omniture

Pusat Pengajian Perniagaan Edinburgh Raikan Kejayaan Graduan Afrika

Edinburgh Business School
2014-01-31 01:10 125

LONDON, 31 Januari 2014 /PRNewswire/ --

Pada 8 Februari, Pusat Pengajian Perniagaan Edinburgh akan menandakan pencapaian selama kehadirannya yang sekian lama di Afrika dengan acara sambutan untuk para graduan. Acara tersebut akan menyaksikan seramai 200 graduan dari serata benua berkumpul di Johannesburg. Pusat Pengajian Perniagaan Edinburgh telah menawarkan peluang pendidikan eksekutif di Afrika semenjak tahun 1990 dan kini mempunyai seramai 3760 pelajar dengan 2000 alumni lagi daripada program MBAnya.

Acara ini akan turut meraikan 23 graduan pertama daripada program Biasiswa Afrika yang dilancarkan dan dibiayai oleh Pusat Pengajian Perniagaan Edinburgh pada tahun 2010. Skim biasiswa ini merupakan yang paling besar seumpamanya; menawarkan tempat yang dibiayai penuh kepada 250 individu di Afrika untuk program MBA (Sarjana Pentadbiran Perniagaan) pembelajaran jarak jauh Pusat Pengajian Perniagaan Edinburgh.

Program biasiswa ini, yang telah ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Pusat Pengajian Perniagaan Edinburgh membolehkan para pemohon dari serata Afrika memperoleh kemahiran dan kepakaran pengurusan lanjutan, bagi membantu mereka membuat perubahan dalam organisasi dan masyarakat mereka. Fleksibiliti MBA pembelajaran jarak jauh turut membolehkan para pelajar untuk terus bekerja sambil melanjutkan pelajaran, agar mereka dapat melaksanakan ilmu serta kemahiran yang baru dipelajari dengan serta-merta di tempat kerja.

Profesor Keith Lumsden, Pengarah Akademik, Pusat Pengajian Perniagaan Edinburgh, Pusat Pengajian Siswazah bagi Perniagaan, Heriot-Watt University mengulas tentang kewujudan pusat pengajian tersebut di Afrika dan juga skim biasiswa:

"Pusat Pengajian Perniagaan Edinburgh amat aktif di Afrika sejak lebih 20 tahun lalu dan bagi meraikan hubungan yang wujud sejak sekian lama ini, kami menubuhkan Program Biasiswa Afrika pada tahun 2010. Kami amat berbangga untuk mengiktiraf dan meraikan semua graduan kami hari ini. Mereka berjaya dilengkapi dengan kemahiran yang bukan sahaja dapat mempertingkatkan taraf hidup mereka sendiri, malah taraf hidup masyarakat sekeliling mereka juga. Kesemua individu yang kami raikan pada acara sambutan ini telah bekerja keras untuk mendapatkan MBA ini dan pastinya mereka akan terus menempa kejayaan hebat pada masa hadapan."

Simon Peter Kavuma, graduan dari Uganda mengulas tentang peluang dan kesan daripada MBA serta Program Biasiswa Afrika ini terhadap kehidupan beliau:

"Penerimaan biasiswa ini merupakan sesuatu yang telah mengubah kehidupan saya dan amat sukar untuk saya meneruskan pengajian MBA tanpa bantuan biasiswa ini. Pengajian MBA ini telah membawa kepada kemajuan dalam kerjaya saya dan kemungkinan yang tidak akan mampu dicapai tanpa pengajian ini."

Simon yang baru-baru ini telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pejabat Kewangan di Citibank Uganda percaya MBA merupakan faktor penting yang membolehkan beliau memperoleh kedudukan baharu ini.

Graça Machel, pendidik yang menerajui dan isteri kepada mendiang Nelson Mandela turut mengulas tentang program biasiswa berkenaan:

"Program biasiswa menawarkan peluang hebat kepada para pelajar dari seluruh Afrika untuk belajar, memperoleh serta berkongsi kemahiran teknikal, pengurusan dan kepimpinan yang amat bernilai serta mendapatkan kelayakan yang diiktiraf. Kemahiran ini adalah penting bagi para pemimpin masa depan kita. Saya berharap apabila graduan yang beroleh biasiswa Pusat Pengajian Perniagaan Edinburgh berjaya menamatkan pengajian, mereka akan terus meningkatkan ciri-ciri kepimpinan yang menggalakkan keadaan untuk menggunakan hak rakyat sepenuhnya termasuk ekuiti dan maruah untuk semua."

Bagi membuat permohonan tempat untuk program MBA ini, para pelajar mestilah merupakan warganegara atau bermastautin di negara Afrika sub-Sahara, mempunyai ijazah universiti dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja sepenuh masa. Anda boleh mendapatkan maklumat selanjutnya di sini http://www.ebsglobal.net/africa

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan cara untuk memohon Program Biasiswa Afrika, sila layari http://www.canoncollins.org.uk/edinburghmba.html

Maklumat Perhubungan

Bagi maklumat lanjut tentang Program Biasiswa Afrika Pusat Pengajian Perniagaan Edinburgh, sila hubungi Emma Cutting atau Robert Crosland di bahagian Pengurusan Komunikasi:

Emma@communicationsmanagement.co.uk +44(0)1727-733886

Robert@communicationsmanagement.co.uk +44(0)1727-737988

Sumber: Pusat Pengajian Perniagaan Edinburgh

Source: Edinburgh Business School
Keywords: Education Higher Education