omniture

Coty Inc. Dan Enrique Iglesias Menandatangani Kerjasama Wangian

Coty Inc.
2014-01-28 10:27 132

- Peneraju Kecantikan Global dan Bintang Antarabangsa bakal Memperkenalkan Koleksi Wangian Global

NEW YORK, 28 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Syarikat kecantikan global yang menerajui, Coty Inc. (NYSE:COTY) hari ini mengumumkan kerjasama dengan penyanyi dan penulis lagu yang dikenali pada peringkat antarabangsa Enrique Iglesias bagi mengeluarkan rangkaian wangian beliau yang tersendiri.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140127/NY52854)

Enrique Iglesias kekal sebagai salah seorang artis yang paling menjadi rebutan dalam sejarah, dengan jualan melebihi 100 juta album seluruh dunia. Beliau juga mempunyai lima lagu single dalam kedudukan lima teratas dalam carta Billboard Hot 100, dengan dua lagu mendapat kedudukan pertama, serta 13 lagu yang menduduki tempat pertama dalam carta Dance - yang paling banyak bagi sebarang penyanyi lelaki. Lebih-lebih lagi, beliau mempunyai rekod mengagumkan dengan jumlah 71 lagu yang menduduki tempat pertama merentasi semua carta Billboard. Beliau juga merupakan pemegang rekod untuk lagu single berbahasa Sepanyol paling banyak yang menduduki tempat pertama dalam carta Hot Latin Tracks, dan menerbitkan sejumlah 23 lagu daripada semua itu.

"Tidak syak lagi, Enrique Iglesias ialah salah seorang artis yang paling berinspirasi dan berbakat dalam muzik moden," kata Michele Scannavini, Ketua Pegawai Eksekutif Coty Inc. "Kami tidak sabar-sabar lagi untuk mentakrifkan keghairahan, ketulenan dan tenaga Enrique menjadi penjana idea wangian."

"Saya yakin, bersama kepakaran Coty, saya akan berjaya mencipta wangian yang bakal menawan semua orang, terutamanya para peminat saya. Saya harap ia dapat memberikan mereka keyakinan dan membuatkan mereka rasa berkebolehan," kata Iglesias.

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan Enrique Iglesias yang berbakat," kata Renato Semerari, presiden Coty Beauty. "Kerjasama ini menyediakan peluang yang bagus untuk kami memperluaskan perniagaan kami dalam pasaran memuncul, terutamanya di Brazil, pasaran wangian terbesar dunia, serta dalam pasaran wangian penting kami yang lain."

The House of Enrique Iglesias dijangka akan mengeluarkan wangian pertamanya dalam musim panas tahun 2014.

Latar Belakang Coty Inc. 
Coty ialah syarikat kecantikan global yang menerajui dengan hasil bersih sebanyak $4.6 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2013. Setelah ditubuhkan di Paris pada tahun 1904, Coty ialah syarikat kecantikan semata-mata dengan portfolio yang terdiri daripada wangian, kosmetik warna dan produk penjagaan kulit & tubuh yang terkenal dan dijual di lebih 130 negara dan wilayah. Tawaran produk Coty termasuklah jenama global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.

Latar Belakang Enrique Iglesias 
Enrique Iglesias mempunyai lebih 100 juta album yang laris dijual seluruh dunia, mengeluarkan sembilan album studio serta dua kompilasi lagu yang paling berjaya, serta merupakan artis berbilang platinum di hampir setiap negara seluruh dunia. Tidak syak lagi, Enrique merupakan artis rakaman Latin yang paling terkemuka dalam sejarah muzik, dan beliau mempunyai 24 lagu single pada kedudukan nombor satu dalam carta Billboard Latin Songs Chart, serta berbilang lagu single pada kedudukan nombor satu merentasi semua carta Billboard, dengan sejumlah 71 lagu pada kedudukan nombor satu dalam carta. Dengan 13 lagu pada kedudukan nombor satu dalam carta Dance Club Songs, Enrique merajai carta, merampas mahkota kedudukan itu daripada Michael Jackson bagi lagu yang paling banyak menduduki kedudukan nombor satu dalam sejarah Billboard. Album Enrique yang paling baharu, Euphoria, mempunyai enam lagu single yang menduduki kedudukan nombor satu dan lebih 18 juta lagu telah dijual. Sejak tahun 2011, tiket konsert Enrique habis dijual di 109 bandar besar seluruh dunia, merentasi lima benua, menjual lebih 1.4 juta tiket dan menjadikan "Euphoria Tour" sebagai jelajah nombor satu, sebanyak dua kali, dalam senarai Billboard's Hot Tours. Enrique telah diiktiraf dengan hampir semua anugerah yang boleh diterima oleh seorang artis, termasuk berbilang anugerah Grammy untuk lagu rakaman beliau, anugerah Billboard untuk jualan, dan penghormatan ASCAP untuk penulisan lagu. Bagi maklumat lanjut lawati: www.enriqueiglesias.com

Source: Coty Inc.
Related Stocks:
NYSE:COTY
Related Links:
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Music Retail Joint ventures