omniture

Hari Pasaran Modal 2023 - Alphawave akan membentangkan strategi jangka panjang dan sasaran kewangan

Alphawave IP Group Plc
2023-01-14 11:22 0

LONDON dan TORONTO, 14 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Alphawave IP Group plc (LSE: AWE) ("Alphawave" atau "Syarikat") akan menganjurkan Hari Pasaran Modal yang sulung untuk para pelabur dan penganalisis kewangan di London pada hari ini. Semasa acara tersebut, pasukan pengurusan akan membentangkan strategi perniagaan jangka panjang dan sasaran kewangan Syarikat ketika ia memasuki peringkat seterusnya dalam penerajuan teknologi ketersambungan untuk pasaran infrastruktur digital. Syarikat juga telah mengumumkan penjenamaan semula identiti korporatnya yang merangkumi logo baharu, elemen jenama visual terkini dan jenama baharu syarikat: Alphawave Semi.

Susulan kepada tempoh masa yang diambil untuk pelaburan dalam pengembangan pasukan dan keupayaannya yang sejajar dengan matlamat yang ditetapkan semasa IPO Syarikat pada tahun 2021, Alphawave merancang untuk menghasilkan nilai jangka panjang pemegang saham dengan:

  • Memperluas dan mengembangkan penerajuan teknologinya dalam teknologi silikon ketersambungan;
  • Berubah menjadi sebuah syarikat semikonduktor bersepadu secara vertikal dengan meningkatkan pengewangan perniagaan IP-nya melalui peluang perniagaan dalam produk silikon tersuai dan produk ketersambungan yang lain;
  • Memenuhi lebih banyak keperluan ketersambungan para pelanggan dalam pasaran infrastruktur digital yang mempunyai pertumbuhan tinggi termasuk pusat data. Alphawave menganggarkan pasaran sasarannya akan meningkat pada kadar CAGR 20% antara tahun 2023 hingga 2026; dan
  • Mengekalkan peruntukan modal yang berdisiplin berserta fokus yang kukuh untuk meningkatkan kecekapan operasi dalam tempoh dua tahun akan datang.

Walaupun berhadapan persekitaran makroekonomi yang tidak menentu, perancangan kami yang semakin berkembang mencerminkan trend pertumbuhan sekular yang positif dalam pasaran infrastruktur data dan pelaburan berterusan dalam penyelesaian ketersambungan generasi seterusnya. Perkara ini digabungkan dengan pasukan kami yang berbakat dan kunci kira-kira yang kukuh memberikan kami keyakinan terhadap masa depan kami.

Untuk tahun 2023, Alphawave berharap dapat mengekalkan trajektori pertumbuhannya yang tinggi sambil melengkapkan penyepaduan bagi pengambilalihan yang dilakukan baru-baru ini. Jangkaan Syarikat untuk Tahun Kewangan 2023:

  • Pendapatan berada dalam julat antara USD340 juta hingga USD360 juta
  • EBITDA terlaras bernilai kira-kira USD87 juta pada titik pertengahan julat panduan pendapatan, yang mewakili margin EBITDA terlaras sekitar 25%

Menjelang Tahun Kewangan 2025, Alphawave menyasarkan untuk beroperasi dalam model kewangan berikut:

  • CAGR pendapatan sejajar dengan pasaran sasarannya iaitu kira-kira 20%, mewakili kadar sasaran pendapatan kira-kira USD500 juta menjelang tahun 2025
  • Margin kasar sekitar 60%
  • Perbelanjaan operasi terlaras dalam peratusan pendapatan sekitar 30%
  • Margin EBITDA terlaras sekitar 30%, mewakili kira-kira USD150 juta EBITDA terlaras1

1 Pengiraan dibuat berdasarkan pendapatan sebanyak USD500 juta

Tony Pialis, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Alphawave berkata: "Kami sedang membangunkan sebuah perniagaan ketersambungan yang terkemuka berdasarkan IP berprestasi tinggi kami.  Tumpuan kami adalah untuk melaksanakan visi kami dengan sebuah portfolio ketersambungan yang diperluas bagi menangani lebih banyak keperluan ketersambungan para pelanggan kami. Melalui sebuah pasukan yang terdiri daripada hampir 700 orang pekerja, kami teruja dengan peluang yang menanti di hadapan dan potensi jangka panjang perniagaan ini."

John Lofton Holt, Pengerusi Eksekutif Alphawave menambah: "Hari ini kami mengumumkan jenama baharu syarikat kami iaitu Alphawave Semi yang mencerminkan cita-cita kami sejak Tawaran Awam Awal (IPO) dilaksanakan – untuk membangunkan syarikat semikonduktor bersepadu secara vertikal yang terkemuka dan memberi tumpuan kepada penyelesaian ketersambungan. Kami komited untuk menghasilkan nilai pemegang saham dan kami yakin bahawa semua pihak berkepentingan akan mendapat ganjaran apabila kami berjaya melaksanakan strategi jangka panjang kami dan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan kami."

Hari Pasaran Modal 

Syarikat menganjurkan Hari Pasaran Modal yang pertama di London pada hari ini.

Siaran Langsung 

Acara ini akan disiarkan secara langsung mulai jam 09:00 pagi waktu GMT menerusi:
https://www.lsegissuerservices.com/spark/ALPHAWAVEIPGROUP/events/7aadd13f-2514-47e1-8281-baced5bae5e8 

Rakaman bagi acara ini juga akan tersedia untuk ditonton di bahagian Perhubungan Pelabur di laman web Syarikat iaitu di  Results, Reports & Presentations - Alphawave Semi 

Tentang Alphawave Semi

Alphawave Semi ialah peneraju global dalam ketersambungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur teknologi dunia. Berhadapan dengan pertumbuhan data yang pesat, perkhidmatan teknologi Alphawave Semi merupakan suatu keperluan yang penting: membolehkan data bergerak dengan lebih pantas, lebih dipercayai dan dengan prestasi yang lebih tinggi pada kuasa yang lebih rendah. Kami merupakan sebuah syarikat semikonduktor bersepadu secara vertikal serta produk IP, silikon tersuai dan ketersambungan kami digunakan oleh para pelanggan peringkat pertama global dalam pusat data, pengkomputeran, rangkaian, AI, 5G, kenderaan autonomi dan storan. Ditubuhkan pada tahun 2017 oleh sepasukan pakar teknikal dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pelesenan IP semikonduktor, misi kami adalah untuk mempercepat infrastruktur data yang penting sebagai suatu keutamaan dunia digital. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Alphawave Semi, sila layari: awavesemi.com

Alphawave Semi dan logo Alphawave Semi merupakan tanda dagangan Alphawave IP Group plc. Hak cipta terpelihara.

Pernyataan amaran berkenaan pernyataan berpandangan ke hadapan

Dokumen ini mungkin mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan yang dibuat dengan suci hati dan berdasarkan jangkaan atau kepercayaan semasa serta andaian tentang peristiwa masa depan. Kadangkala tetapi tidak selalunya, anda boleh mengenal pasti pernyataan ini melalui penggunaan tarikh pada masa hadapan atau perkataan-perkataan seperti "akan", "jangka", "anggar", "harap", "unjur", "hasrat", "rancang", "sepatutnya", "mungkin", "anggap" atau perkataan-perkataan lain yang serupa. Berdasarkan ciri-ciri ini, pernyataan berpandangan ke hadapan adalah berbentuk ramalan dan spekulatif serta melibatkan risiko dan ketidakpastian kerana ia berkaitan dengan sesuatu peristiwa dan bergantung pada keadaan yang akan berlaku pada masa hadapan. Anda tidak boleh bergantung sepenuhnya pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini, yang bukan merupakan jaminan prestasi masa depan dan tertakluk kepada faktor-faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan ini. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung dalam dokumen ini, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

HUBUNGAN: Alphawave IP Group plc: John Lofton Holt, Pengerusi Eksekutif, Jose Cano, Ketua Perhubungan Pelabur|ir@awaveip.com, +44 (0) 20 7717 5877; Brunswick Group: Simone Selzer, Sarah West, alphawave@brunswickgroup.com, +44 (0) 20 7404 5959; Gravitate PR: Lisette Paras, Wynton Yu, alphawave@gravitatepr.com, +1 415 420 8420

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1982763/Alphawave_IP_Group_Plc_Capital_Markets_Day_2023___Alphawave_to_o.jpg?p=medium600

Source: Alphawave IP Group Plc
Related Stocks:
LSE:AWE
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors Trade show news