan membolehkan Neta Auto membangunkan kenderaan pintar yang lebih selesa dan berkuasa dengan cara yang lebih pantas dan lebih menjimatkan. Ia boleh melaksanakan dengan lebih baik nilai kesaksamaan jenama dalam teknologi di seluruh dunia."
CIIC akan membantu produk Neta Auto meraih pencapaian baharu dalam jarak bagi setiap pengecasan, keselamatan dan pemanduan pintar, menyediakan EV dengan ciri keselamatan, keselesaan dan kebolehgerakan yang lebih baik untuk pelanggan.
Kerjasama antara Neta Auto dan CATL (Shanghai) Intelligent Technology dalam CIIC merupakan satu "kombinasi yang berkuasa". Kerjasama mereka akan meningkatkan lagi susun atur ekosistem kedua-dua syarikat dalam seluruh rantaian perindustrian dan bersama-sama memajukan pembangunan kenderaan elektrik dan pintar di China.