Persidangan ini menekankan keperluan dunia untuk mengadakan lebih banyak dialog dan kerjasama bagi memenuhi permintaan masa depan mineral strategik
RIYADH, Arab Saudi, 14 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral (MIM) telah mengumumkan penutupan Forum Mineral Masa Depan (FMF) kedua yang dianjurkan di bawah naungan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.
Dalam ucapan penutup beliau, penganjur Forum, TYT Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral, Bandar Alkhorayef, mengucapkan terima kasih kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz dan Yang Teramat Mulia Putera Mohammed bin Salman, Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri, atas sokongan dan tajaan yang diberikan kepada Forum Mineral Masa Depan serta minat dan sokongan berterusan mereka terhadap pemerkasaan sektor perlombongan di Arab Saudi.
TYT Alkhorayef berkata, kejayaan Forum ini jelas kelihatan melalui idea, cadangan dan perbincangan yang dibentangkan oleh semua peserta dari dalam dan luar negara. Mengumumkan bahawa Kementeriannya bakal mengadakan Forum Mineral Masa Depan edisi ketiga dan seterusnya, beliau menekankan keperluan untuk bergerak maju dalam membangunkan sektor perlombongan berdasarkan tonggak utama yang merangkumi dialog berterusan serta pengukuhan kerjasama antara pelbagai negara yang terlibat dalam sektor ini.
Sesi panel pada Forum ini meneroka beberapa topik seperti masa depan sektor perlombongan, sumbangannya terhadap pembangunan masyarakat, galakan ke arah sistem tenaga yang lestari dan bersih serta tarikan pelaburan mega secara langsung ke dalam sektor perlombongan di rantau ini.
Forum ini menyaksikan 60 perjanjian dan Memorandum Persefahaman ditandatangani dalam industri perlombongan dan mineral yang melibatkan beberapa agensi kerajaan, syarikat dan institusi yang mengambil bahagian. Perjanjian dan Memorandum Persefahaman ini meliputi penerokaan mineral, teknologi dan komunikasi, penggunaan standard kelestarian, pensijilan dan perindustrian dalam sektor perlombongan.
Para perwakilan berharap untuk melihat lebih banyak Forum Mineral Masa Depan diadakan, yang bertindak sebagai pemangkin pelaburan pantas dalam sektor ini, terutamanya dengan permintaan mineral yang semakin meningkat pada masa ini dan akan datang berikutan permintaan daripada industri moden, khususnya pembekalan mineral yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga boleh baharu pada masa hadapan dan untuk menghasilkan produk hijau seperti kereta elektrik.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1983479/Future_Minerals_Forum1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1983478/Future_Minerals_Forum2.jpg?p=medium600