NEW YORK, 12 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Nobu Hospitality akan membuka lima buah hotel baharu pada tahun 2023 yang terletak di Rom, Marrakech, Atlantic City, San Sebastián dan Toronto. Dengan pengumuman yang dibuat baru-baru ini tentang perancangan di Bangkok dan Abu Dhabi, hartanah yang ke-32 bakal menyertai portfolio tersebut dan jenama ini terus berkembang ke seluruh dunia dengan perancangan pembangunan yang kukuh.
Tahun ini akan menandakan ulang tahun ke-10 Hotel Nobu setelah pembukaan Hotel Nobu Caesars Palace di Las Vegas pada tahun 2013. Selama hampir 30 tahun jenama Nobu telah sinonim dengan reka bentuk moden yang mewah dan kenalurian, komitmen terhadap bahan-bahan terbaik dan makanan yang luar biasa serta minat semula jadi terhadap perkhidmatan. Setiap satu daripada 32 buah destinasi hotel yang ada pada masa ini telah dipilih dengan teliti berdasarkan kejayaan restoran Nobu yang kini telah menjangkau 60 buah restoran di seluruh dunia pada tahun ini, sekali gus mewujudkan suatu platform kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan berkaitan makanan. Berdasarkan konsep Kokoro – perkataan Jepun yang bererti tulus ikhlas – yang mengikat portfolio ini bersama-sama, Nobu terus mengekalkan suasana kekeluargaan yang erat yang diterapkan selama satu dekad yang lalu untuk mempercepat usaha pengembangannya yang berterusan.
Dengan menyediakan bukan sahaja tempat untuk tinggal, malah tempat untuk didiami, tahun 2023 akan turut menyambut ketibaan kediaman mewah pertama jenama ini di Toronto dan Los Cabos yang menggambarkan semangat Nobu pada reka bentuk dan juga sikap. Melalui enam buah projek kediaman lain dalam perancangan ini yang merangkumi Al Khobar, Danang, Abu Dhabi, Tulum, Orlando dan Punta Cana – Nobu menjadikan kedudukannya kukuh dalam bidang gaya hidup mewah dengan menawarkan pengalaman yang disusun secara eksklusif kepada para pembeli. Sebuah tempat untuk berehat dalam kemewahan yang serba sederhana, namun wujud perasaan berada di tempat yang istimewa, kediaman ini akan menyediakan reka bentuk bertujuan, kemudahan yang dipertingkatkan termasuk perkhidmatan bilik dan ruang makan Nobu untuk para penghuninya serta akses yang tiada tandingan ke kawasan sekitarnya melalui sebuah pasukan yang berdedikasi.
Video - https://www.youtube.com/watch?v=b_beVOaYt84