omniture

ESAOTE S.p.A. menyertai "The Ocean Race: Genova, the Grand Finale".

Esaote S.p.A.
2023-01-16 20:00

GENOA, Itali, 16 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Esaote, sebuah syarikat terkemuka dalam sektor bioperubatan – ultrasound, pengimejan resonans magnetik khusus dan Teknologi Maklumat untuk penjagaan kesihatan – merupakan Penyokong "The Ocean Race: Genova, the Grand Finale". Sehubungan itu, ia akan mengambil bahagian dalam Perlumbaan Pelayaran Mengelilingi Dunia dan akan bertindak sebagai protagonis bagi peringkat ketibaan pada 24 Jun dan 2 Julai 2023. 

The Austrian Ocean Racing Team Genova
The Austrian Ocean Racing Team Genova

Pada tahun 2023, The Ocean Race, perlumbaan pelayaran di laut yang paling luar biasa, menyambut ulang tahun kali ke-50 dan buat pertama kali dalam sejarah, akan tiba di Itali – di Genoa – selepas belayar sejauh kira-kira 32,000 batu dan melalui enam peringkat.

 "Adalah wajar bagi Esaote memperkenalkan syarikat melalui nilai-nilai yang telah mendorong Genoa memberikan komitmen untuk tampil dalam perlumbaan yang luar biasa ini. Perlumbaan mengelilingi dunia ini telah dianjurkan selama 50 tahun, menggabungkan dunia sukan, kelestarian dan kecemerlangan teknologi," kata Franco Fontana, Ketua Pegawai Eksekutif Esaote. "Nilai-nilai ini membentuk sebahagian daripada tindakan kami di Esaote, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Genova dan merupakan duta bagi produk Buatan Itali. Kami komited untuk menggunakan teknologi kami dalam bidang perubatan sukan dan sentiasa menumpukan perhatian terhadap kelestarian, setelah merintis jalan dalam bidang diagnostik dengan tahap kebolehpercayaan yang tinggi serta menggunakan mesin dan alat yang versatil, boleh diakses dan lebih lestari. Dengan mesej ini, kami berbesar hati untuk menyertai "The Ocean Race: Genova, the Grand Finale" dan menjadi sebahagian daripada perjalanannya mengelilingi dunia."

Genoa the Grand Finale akan menyambut ketibaan bot-bot Ocean Race dengan satu acara hebat: dari 24 Jun hingga 2 Julai di Ocean Live Park, sesiaran tepi pantai Genoa yang akan menarik para penggemar pantai, pelayar dan ahli sukan dari seluruh Itali. Genoa akan turut menjadi tuan rumah bagi pembentangan rasmi prinsip-prinsip Hak Lautan yang kemudiannya akan disampaikan pada Perhimpunan Agung PBB.

Selain itu, Genoa, telah pun tampil dengan Pavilionnya di Alicante-Sepanyol dan akan mempromosikan produk terbaik buatan tempatan dan "Buatan Itali" di Ocean Live Parks di CapeTown-Afrika Selatan (7-26/02), Itajaí-Brazil (1-23/04), Newport-AS (10-21/05), Aarhus-Denmark (30-05/08-06), The Hague-Belanda (11-15/06).

Esaote 

Esaote Group ialah peneraju sektor peralatan bioperubatan, terutama bagi perisian ultrabunyi, MRI dan diagnosis perubatan. Pada masa ini, ia mempunyai kira-kira 1,180 orang pekerja. Dengan kemudahan di Genoa dan Florence serta unit pembuatan dan penyelidikan di Itali dan Belanda, syarikat ini mempunyai pejabat di lebih 100 buah negara di seluruh dunia. www.esaote.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1983533/Tor_TeamGenova.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1983532/esaote_Orizzontale_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Esaote S.p.A.
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Sporting Events Sports Transportation Travel Licensing/marketing agreements