Shutterstock akan menyediakan kandungan untuk pelaburan berterusan Meta dalam AI
NEW YORK, 12 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), sebuah platform kreatif global terkemuka untuk syarikat-syarikat media dan jenama transformasi, akan membantu menjana pelaburan berterusan Meta dalam AI. Hubungan yang diperluas ini mencerminkan komitmen kedua-dua syarikat untuk menerajui inovasi AI serta kuasa pustaka kandungan Shutterstock yang luas.
"AI berpotensi untuk mendorong ledakan kreativiti," kata Paul Hennessy, Ketua Pegawai Eksekutif Shutterstock."Shutterstock sedang memperluas hubungan kami yang telah lama terjalin dengan Meta, mengikuti kerjasama kami dengan OpenAI dan LG AI Research yang diumumkan pada tahun lalu bagi mengukuhkan misi kami untuk melabur dalam teknologi yang membawa idea-idea kreatif kepada kehidupan dengan lebih pantas. Kami ingin mengautomasikan kerja-kerja yang banyak yang perlu dilakukan untuk melengkapkan projek kreatif dan kami juga ingin membantu pencipta memahami bagaimana kerja mereka dipengaruhi oleh perkara ini. Kandungan kami akan terus menjadi teras kepada kemajuan ini pada dan di luar platform kami serta kami akan terus membentuk masa depan AI generatif dengan cara yang bersifat beretika dan berpusatkan seniman."
Dengan koleksi kandungan berkualiti tinggi yang terkemuka dalam industri, fokus untuk membawa tawaran kreatif baharu ke pasaran dan kepakarannya dalam mewujudkan ekosistem berskala yang mengimbangi dan menghubungkan penyumbang kepada para pencipta, Shutterstock merupakan rakan kongsi yang ideal untuk para pemimpin industri yang melabur dalam mewujudkan pengalaman baharu yang dikuasakan oleh AI. Dengan memanfaatkan koleksi imej, video dan muzik Shutterstock, Meta merancang untuk menggunakan set data ini bagi membangunkan, melatih dan menilai keupayaan pembelajaran mesin.
Hubungan yang diperluas dengan Meta ini merupakan sebahagian daripada visi strategik Shutterstock yang lebih besar untuk menerajui teknologi, reka bentuk, kandungan dan inovasi. Shutterstock merupakan salah sebuah syarikat yang pertama membayar artis atas sumbangan mereka kepada model pembelajaran mesin latihan dan ia telah terbukti merupakan rakan kongsi yang dipercayai oleh mereka yang menceburi bidang ini, dengan memastikan penciptaan dan pelesenan kandungan yang bertanggungjawab serta pemindahan IP yang telus.
PERNYATAAN BERPANDANGAN KE HADAPAN
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan mengikut takrifan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995. Semua pernyataan selain daripada pernyataan fakta sejarah merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Contoh-contoh pernyataan berpandangan ke hadapan termasuk tetapi tidak terhad kepada, pernyataan yang berkaitan panduan, prospek industri, perniagaan pada masa hadapan, hasil operasi atau keadaan kewangan pada masa hadapan, dividen masa hadapan, keupayaan kami untuk melengkapkan pengambilalihan dan menyepadukan perniagaan yang telah kami ambil alih atau mungkin diambil alih ke dalam operasi kami yang sedia ada, ciri-ciri, produk atau perkhidmatan baharu atau yang dirancang, strategi pengurusan, kedudukan kami yang kompetitif dan pandemik COVID-19. Anda boleh mengenal pasti pernyataan berpandangan ke hadapan melalui perkataan-perkataan seperti "mungkin," "akan," "boleh jadi," "harus," "boleh," "jangka," "sasar," "harap," "percaya," "anggar," "hasrat," "rancang," "ramal," "unjur," "ingin," "potensi," "peluang" dan ungkapan lain yang serupa serta versi negatif bagi ungkapan tersebut. Namun, tidak semua pernyataan berpandangan ke hadapan mengandungi perkataan-perkataan ini. Pernyataan berpandangan ke hadapan adalah tertakluk kepada pelbagai risiko, ketidakpastian dan faktor lain yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung di sini. Risiko dan ketidakpastian sedemikian termasuk, antara lain, yang dibincangkan di bawah kapsyen "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan kami yang paling terkini pada Borang 10-K dan Laporan Suku Tahunan kami pada Borang 10-Q untuk suku tahunan yang berakhir pada 30 Jun 2022 serta dalam dokumen lain yang mungkin difailkan oleh Syarikat dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Akibat daripada risiko, ketidakpastian dan faktor sedemikian, keputusan sebenar Shutterstock mungkin berbeza secara material daripada sebarang hasil, prestasi atau pencapaian masa depan yang dibincangkan atau tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung di sini. Pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini adalah tepat hanya pada tarikh ini dan Shutterstock tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat yang disertakan dalam siaran akhbar ini atau meminda mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, perkembangan pada masa hadapan atau sebaliknya, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.
TENTANG SHUTTERSTOCK
Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), ialah sebuah platform kreatif global yang terkemuka untuk syarikat-syarikat media dan jenama transformasi. Secara langsung dan melalui anak syarikat kumpulannya, koleksi komprehensif Shutterstock termasuk gambar berlesen berkualiti tinggi, vektor, ilustrasi, model 3D, video dan muzik. Bekerjasama dengan komunitinya yang semakin berkembang dengan lebih 2 juta penyumbang, Shutterstock menambah ratusan ribu imej setiap minggu dan pada masa ini mempunyai lebih 424 juta imej dan lebih 27 juta klip video yang tersedia.
Shutterstock mempunyai ibu pejabat di Bandar Raya New York dan pejabat-pejabat di seluruh dunia serta para pelanggan di lebih 150 buah negara. Syarikat ini juga memiliki Splash News, sebuah agensi berita hiburan terkemuka di dunia untuk bilik berita dan syarikat media di seluruh dunia, Pond5, pasaran kandungan mengutamakan video yang terbesar di dunia, TurboSquid, pasaran kandungan 3D terbesar di dunia; PicMonkey, platform penyuntingan imej dan reka bentuk grafik dalam talian yang terkemuka; Offset, koleksi imej mewah; Shutterstock Studios, kedai kreatif tersuai serba lengkap; PremiumBeat, pustaka muzik tanpa royalti yang terpilih; Shutterstock Editorial, sumber utama bagi imej dan video editorial untuk media di seluruh dunia; Amper Music, platform muzik yang dipacu AI; dan Bigstock, tawaran media stok berorientasikan nilai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shutterstock.com dan ikuti Shutterstock di Twitter dan Facebook.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1981892/Shutterstock_AI.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1075411/Shutterstock_Red_Logo.jpg?p=medium600