omniture

Catalyst CEO Champions For Change Memajukan Wanita, Menekankan Kesaksamaan Gaji

Catalyst
2023-01-13 20:04 0

Laporan menunjukkan syarikat-syarikat Champions For Change mengatasi rakan niaga tentang perwakilan dan pengesanan kesaksamaan gaji

NEW YORK, 13 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Catalyst CEO Champions For Change terus memajukan wanita dalam organisasi mereka pada setiap peringkat di seluruh barisan kepemimpinan, terutamanya dalam jawatan eksekutif—menunjukkan komitmen mereka untuk menggandakan kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) dalam keadaan tempat kerja yang berkembang dan ekonomi yang tidak menentu.

Menurut laporan yang baru dikeluarkan berjudul Aligning Actions to Values: Catalyst CEO Champions For Change golongan wanita mewakili 28% eksekutif di syarikat Champions, berbanding 23% dalam kalangan rakan-rakan global mereka.

Syarikat-syarikat ini diketuai oleh lebih 70 orang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berikrar untuk memajukan wanita di seluruh kumpulan etnik dan kaum ke dalam peranan kepemimpinan. Buat pertama kalinya sejak inisiatif ini dilancarkan pada tahun 2017, kumpulan ini memberikan penekanan tentang kajian semula kesaksamaan gaji yang penting untuk memajukan wanita dan memastikan amalan perniagaan yang adil.

Di Amerika Syarikat, di mana kebanyakan syarikat Champion berpangkalan, jurang gaji antara jantina untuk pekerja sepenuh masa ialah 16.9%, dengan jurang yang lebih besar untuk wanita daripada kumpulan kaum dan etnik yang terpinggir. Laporan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar syarikat Champion (82%) telah melakukan sekurang-kurangnya satu semakan kesaksamaan gaji dalam tempoh tiga tahun yang lalu—perkadaran yang lebih tinggi berbanding yang ditemui dalam kajian lain—yang menunjukkan bahawa mereka adalah model untuk diikuti oleh organisasi lain. 

Syarikat-syarikat Champion juga mendahului syarikat Fortune 500 secara keseluruhan dalam perwakilan lembaga wanita (35% berbanding 27%), termasuk perwakilan wanita daripada kumpulan kaum dan etnik terpinggir (8% berbanding 6%). Sebagai sebuah kumpulan, syarikat-syarikat ini melebihi nilai ambang sebanyak 30% yang dikenali sebagai kriteria penting yang telah menemui perubahan dinamik kumpulan tersebut selama beberapa dekad dalam bidang penyelidikan sains sosial dan membawa kepada peningkatan dalam prestasi tadbir urus korporat.

"Kami tahu bahawa apa yang dapat diukur akan mampu diurus," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Catalyst, Lorraine Hariton. "Kami memuji para pemimpin tersebut dan organisasi mereka untuk mengutamakan dan memacu kesaksamaan dengan pengukuran berkaedah dan ketelusan." Catalyst percaya bahawa pendedahan metrik kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman serta matlamat menggambarkan komitmen strategik yang mendalam terhadap persekitaran yang adil dan hendaklah dijadikan amalan korporat sejagat. 

Syarikat Catalyst CEO Champions For Change mewakili lebih 11 juta pekerja dan pendapatan melebihi $3 trilion di seluruh dunia. Sejak pengumpulan data global yang bermula pada tahun 2018, kumpulan ini terus mengatasi rakan global mereka dari segi perwakilan wanita di seluruh perancangan kepemimpinan.

Baca laporan tersebut dan ketahui lebih lanjut tentang Catalyst CEO Champions For Change di catalyst.org/champions.

Tentang Catalyst

Catalyst ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan global yang disokong oleh kebanyakan Ketua Pegawai Eksekutif paling berkuasa serta syarikat-syarikat terkemuka di dunia untuk membantu mewujudkan sebuah tempat kerja yang sesuai untuk wanita. Ditubuhkan pada tahun 1962, Catalyst memacu perubahan dengan kepemimpinan inovatif yang terkemuka, penyelesaian yang boleh dilaksanakan dan komuniti syarikat multinasional yang berusaha untuk mempercepat dan memajukan wanita dalam kepemimpinan—kerana kemajuan untuk wanita adalah kemajuan untuk semua orang.

Hubungan 

Erin Souza-Rezendes
Naib Presiden Komunikasi Global
Catalyst
erezendes@catalyst.org 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/597751/Catalyst_C4C_Logo.jpg?p=medium600

Source: Catalyst
Keywords: Workforce Management/Human Resources Not for profit Survey, Polls & Research Women-related news Public Interest