![]() |
Sistem Perkongsian Imej Perubatan CryptoChart Lite Menyediakan Pemindahan Pengimejan Perubatan dan Rekod Digital yang Selamat melalui Kod QR atau Kod Akses Web yang Selamat
SALT LAKE CITY, 17 Januari 2023 /PRNewswire/-- Novarad hari ini mengumumkan pelancaran CryptoChart Lite, satu versi berasaskan web bagi sistem perkongsian imej dan laporan perubatan CryptoChart bagi syarikat penjagaan kesihatan untuk negara-negara membangun tanpa dikenakan sebarang bayaran.
CryptoChart Lite menyediakan penyelesaian yang mudah, mesra pengguna dan selamat untuk berkongsi imej dan laporan pesakit tanpa CD, kata laluan atau portal. Pengguna hanya perlu mengambil dan memasukkan imej perubatan ke dalam web klien yang selamat dan menerima kod QR atau kod akses web yang selamat dan boleh dikongsi. Para pesakit dan penyedia perkhidmatan boleh mengakses rekod digital di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dari komputer atau peranti mudah alih dengan menggunakan kod tersebut. CryptoChart Lite membolehkan penyedia penjagaan kesihatan individu dan kemudahan perubatan di seluruh dunia berkongsi imej perubatan dengan pesakit dan kemudahan penjagaan yang lebih baik secara percuma dengan menggunakan teknologi mesra mudah alih yang tersedia di seluruh dunia. Versi baharu ini juga tersedia secara percuma kepada hospital, pusat pengimejan dan klinik di A.S. dan Kanada, walaupun versi penuhnya lebih kondusif untuk aliran kerja yang diperkemas.
"Dengan CryptoChart Lite, penyedia yang memberikan perkhidmatan kepada pesakit di klinik luar bandar di Afrika boleh memuat naik butiran pesakit dan berkongsinya secara selamat dengan hospital atau doktor di U.K. untuk memberikan perundingan atau pendapat kedua," kata Dave GrandPre, Pengarah Kanan Produk Novarad.
Dengan menggunakan CryptoChart, pesakit dan penyedia boleh menerima imej dan laporan perubatan daripada mana-mana modaliti DICOM atau PACS. Sebaik sahaja diterima, fail akan disulitkan dan dihantar ke sistem awan CryptoChart. Pengguna akan menerima kod optik atau kod akses web yang terjamin selamat yang memberikan akses kepada imej dan laporan digital tersebut. Tiada muat turun perisian diperlukan untuk menggunakan CryptoChart dan tiada latihan yang diperlukan untuk mula menggunakannya. Sistem yang selamat ini melepasi syarat HIPPA di A.S. untuk rekod digital. Rekod pesakit disimpan selama 30 hari apabila menggunakan versi percuma CryptoChart Lite.
"Kami berasa bangga dapat menawarkan CryptoChart Lite sebagai perkhidmatan percuma untuk para profesional penjagaan kesihatan yang merawat populasi yang kurang mendapat perhatian di seluruh dunia," kata Dr. Gibby, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Novarad.
Untuk mengakses versi percuma CryptoChart Lite, penyedia penjagaan kesihatan global dan hospital boleh melayari:
https://cryptolite.novarad.net/.
Tentang Novarad
Selama lebih 25 tahun, Novarad telah menyampaikan teknologi pengimejan yang terkemuka dan inovatif dalam industri untuk para penyedia penjagaan kesihatan dan pesakit mereka. Sila layari Novarad di www.novarad.net untuk maklumat lanjut.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1504538/Novarad_EHS_Logo_Full_Color__1___3_Logo.jpg?p=medium600