omniture

Forum Mineral Masa Depan (FMF) menyaksikan pertukaran 25 Memorandum Persefahaman, Usaha Sama dan Perjanjian pada Hari Pembukaannya

Future Minerals Forum
2023-01-13 16:31 0

RIYADH, Arab Saudi, 13 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Hari pertama bagi FMF kali kedua yang dianjurkan oleh Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral, di bawah naungan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz, menyaksikan majlis bertukar-tukar 25 perjanjian kerjasama, JV (Usaha Sama) dan Memorandum Persefahaman dalam kalangan beberapa agensi kerajaan, syarikat dan institusi yang mengambil bahagian dalam persidangan ini.

Future Minerals Forum
Future Minerals Forum

 

Majlis menandatangani perjanjian ini telah dihadiri oleh Menteri Tenaga, Duli Yang Teramat Mulia Putera Abdulaziz bin Salman; Menteri Pelaburan, Tuan Yang Terutama Jurutera Khaled Al-Falih; Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral; Tuan Yang Terutama Bandar Al-Khorayef dan Timbalan Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral untuk Hal Ehwal Perlombongan, Tuan Yang Terutama Jurutera Khaled Al-Mudaifer.

Perjanjian dan Memorandum Persefahaman ini meliputi penerokaan mineral, teknologi dan komunikasi, penggunaan standard kelestarian, penyetempatan dan pemulihan serta perindustrian dalam sektor mineral. Majlis menandatangani perjanjian ini turut menyaksikan penyerahan dua lesen penerokaan untuk tapak cari gali Khnaiguiyahand Umm Ad Damar kepada syarikat-syarikat yang telah berjaya mendapatkan lesen masing-masing.

Antara entiti tempatan paling menyerlah yang mengambil bahagian dalam majlis menandatangani perjanjian ini ialah Kementerian Tenaga; Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral; Kajian Geologi Arab Saudi; Ma'aden; Perbadanan Penukaran Air Garam; Bandar Sains dan Teknologi Raja Abdulaziz, Universiti Raja Saud; Suruhanjaya Diraja Jubail dan Yanbu; Saudi Aramco; Universiti Petroleum dan Mineral Raja Fahd; Persekutuan Dewan Perniagaan Arab Saudi dan Pusat Pembangunan Perindustrian Kebangsaan Arab Saudi.

Antara syarikat-syarikat yang terlibat dengan majlis bertukar-tukar perjanjian ini ialah Red Sea Aluminum Company, Saudi Phosphorus Industry Company, Al-Rasheed Group, Barrick Gold Corporation, Ivanhoe Electric, Eurasian Resources Group, Moxico Resources serta Ajlan & Brothers Mining Company, dan EV Metals; Hangzhou Jinjang Fluor Corporation; BAO Steel; Hallcore Drilling Corporation, Shell Corporation, Rockburst Technologies Corporation; Metso Outotec; Thyssenkrupp Mitsu Corporation dan Nokia.

Sepanjang tempoh dua hari tersebut, persidangan ini akan menyaksikan perbincangan tentang beberapa isu mendesak dalam sektor perlombongan termasuk pembangunan ekonomi dan alam sekitar global yang mempengaruhi industri mineral di rantau ini; tema amalan alam sekitar dan sosial dari segi persaingan dan peluang yang saksama di seluruh rantaian nilai untuk mencapai kemakmuran ekonomi serta kepemimpinan Kerajaan Arab Saudi dalam bekalan tenaga boleh baharu dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. FMF terus menumpukan perhatian kepada cara-cara merapatkan jurang permintaan dan penawaran.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1982717/Future_Minerals_Forum.jpg?p=medium600

Source: Future Minerals Forum
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals Utilities Environmental Issues Joint ventures