WINNIPEG, Manitoba, 17 Januari 2023 /PRNewswire/ -- 24-7 Intouch, peneraju global dalam penyelesaian pusat hubungan dan teknologi, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menukar nama korporatnya kepada IntouchCX selaras dengan pertumbuhan yang dipercepat, tawaran penyelesaian baharu dan kedudukan sebagai inovator pasaran.
Syarikat tersebut juga telah memperkenalkan jenama baharu yang mencerminkan asal usul dan kesaksamaan syarikat sambil merangkumi cita-cita baharunya dengan penampilan yang lebih moden dan berfokuskan manusia.
"Kami menyedari terdapat peluang besar untuk kami menjenamakan semula diri kami dengan terus mempamerkan komitmen untuk berinovasi dalam industri yang benar-benar memerlukannya," kata Greg Fettes, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IntouchCX. "Menjadi sebuah syarikat yang diterajui inovasi sentiasa menjadi sebahagian daripada asas dan budaya kami, dan ia adalah penting bagi kami kerana ia menunjukkan bahawa kami mampu memberikan lebih banyak keuntungan berbanding kecemerlangan operasi. Bukan mudah untuk membezakan diri anda dalam industri ini dan inovasi merupakan cara kami sentiasa membezakan diri kami untuk menyampaikan nilai yang tidak dapat diberikan oleh orang lain."
Identiti dan kedudukan baharu IntouchCX yang berani bertunjangkan pada teras strategiknya iaitu mempunyai pemahaman yang tiada tandingan tentang ekosistem rakan kongsi pelanggan mereka, komitmen untuk membina hubungan yang dipercayai dan terjalin lama berasaskan prestasi luar biasa, inovasi dan membangunkan khalayak yang berpengetahuan dan diperkasakan.
"Jenama kami yang telah diubah membangkitkan strategi dan hasrat kami," kata Wilma Chan, Naib Presiden Pemasaran IntouchCX. "Sambil kami melihat ke masa hadapan, jenama kami menguatkan kedudukan kami sebagai peneraju pemikiran, dengan menjangkakan keperluan pengalaman pelanggan masa hadapan dengan cara baharu dan membangunkan penyelesaian unik yang benar-benar memberi kesan."
Syarikat ini terus melabur dalam skala global, penglibatan pekerja dan kepemimpinan dengan pendekatan yang berbeza yang seimbang dari segi prestasi, manusia dan teknologi. IntouchCX mewujudkan perjalanan pelanggan dan pekerja yang semakin meningkat melalui reka bentuk penyelidikan dan pengalaman kognitif serta telah berjaya melancarkan penyelesaian baharu pada tahun ini termasuk penyelesaian Kepercayaan dan Keselamatan yang diterajui kesejahteraan, Mosaic Language dan IntouchCX Disrupt - penyelesaian pengalaman pelanggan khas yang direka khusus untuk syarikat-syarikat yang mencapai pertumbuhan pesat.
IntouchCX kini beroperasi di seluruh dunia melalui model bekerja di mana-mana sahaja. Penjenamaan baharu Syarikat ini sedang dilancarkan di seluruh cawangan fizikalnya di Amerika Syarikat, Kanada, Guatemala, Colombia, Jamaica, Honduras, Greece, India dan Filipina, termasuk laman web yang baru dilancarkan (intouchcx.com) dan penampilan di media sosial yang telah dikemas kini.
Tentang IntouchCX
IntouchCX merupakan peneraju global dalam pengurusan pengalaman, penglibatan digital dan penyelesaian teknologi para pelanggan. Kami menyesuaikan diri kami dalam dunia anda dengan rasa ingin tahu, kreativiti dan inovasi untuk memberikan keputusan yang luar biasa. Selama lebih 20 tahun, kami telah berusaha dengan sedaya upaya untuk menjadi peneraju industri yang inovatif dengan membina hubungan jangka panjang yang dipercayai bersama-sama rakan kongsi jenama kami dan memperkasakan para pekerja kami untuk mendorong perubahan yang positif. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami, sila layari intouchcx.com.
Hubungan Media: Jaime Dzikowski, Naib Presiden Jenama & Komunikasi, IntouchCX, jdzikowski@intouchcx.com