omniture

Sydney Menyerlah Ketika Sambutan Hari Australia Hayati The Harbour

Destination NSW
2014-01-28 12:07 111

Sambutan yang memberi inspirasi kepada negara menjadi pengalaman perjalanan yang 'mesti dilakukan'

SYDNEY, 28 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Pada 26 Januari setiap tahun, para penduduk Australia akan berkumpul bersama bagi meraikan hari kebangsaan mereka, dengan Hari Australia di Sydney kian menjadi pengalaman perjalanan yang 'mesti dilakukan', menjadikan bandar zamrud tersebut meriah dengan daya tarikan serta aktiviti yang menarik di dalam dan sekitar Sydney Harbour.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140126/HK52729-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140126/HK52729-b)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140126/HK52729-c)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140126/HK52729-d)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140126/HK52729-e)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140126/HK52729-f)

Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW, Sandra Chipchase berkata, "Sambutan Hari Australia di Sydney merupakan pengalaman yang perlu dirasai bermula dengan perlumbaan Ferrython kepada Renang Besar-besaran Australia di sekitar Farm Cove, armada Tall Ships Sydney serta pertunjukan udara oleh Tentera Udara Diraja Australia dan Regatta Hari Australia yang menjadikan pelabuhan tersebut meriah pada sambutan tahunan ini. Ini merupakan saat yang benar-benar istimewa."

Beratus-ratus peserta mengambil bahagian dalam Peringkat Akhir Siri Renang Besar-besaran Australia. Para peminat renang menyertai renang sejauh 2.2km sekitar Farm Cove, manakala perenang yang kurang berpengalaman memilih renang sejauh 750m atau acara Kanak-kanak Junior 300m dan berenang bersama-sama perenang terhebat bagi perairan terbuka serta bintang sukan terkenal.

Siri Konsert Sydney Harbour pula akan dipersembahkan dengan kerjasama Destination NSW yang akan memaparkan pertunjukan muzik secara langsung di atas pentas terapung yang mengagumkan di Blues Point, Athol Bay dan Darling Harbour.

Konsert yang diarahkan oleh John Foreman di Blues Point memaparkan persembahan oleh beberapa artis terkenal Australia termasuk Jessica Mauboy, Dami Im, Samantha Jade dan Justice Crew, masing-masing akan mempersembahkan pilihan lagu terkenal mereka serta beberapa lagu klasik Australia.

Taylor Henderson meneruskan persembahan tersebut di Athol Bay sebagai sebahagian daripada acara Tinnie Muster sebelum Siri Konsert Sydney Harbour diakhiri di Darling Harbour dengan iringan persembahan daripada Prinnie Stevens dan Mahalia Barnes yang melakukan pertunjukan jelajah Motown mereka.

Acara kemuncak lain termasuklah perlumbaan Ferrython yang terkenal dan tabik 21 tembakan yang diikuti dengan pertunjukan udara oleh FA 18 Hornets daripada Tentera Udara Diraja Australia. Tall Ships Sydney pula mengetuai armada kapal bersejarah dari Bradley's Head ke Harbour Bridge dan Regatta Hari Australia ke-178 pula memeriahkan pelabuhan tersebut dengan persembahan akuatik.

Sambutan tersebut diteruskan di Darling Harbour pada sebelah petang dengan sambutan Hari Australia Menakjubkan di Darling Harbour. Persembahan terkenal itu memaparkan simfoni multimedia yang mempesona dengan cahaya dan muzik, diiringi dengan persembahan bunga api di Cockle Bay.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang apa yang boleh ditinjau dan dilakukan di Sydney, sila layari http://www.sydney.com/.

Source: Destination NSW
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel