omniture

PacketFabric dan Unitas Global Mengumumkan Penggabungan

PacketFabric
2023-01-13 19:42 0

Mewujudkan peneraju dalam rangkaian yang ditakrifkan perisian dan boleh diprogramkan sepenuhnya dari 'Edge to Everywhere'

CULVER CITY, California, 13 Januari 2023 /PRNewswire/ -- PacketFabric dan Unitas Global, penyedia perkhidmatan rangkaian perusahaan terkemuka, hari ini mengumumkan hasrat untuk menggabungkan kedua-dua syarikat mereka, tertakluk kepada kelulusan kawal selia. Ini akan membawa kepada PacketFabric yang lebih besar, menjadi peneraju global baharu dalam sektor Rangkaian sebagai Perkhidmatan (NaaS). Pelabur utama, Alpha Digital Advisors, LLC. menyatukan syarikat-syarikat ini bersama-sama berdasarkan maklum balas pelanggan dan pasaran untuk mewujudkan sebuah platform peneraju industri.

Penggabungan ini akan mewujudkan sebuah syarikat yang mengubah seni bina Internet perniagaan kepada sesuatu yang akhirnya ditakrifkan oleh perisian dan boleh diprogramkan sepenuhnya, berbanding sistem legasi yang tegar dan perlu berusaha untuk memenuhi keperluan harga, prestasi dan fleksibiliti pelanggan perusahaan hari ini. Gabungan aset platform dan keupayaan automasi kedua-dua syarikat ini akan memberikan kawalan atas permintaan pada masa nyata kepada pelanggan kami dari 'Edge to Everywhere' (Pinggir ke Mana-mana Sahaja).

Dengan platform PacketFabric Converge kami yang terkemuka dalam industri yang direka untuk keperluan ketersambungan perusahaan, PacketFabric membantu perniagaan membina fabrik rangkaian peribadi baharu yang selamat untuk menghubungkan aset awan dengan laman teras dan mengurus peralihan dalam graviti data dengan penyimpanan bersepadu fabrik mereka yang unik. PacketFabric Converge menyatukan ketersambungan atas permintaan di seluruh kemudahan kolokasi, penyedia awan dan kesalinghubungan rangkaian persendirian di seluruh dunia. Ketersambungan PacketFabric yang tangkas dapat memperkasakan perusahaan untuk bergerak pada kelajuan awan, mengubah perniagaan mereka secara digital dan memberikan pengalaman digital yang unggul.

Unitas Global ialah peneraju global dalam automasi pintar untuk ketersambungan Internet perniagaan yang menyediakan reka bentuk, harga, pesanan dan kebolehlihatan rangkaian yang serba lengkap di lebih seribu rangkaian destinasi pertama/pertengahan/terakhir yang mengakses lebih 50 juta bangunan yang menggunakan gentian optik. Automasi Unitas Nexus miliknya membolehkan perusahaan memanfaatkan pengalaman Internet perniagaan berprestasi terbaik yang disampaikan oleh rangkaian Unitas Reach, perkhidmatan rangkai padan peribadi yang meluas dan IP pengoptimuman laluan MIRO untuk keperluan rangkaian awam miliknya.

"Kami merupakan satu-satunya syarikat yang membantu perniagaan beralih daripada reaktif kepada proaktif apabila melibatkan perubahan berterusan operasi berdigital," kata Ketua Pegawai Eksekutif PacketFabric, Dave Ward. "Platform kami membolehkan peralihan asas dalam cara untuk mereka bentuk dan mengendalikan perniagaan moden. Kami mendayakan pembaharuan semula operasi yang dipermudah dengan automasi atas permintaan, secara layan diri, dengan telemetri yang lengkap dan penggunaan fleksibel pada masa nyata yang digunakan untuk setiap aspek ketersambungan perniagaan. Kami melakukannya dengan memenuhi janji rangkaian yang ditentukan perisian dan AIOps melalui platform natif awan kami. Tidak ada tawaran NaaS lain yang membolehkan 'Edge to Everywhere' melalui platform mereka dan kami percaya ini menjadikan kami sebagai NaaS yang sebenar."

"Gabungan platform reka bentuk dan harga automatik Unitas Global serta akses dan rangkaian Internet globalnya yang meliputi lebih 50 juta lokasi di 173 buah negara, mewujudkan tawaran yang menarik bagi membolehkan transformasi rangkaian perusahaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Unitas Global, Patrick Shutt. "Penggabungan ini memperluas kelebihan automasi rangkaian dan fleksibiliti kepada perusahaan, mewujudkan tawaran 'Edge to Everywhere' yang tiada tandingan kepada para pelanggan dan rakan kongsi kami di seluruh dunia."

"Gabungan platform dan aset rangkaian PacketFabric dan Unitas Global merupakan satu bukti komitmen Digital Alpha yang hebat untuk melabur dan membangunkan rangkaian transformasi generasi seterusnya yang menyediakan penyelesaian terkemuka dalam industri bagi rangkaian sebagai perkhidmatan dalam pasaran yang kini berpecah-pecah. Ini merupakan pelaburan untuk masa depan Internet yang signifikan dan merupakan sebuah syarikat yang sangat penting untuk merevolusikan infrastruktur digital perusahaan," kata Rick Shrotri, Rakan Kongsi Pengurusan Digital Alpha Advisors.

Keupayaan PacketFabric yang diperluas ini mewujudkan tawaran yang menarik untuk perusahaan, saluran global dan rakan kongsi teknologi. Perusahaan dan rakan kongsi tidak lagi perlu memiliki, mengurus dan mengendalikan asas komunikasi perniagaan mereka. PacketFabric membolehkan Perusahaan mereka bentuk dan mengawal seni bina komunikasinya sendiri; sementara tidak perlu menanggung beban pemilikan dan mengendalikan mana-mana bahagian rangkaian mereka.

PacketFabric membawa perubahan penting kepada seni bina ketersambungan perniagaan dengan NaaS sebenar yang lengkap ke pasaran, sekali gus membolehkan platform ketersambungan yang lengkap dan selamat untuk mengembangkan strategi perniagaan dan geografi yang didigitalkan dari 'Edge to Everywhere'.

Tentang PacketFabric
PacketFabric adalah satu-satunya penyedia NaaS (Rangkaian sebagai Perkhidmatan) yang sebenar. Platform kami direka bentuk dari mula untuk menyokong model ketangkasan, automasi rangkaian dan penggunaan yang diperlukan untuk seni bina Internet perniagaan yang berubah-ubah. Kami memberikan setiap aspek ketersambungan perniagaan; iaitu akses peribadi, teras, awan, penyimpanan data dan ketersambungan Internet awam - sebagai perkhidmatan atas permintaan, boleh diprogramkan sepenuhnya dan selamat. Di PacketFabric, platform Edge to Everywhere kami mentakrifkan semula perkhidmatan WAN dan model ketersambungan perniagaan. Pelabur PacketFabric adalah termasuk NantWorks dan Digital Alpha Advisors. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.packetfabric.com.

Tentang Digital Alpha Advisors, LLC
Digital Alpha Advisors, LLC merupakan sebuah firma pelaburan yang memberi tumpuan kepada infrastruktur digital yang diperlukan oleh ekonomi digital yang berkembang pesat, dengan jumlah aset di bawah pengurusannya melebihi $1.5 bilion. Firma ini mempunyai perjanjian kerjasama strategik dengan Cisco Systems, Inc. dan telah bekerjasama dengan firma-firma Silicon Valley terkemuka yang lain. Digital Alpha percaya bahawa ia merupakan firma pertama yang memberi tumpuan kepada membuat pelaburan ekuiti swasta dalam mewujudkan peluang pertumbuhan penting yang diperlukan untuk menyokong Ekonomi Digital, termasuk rangkaian komunikasi generasi seterusnya, platform IoT untuk infrastruktur bandar dan platform pengurusan data berasaskan awan. Digital Alpha telah ditubuhkan pada tahun 2017 oleh Rick Shrotri, mantan Ketua Pasukan Global Infrastructure Funds (GIF) di Cisco dan menutup Dana terbaharunya – Digital Alpha Fund II, LP – pada awal tahun 2021. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.digitalalpha.net.

Hubungan Media: marketing@packetfabric.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1981873/Unitas___PF_Logo.jpg?p=medium600

Source: PacketFabric
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers