omniture

ICP DAS menukar data menjadi pandangan dan menyokong perniagaan dalam memulakan perjalanan ESG

ICP DAS Co., Ltd.
2023-01-17 15:22 61

HSINCHU, 17 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, matlamat perniagaan syarikat-syarikat seluruh dunia telah melangkaui lebih daripada sekadar menjana keuntungan. Menerapkan pemikiran ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) ke dalam objektif-objektif perniagaan dan mencapai Sifar Bersih telah mendapat kepentingan yang signifikan. Justeru itu, penerimaan ESG melonjak. ICP DAS, sebuah syarikat yang telah lama bertapak, berada di sini untuk menyokong syarikat-syarikat dalam memulakan perjalanan ESG dan Sifar Bersih. Tambahan pula, kami memperoleh keputusan kecekapan tenaga yang ketara - meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang sebanyak 28% setahun.

ICP DAS menukarkan data menjadi pandangan dan menyokong perniagaan dalam memulakan perjalanan ESG
ICP DAS menukarkan data menjadi pandangan dan menyokong perniagaan dalam memulakan perjalanan ESG

Dalam bidang ESG dan kemampanan, data mempunyai jawapan untuk perniagaan. ICP DAS - pembekal teknologi automasi perindustrian dengan pengalaman yang luas - menyokong syarikat-syarikat dalam pengukuran, penghantaran dan visualisasi data, mengesan pandangan untuk penyelenggaraan pencegahan dan diagnosis prediktif. Dengan barisan produk serta perkhidmatan yang holistik, termasuk pengawal IIoT, sensor, perisian, modul dan unit I/O jarak jauh, peranti komunikasi perindustrian, meter kuasa & aksesori, perkhidmatan penumpuan IT/OT serta penyelesaian yang disesuaikan, ICP DAS mendefinisikan pendekatan ESG pelanggan untuk menjimatkan tenaga dan menyahkarbon.

ICP DAS membantu kilang-kilang menerusi projek-projek ESG dan portfolio kami meliputi syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa merentas industri-industri. Memandangkan pengeluaran elektrik menyumbang kira-kira 70% daripada gas rumah hijau keseluruhan, mencapai pengukuran dan kecekapan tenaga penting untuk perniagaan mengguna pakai prinsip-prinsip ESG.

ICP DAS pernah menyokong pelanggan dalam pendigitalan kilang minyak sawit di Thailand. Pasukan pakar kami mencadangkan untuk menggunakan meter kuasa pintar tiga fasa (PM-3133-360P) bagi memperoleh data penggunaan kuasa yang andal dan tepat daripada motor penghapus minyak. Data itu kemudiannya dihantar ke penumpu meter kuasa IIoT (PMC-5231) melalui Modbus RTU disimpan dan dihitung secara logik sebelum dihantar ke sistem SCADA melalui protokol Modbus TCP.

Ciri unik PMC-5231 ICP DAS membolehkan laporan penggunaan kuasa dihasilkan secara automatik. Kakitangan boleh menilai dan mencari masalah yang mendasari berdasarkan kepada laporan harian, mingguan dan bulanan bagi tujuan penyelenggaraan pencegahan dan peningkatan OEE. Walaupun data tenaga waktu sebenar menjadi digital, mencapai kecekapan tenaga dapat dijayakan. Kami meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang sebanyak 28% setahun - hasil yang boleh dilihat dan ketara.

Perisian IoT yang berkuasa penting untuk meningkatkan prestasi ESG. IoTstar ICP DAS membolehkan pembinaan sistem awan IoT dan ketersambungan pengawal WISE/PMC/PMD kami. Perisian ini menawarkan lima perkhidmatan teras - akses jarak jauh & penyelenggaraan, pengumpulan & penyimpanan data sensor, papan pemuka, laporan dan perkhidmatan bot.

ICP DAS pernah membantu pengedar & pembekal teknologi yang terkemuka di India dengan visualisasi data untuk 250 sistem bekalan air. Sebelum ini, kakitangan perlu merekodkan data sensor secara manual yang dikumpul oleh PLC yang tersebar secara meluas di tapak, sesuatu yang menyusahkan. Justeru itu, pelanggan mengambil keputusan untuk memasang IIoT Edge Controller WISE-5231M-4GE kami di semua tapak sebuah bandar untuk menghantar data ke IoTstar melalui 4G untuk pemantauan waktu sebenar di pusat kawalan. Memandangkan pemeriksaan di tapak secara kerap tidak lagi diperlukan, ini dapat menjimatkan kos buruh dan mengurangkan jejak karbon syarikat yang berpunca daripada pengangkutan.

Di ICP DAS, kami mencadangkan penyelesaian yang dioptimumkan dan merealisasikan tindakannya. Produk automasi perindustrian kami yang mantap dan boleh dipercayai serta pengetahuan domain selama 30-tahun membolehkan pelanggan untuk menangani masalah dan berada selangkah lebih hampir untuk mencapai Sifar Bersih. Kami memainkan peranan dalam memelihara planet yang boleh didiami bersama-sama perusahaan-perusahaan.

Latar Belakang ICP DAS

ICP DAS, ditubuhkan pada tahun 1993, memfokuskan kepada inovasi dan penambahbaikan teknologi automasi perindustrian. 30 tahun pengalaman dalam pasaran perindustrian global membolehkan syarikat ini menduduki kedudukan peneraju antara penyedia-penyedia penyelesaian untuk Industri 4.0 dan Internet Perindustrian Pelbagai Benda (IIoT).

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami: https://www.icpdas.com/

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services New products/services Survey, Polls & Research