omniture

AIA Singapore lantik Heung-min Son sebagai duta jenama pertamanya mempromosikan kesejahteraan holistik dalam kalangan rakyat Singapura

AIA Singapore
2023-01-16 09:32 80

SINGAPURA, 16 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini AIA Singapore mengumumkan pemain Tottenham Hotspur, Heung-min Son, sebagai duta jenama Singapura pertamanya. Heung-min Son ialah Pemain Bola Sepak Asia Terbaik Tahunan sebanyak tujuh kali dan musim lalu menjadi pemain Asia pertama memenangi Premier League Golden Boot (Kasut Emas Liga Perdana). Pelantikan beliau dibuat sebagai sebahagian daripada pergerakan AIA One Billion yang bertujuan untuk melibatkan satu bilion orang dari seluruh rantau ini untuk menjalani Kehidupan Lebih Sihat, Lebih Lama, Lebih Baik menjelang tahun 2030.

AIA Singapore appoints Tottenham Hotspur player, Heung-min Son, as its first Singapore brand ambassador
AIA Singapore appoints Tottenham Hotspur player, Heung-min Son, as its first Singapore brand ambassador

Sebagai duta jenama AIA Singapore, Heung-min Son akan memberi inspirasi kepada rakyat Singapura untuk menjalani kehidupan yang lebih baik setiap hari dengan mempromosikan kesejahteraan yang holistik dalam 3 aspek penting - kesihatan fizikal, motivasi dan kesihatan mental serta kesihatan kewangan - untuk memperjuangkan janji jenama AIA bagi membolehkan komuniti Singapura menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Lebih Lama, Lebih Baik.

"Diiktiraf sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat seumpamanya yang pernah dilahirkan oleh Asia, Son merupakan ikon dan sumber inspirasi buat ramai orang. Perjalanan beliau dengan sukan bola sepak menonjolkan bakat dan nilai-nilai peribadi beliau iaitu peningkatan diri, kesungguhan dan keazaman. Nilai-nilai diri beliau dan perjalanan semasa sebagai seorang pemain bola sepak profesional untuk tidak berasa selesa dengan status quo selari dengan usaha berterusan AIA Singapore untuk memberi sokongan pelanggan yang lebih baik agar hidup dengan lebih baik melalui pencapaian kesejahteraan yang holistik. Bersama-sama Son, kami berusaha untuk mencetuskan impak positif yang lebih besar dalam kehidupan rakyat Singapura pada tahun 2023 dan selanjutnya," kata Melita Teo, Ketua Pegawai Pelanggan dan Digital, AIA Singapore.

"Banyak nilai dan pandangan saya terhadap kehidupan disampaikan kepada saya daripada ibu bapa saya. Sebagai seorang anak, mereka sentiasa memberi inspirasi kepada saya untuk memperbaiki diri saya dalam segala-gala yang saya lakukan dan sekiranya saya ingin menjadi pemain bola sepak terbaik yang saya idamkan, saya perlu mencabar diri saya dengan berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental terbaik sekali gus turut menghormati orang lain. Hingga ke hari ini, saya berpegang kepada nilai-nilai ini dengan bersungguh-sungguh bahawa keadaan fikiran yang baik, gaya hidup yang sihat dan menjadi seorang pemain berpasukan adalah penting. Saya berbesar hati dapat menjadi duta pertama AIA Singapore ketika kami mengambil langkah-langkah untuk memotivasikan lebih ramai orang bagi mencapai kesejahteraan yang holistik bersama-sama," kata Heung-min Son.

Menerusi pelantikan Heung-min Son, AIA Singapore menegaskan komitmennya untuk mengupayakan Kehidupan yang Lebih Sihat, Lebih Lama, Lebih Baik buat rakyat Singapura dengan melibatkan komuniti di Singapura melalui kehidupan yang aktif, menyampaikan nilai-nilai kerja berpasukan, disiplin dan semangat kesukanan serta bagaimana orang ramai dapat menjaga kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan kewangan mereka secara holistik, untuk memberi impak yang positif kepada kehidupan.

Heung-min Son akan memainkan peranan penting dalam memperjuangkan inisiatif AIA Singapore yang akan datang pada tahun kalendar ini, untuk menunjukkan kepentingan kesejahteraan yang holistik bagi mencapai Kehidupan yang Lebih Sihat, Lebih Lama, Lebih Baik. Ini akan melibatkan aktiviti-aktiviti untuk pelanggan, wakil insurans AIA, rakan korporat serta pekerja AIA Singapore.

AIA Singapore telah menjadi rakan kongsi yang sekian lama untuk Tottenham Hotspur sebagai Rakan Kongsi Utama Global Kelab ini. Tahun lalu, AIA Singapore dan Tottenham Hotspur melancarkan secara bersama Grant-a-Wish bersama AIA Better Lives Fund - satu inisiatif pengumpulan dana bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak, belia dan keluarga mereka yang memerlukan. Hasil kutipan disalurkan bagi menyokong para penerima AIA Better Lives Fund melalui Community Chest, termasuk rakan-rakan amal serapan AIA Singapore – Children's Wishing Well untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak kecil, menyokong pendidikan mereka dan membantu mereka merealisasikan impian mereka melalui kelayakan profesional dalam bidang-bidang bukan akademik. Untuk VIVA Foundation, sumbangan berkenaan membiayai projek-projek penyelidikan kanser bagi menghasilkan rawatan termaju untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang menghidap kanser, menyusun atur program yang menawarkan penjagaan yang holistik untuk pesakit yang sembuh agar sihat selepas menerima rawatan dan mendayakan kemudahan perubatan yang lebih baik. Dana yang dikumpul turut disalurkan kepada Tottenham Hotspur Foundation.

Kami turut mengembalikan Klinik Bola Sepak AIA Kids yang popular pada November 2022 selepas berehat selama dua tahun sebagai lanjutan daripada kempen Grant-A-Wish. Dengan sokongan daripada Jurulatih-jurulatih Pembangunan Tottenham Hotspur - Shannon Moloney dan Jerome Barker, serta jurulatih-jurulatih daripada Football Association of Singapore (FAS), 500 orang kanak-kanak mendapat pengalaman waktu sebenar di padang dan menjalani pusingan latih tubi dan kejohanan mini yang mengujakan. Klinik bola sepak menggalakkan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif dan menyemai etos penting semangat kesukanan dan keazaman di samping turut mengumpul dana untuk AIA Better Lives Fund. 100% daripada jumlah kutipan yang dikumpul melalui pendaftaran disalurkan kepada Children's Wishing Well.

 

 

Source: AIA Singapore
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Health Care/Hospital Health Insurance Insurance Sporting Events Sports Personnel announcements