omniture

Victoria Azarian sertai SharkNinja sebagai Naib Presiden Kanan Kreatif Global

SharkNinja
2023-01-12 17:38 110

NEEDHAM, Massachusetts, 12 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini SharkNinja mengumumkan pelantikan Victoria Azarian menjadi Naib Presiden Kanan Kreatif Global, melapor terus kepada Ketua Pegawai Pemasaran, Bill Davaris.

"Pengalaman jenama Victoria yang luas serta pengetahuan penceritaan yang luas akan membantu kami semua mencapai tahap kualiti yang baharu dalam karya kreatif kami," kata Bill Davaris. "Victoria ialah penginovasi kreatif berkuasa besar dan saya teruja untuk melihat bagaimana beliau menyatukan pasukan ini bagi mengenal pasti kaedah baharu untuk memenangi pasaran dan memupuk pembangunan bakat dalaman kami."

Victoria telah meluangkan masa selama lebih 20 tahun dalam industri Pengiklanan, menerusi pengalaman sebagai Pengarah Kreatif Eksekutif daripada Wunderman, Ogilvy dan pengalaman CCO daripada MKTG (Dentsu). Beliau telah dinamakan sebagai salah seorang daripada Adweek's Creative 100 dan telah mengusahakan jenama-jenama terkenal termasuk IBM, IKEA, Kimberly-Clark, Poland Spring, LPGA, Citizens Bank dan Unilever. Seorang penduduk asal New York, Victoria akan mendapat pejabat satelit di ibu pejabat SharkNinja di Needham, Massachusetts.

"Saya amat berminat untuk menghubungkan jenama-jenama dengan detik-detik budaya yang memberi impak ke atas masyarakat dan itulah yang telah dilakukan oleh SharkNinja dengan produk-produk lima-bintang mereka di setiap rumah, seluruh dunia," kata Victoria. "Saya teruja untuk menyertai dan menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang berdedikasi terhadap kraf inovasi dan tidak sabar-sabar untuk memimpin pasukan kreatif SharkNinja bagi merealisasikan produk kami."

Latar Belakang SharkNinja 

SharkNinja ialah peneraju inovasi dalam industri peralatan rumah dan pencipta bagi jenama-jenama isi rumah yang biasa, Shark® dan Ninja®. SharkNinja menyediakan yang terkini dalam teknologi inovatif yang mudah digunakan dengan barisan penyelesaian semakin berkembang yang terdiri daripada produk mencuci dan penjagaan rumah Shark serta perkakas dapur Ninja. Produk-produk dijual di peruncit-peruncit utama serta melalui para pengedar seluruh dunia. Ninja dan Shark ialah tanda dagangan berdaftar SharkNinja Operating LLC. SharkNinja ialah subsidiari JS Global Lifestyle Company Limited (Hong Kong: 1691), peneraju bagi inovasi peralatan rumah kecil.

Source: SharkNinja
Related Stocks:
HongKong:1691
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail Personnel announcements