omniture

FORUM MINERAL MASA DEPAN DIBUKA DENGAN LEBIH RAMAI PERWAKILAN DARI LEBIH BANYAK NEGARA, DENGAN CERAMAH DARIPADA LEBIH RAMAI PEMIMPIN INDUSTRI PERLOMBONGAN

Future Minerals Forum
2023-01-12 19:01 0

RIYADH, Arab Saudi, 12 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Forum Mineral Masa Depan (FMF) hari ini dibuka dengan 12,000 perwakilan dari 130 buah negara yang mengesahkan penyertaan. Mereka akan mendengar ceramah daripada lebih 200 orang pakar perlombongan dari seluruh dunia. Kesemua angka-angka ini jauh lebih besar daripada angka bagi FMF sulung yang telah dianjurkan pada bulan Januari 2022.

The second Future Minerals Forum (FMF)
The second Future Minerals Forum (FMF)

 

Para penceramah yang telah mengesahkan kehadiran termasuk pemimpin industri mineral dan logam terkemuka, serta golongan pakar pemikir termasuk: Mike Henry, Ketua Pegawai Eksekutif BHP; Andrew Liveris, Pengerusi Lucid Motors; Roy Harvey, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Alcoa; Gerd Muller, Ketua Pengarah UNIDO; dan Robert Wilt, Ketua Pegawai Eksekutif Ma'aden.

FMF ialah 'kedai sehenti' yang menghimpunkan kerajaan, pelabur, industri dan masyarakat awam untuk menyerlahkan potensi mineral dan pelaburan yang luas di rantau ini serta menunjukkan bagaimana untuk meningkatkan bidang kuasa sumber mineral dan logam baharu, di samping turut menstabilkan dan mengukuhkan rantaian bekalan perlombongan global.  

Tuan Yang Terutama Bandar AlKhorayef, Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral, berkata: "FMF yang pertama adalah tentang mentakrifkan rantau ini dan memahami potensinya untuk menjadi pemain dalam sektor mineral dan logam global. Pada tahun 2023, Forum Mineral Masa Depan memberi tumpuan kepada tindakan yang diperlukan untuk menangani beberapa cabaran terbesar yang dihadapi dunia pada hari ini – iaitu penyahkarbonan, rantaian bekalan serta nilai bagi mineral dan logam yang bertanggungjawab yang diperlukan untuk memenuhi matlamat peralihan tenaga hijau global, pelaburan dan pembangunan ekonomi yang saksama serta menjaga individu, komuniti dan alam sekitar."

"Pada hari ini, dalam edisi kedua FMF, kami dapat menyaksikan minat yang semakin meluas yang dapat ditunjukkan daripada 12,000 orang peserta dari 130 buah negara dan 200 orang penceramah; yang juga ditunjukkan dalam tahap perwakilan dan kualiti topik-topik yang dibincangkan. Ini menunjukkan satu komitmen yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa komuniti perlombongan sedang berusaha menangani cabaran tersebut. Ini menunjukkan bahawa anda semua prihatin" Tuan Yang Terutama menambah.

"Anda mengambil berat tentang mengukuhkan sektor perlombongan dan logam bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Ia merupakan permintaan yang dicetuskan oleh pelaburan berterusan kami dalam bidang teknologi dan oleh usaha kami untuk mencapai sasaran sifar karbon".

AlKhorayef berkata: "Untuk dua hari akan datang, Riyadh akan menjadi tumpuan bagi industri perlombongan global. Kami akan memajukan agenda sektor ini. Kami akan mempelajari tentang perkembangan industri dan teknologi terkini. Kami akan membentuk rangkaian. Kami akan membincangkan tentang pelaburan dan perkongsian. Dan yang paling penting, kita akan menjalankan perniagaan. Anda telah datang ke tempat yang betul, pada waktu yang tepat".

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1981670/Future_Minerals_Forum_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1981671/Future_Minerals_Forum_2.jpg?p=medium600

The second Future Minerals Forum (FMF)
The second Future Minerals Forum (FMF)

 

Source: Future Minerals Forum
Keywords: Mining Mining/Metals New products/services Trade show news