omniture

nanoFLOWCELL AG Mengadakan Pertunjukan Perdana di Pameran Permotoran Geneva: QUANT baharu - e-Sportlimosin Pertama dengan Pemanduan nanoFLOWCELL®

nanoFLOWCELL AG
2014-01-31 01:14 122

VADUZ, Liechtenstein, 31 Januari 2014 /PRNewswire/ --

nanoFLOWCELL AG bakal mengadakan pertunjukan perdana sebagai sebahagian daripada Pameran Permotoran Antarabangsa Geneva 2014: QUANT e-Sportlimosin – kereta pertama yang dilengkapi dengan pemanduan nanoFLOWCELL®. Dengan QUANT baharu, ketua pembangunan Nunzio La Vecchia dan pasukan beliau yang terdiri daripada jurutera dan pereka akan memperkenalkan kenderaan penyelidikan yang sangat istimewa: Dengan kepanjangan lebih 5.25 meter, kereta sport empat tempat duduk itu menawarkan kombinasi teknologi inovatif yang tersendiri, rekaan luar biasa dan sistem penyimpanan tenaga yang serba baharu: teknologi nanoFLOWCELL®. Prototaip boleh kemudi pertama bakal menjana idea baharu dan inovatif bagi penyelidikan berterusan untuk pembangunan bateri, khususnya dalam bidang teknologi sel alir.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140129/667026-a )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140129/667026-b )

Nota untuk wakil media

Pertunjukan perdana dunia

Pertunjukan khalayak umum pertama untuk QUANT e-Sportlimosin baharu yang dilengkapi dengan pemanduan nanoFLOWCELL® akan berlangsung pada 4 Mac 2014, pukul 3:15 petang di Tapak Pameran nanoFLOWCELL AG (Dewan 4, Tapak 4243), sebagai sebahagian daripada hari akhbar Pameran Permotoran Geneva.

Permohonan temu ramah

Jika berminat untuk mengaturkan temu ramah peribadi dengan pereka dan ketua pembangunan Nunzio La Vecchia, anda boleh berhubung terlebih dahulu dengan pihak Pameran Permotoran Geneva di: Pejabat Akhbar nanoFLOWCELL AG, e-mel: presse@nanoflowcell.com

Surat berita media

Bagi maklumat lanjut tentang nanoFLOWCELL® dan QUANT e-Sportlimosin baharu, sila daftar sekarang untuk surat berita media melalui pusat media nanoFLOWCELL AG di http://www.nanoflowcell.com. Di sini anda akan mendapati maklumat yang sentiasa dikemas kini berkenaan kemajuan terkini di nanoFLOWCELL AG. Surat berita media nanoFLOWCELL pertama akan diterbitkan pada 3 Mac 2014 (hari sebelum pertunjukan perdana) dan bakal mengandungi maklumat terperinci tentang semua aspek QUANT e-Sportlimosin baharu dan teknologi nanoFLOWCELL®.

Bahan foto

Foto awal (foto penarik) untuk QUANT e-Sportlimosin baharu dikepilkan bersama untuk makluman dan kegunaan peribadi anda. Percetakan semula adalah percuma jika sumber berikutnya dipetik: photo/nanoFLOWCELL AG. Bahan foto dan video lain serta berita boleh didapati tidak lama lagi daripada pusat media nanoFLOWCELL AG di http://www.nanoflowcell.com

Hubungan media
Bagi semua pertanyaan media, sila hubungi pasukan akhbar di nanoFLOWCELL AG.

Pejabat Akhbar nanoFLOWCELL AG
d/a waterworks PR
Volker Pulskamp-Böcking
Mörikestraße 15
70178 Stuttgart
tel.: +49(0)711/380-303-520
e-mel: presse@nanoflowcell.com

laman web: http://www.nanoflowcell.com

Sumber: nanoFLOWCELL AG

Source: nanoFLOWCELL AG
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news