FREDERICTON, New Brunswick, 17 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Introhive, Platform Kecerdasan Pelanggan yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa Lee Blakemore telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Blakemore membawa bersama pengalaman perisian dan jualan selama lebih 30 tahun untuk memimpin Introhive melalui fasa pertumbuhan seterusnya, dengan fokus terhadap pertumbuhan pelanggan serta penyelidikan dan pembangunan produk.
Lee mempunyai rekod prestasi kejayaan dan kepakaran mendalam yang terbukti dalam meningkatkan perniagaan perisian kepada khalayak global. Sepanjang kerjayanya, beliau telah memimpin operasi antarabangsa, sokongan pelanggan, operasi dan penembusan pasaran di syarikat perisian perusahaan global yang terkemuka. Beliau merupakan seorang pemimpin teknologi berpengalaman yang menerajui transformasi perniagaan untuk memacu pertumbuhan.
Yang terbaharu, Blakemore telah berkhidmat sebagai Presiden Penglibatan Komuniti K-12 di Anthology, di mana beliau berjaya menjalankan perniagaan K-12 Blackboard yang seterusnya membawa kepada penjualan perniagaan ini kepada Finalsite dan kemudian telah berjaya membantu menyepadu dan menyatukan syarikat ini. Sebelum Anthology, Lee menyandang beberapa jawatan eksekutif kanan di Blackboard, termasuk sebagai Presiden Pasaran Global & Ketua Pegawai Pelanggan. Sebelum menyertai Blackboard pada tahun 2015, Lee merupakan Naib Presiden Kanan Jualan & Pemasaran Global di Velocity Technology Solution dan memegang jawatan pengurusan kanan di IBM, Corio (yang diambil alih oleh IBM) dan Scala Business Solutions (yang diambil alih oleh Epicor).
"Saya teruja dapat menyertai Introhive dan memimpin pasukan berbakat kami. Saya tidak sabar untuk meneroka potensi syarikat ini sepenuhnya sambil memanfaatkan platform kecerdasan pelanggan proprietari kami untuk membantu perniagaan merealisasikan nilai pelaburan CRM mereka sepenuhnya serta mengeratkan hubungan pelanggan," kata Blakemore. "Introhive dipercayai oleh beratus-ratus perusahaan perkhidmatan profesional yang terkemuka di dunia untuk meningkatkan pendapatan produk utama, mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan tenaga kerja. Kami mempunyai peluang yang menarik untuk terus berkembang ketika kami memasuki pelbagai pasaran yang masih kurang diberi perhatian dan tidak menyedari akan kehebatan Introhive."
Pada tahun 2021, Introhive memperoleh $100 juta dalam pusingan pembiayaan Siri C yang diketuai oleh PSG, sebuah firma ekuiti pertumbuhan terkemuka, untuk meneruskan pelaburan dalam membangunkan penyelesaian Kecerdasan Pelanggan bagi syarikat-syarikat yang terkemuka di dunia.
Tentang Introhive
Introhive ialah sebuah syarikat perisian yang memenangi anugerah yang membantu perusahaan B2B berfokuskan jualan agar menjadi lebih pintar pelanggan. Platform kecerdasan pelanggan Introhive memanfaatkan dan menyampaikan data pelanggan yang boleh dipercayai secara automatik ke dalam CRM untuk memperlihatkan maklumat perhubungan serta kecerdasan yang boleh diambil tindakan kepada pasukan pendapatan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka memerlukannya, untuk mencari, memperoleh dan mengembangkan akaun pelanggan. Introhive mempunyai pejabat di AS, Kanada, UK dan India yang menyokong ratusan ribu pengguna di lebih 90 buah negara di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di www.introhive.com.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1983557/Introhive_Lee_Blakemore.jpg?p=medium600