omniture

Pelumba Can-Am Factory Melakar Sejarah dengan Memenangi Rali Dakar untuk Kali Keenam

BRP Inc.
2023-01-17 22:21 0

  Austin Jones Menjadi Juara Dakar Termuda Berturut-turut dalam kategori T3, manakala Eryk Goczal Menjadi Pemenang Dakar Termuda dalam kategori T4 

VALCOURT, Quebec, 17 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Can-Am, sebuah jenama BRP (TSX: DOO) (NASDAQ: DOOO), telah memenangi Rali Dakar untuk kali keenam berturut-turut bagi kedua-dua kategori T3 Lightweight Prototype (Prototaip Ringan) dan kategori T4 Modified Production (Produk Ubah Suai). Austin Jones dan Seth Quintero, bersama-sama dengan Red Bull Can-Am Factory Team, telah memperoleh tempat pertama dan kedua secara keseluruhan bagi kategori T3 Lightweight Prototype menggunakan jentera Can-Am Maverick X3 mereka. Bagi kategori T4, Eryk Goczal telah memenangi acara ini dengan jentera Can-Am Energylandia South Racing, sekali gus menjadi pemenang Rali Dakar termuda pada usia 18 tahun, diikuti oleh Rokas Baciuška daripada pasukan Red Bull Factory Can-Am di tempat kedua dan Marek Goczal di tempat ketiga, melengkapkan kedudukan tiga teratas bagi kategori T4. Kejayaan ini merupakan pencapaian utama pasukan kami dalam perlumbaan luar jalan raya yang paling sukar di dunia, dengan perlumbaan selama 15 hari dan meliputi kawasan seluas 8,500 kilometer serta bentuk muka bumi Arab Saudi yang sangat mencabar.

Can-Am Factory Racers Make History Winning Sixth Dakar Rally
Can-Am Factory Racers Make History Winning Sixth Dakar Rally

"Melihat pasukan kami berusaha dan mengatasi halangan dengan menetapkan rekod baharu serta mencapai tahap kejayaan baharu benar-benar memberi inspirasi kepada kami semua," kata Anne-Marie LaBerge, Ketua Pegawai Pemasaran BRP. "Kami mengucapkan tahniah kepada pasukan ini dan tidak sabar untuk meraikan lebih banyak kejayaan penting dengan mereka."

"Pasukan ini menunjukkan prestasi yang luar biasa dengan membawa pulang 25 kemenangan daripada 26 acara yang dipertandingkan. Rali Dakar kali ini sangat mencabar dan kejayaan dalam kedua-dua kategori T3 dan T4 ini menjadi bukti kekuatan kami. Kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan kami dan kini kami tidak sabar untuk mendapatkan rehat secukupnya," kata Scott Abraham, Ketua Pasukan South Racing dan Red Bull Can-Am Factory Team.

Semasa perlumbaan ini berlangsung untuk kategori T3, Francisco "Chaleco" Lopez yang sepatutnya mendahului di peringkat awal selepas melepasi dua peringkat pertama, terpaksa mengalah kepada Seth Quintero apabila cuaca buruk melanda semasa di peringkat ketiga. Quintero kemudiannya mengalami isu teknikal di peringkat keempat dan terpaksa mengalah, manakala Austin Jones pula bernasib baik kerana memenangi peringkat tiga dan mencapai kejayaan lain yang konsisten lalu mengekalkannya sebagai pemenang keseluruhan pertandingan. Jones mendahului keseluruhan kedudukan selepas melepasi 11 peringkat dan meneruskan pencapaiannya, memandu dengan bijak dan konsisten sepanjang perlumbaan sehingga ke garisan penamat. Jones dan pembantu beliau, Gustavo Gugelmini menamatkan perlumbaan sejauh 8,500 km ini dengan catatan masa 51:55.53, diikuti Quintero di tempat kedua, Cristina Gutierrez di tempat keempat dan Chaleco di tempat kelima. Setiap ahli Red Bull Can-Am Factory Team dalam kategori T3 memperoleh sekurang-kurangnya satu peringkat kemenangan, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6 peringkat dan 13 kemenangan podium (tiga teratas) di sepanjang perlumbaan ini.

"Peringkat akhir sememangnya sukar. Terdapat banyak kawasan berlumpur yang perlu dilalui, dan saya benar-benar cemas, namun kami berjaya tiba di garisan penamat. Ini merupakan perlumbaan Dakar paling sukar yang pernah saya sertai. Kami mengharungi saat pahit dan manis bersama-sama, meneruskan perjuangan dan kini berjaya menjadi juara buat ke sekian kalinya! Kami berasa sangat gembira dan ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pasukan serta pembantu saya Gustavo, yang telah melaksanakan tugas yang luar biasa. Ia merupakan satu perjalanan mengelilingi Arab Saudi yang mengagumkan. Saya belum lagi memikirkan tentang tahun depan, tetapi saya akan kembali!" kata Austin Jones, Pelumba Pasukan Red Bull Can-Am Factory dan pemenang termuda Dakar untuk dua kali berturut-turut.

Kategori T4 menyaksikan perlumbaan penuh aksi dari awal hingga akhir. Persaingan antara Rokas Baciuška daripada Pasukan Red Bull Can-Am Factory dengan pelumba baharu Eryk Goczal daripada South Racing Can-Am Squad menjadikan perlumbaan ini begitu menarik hingga ke akhirnya. Goczal tampil hebat dengan kemenangan di peringkat pertama dan keempat, namun Baciuška segera membalas dengan kemenangan di peringkat kelima dan ketujuh sekali gus menjadikan beliau pemenang keseluruhan perlumbaan. Persaingan kekal sengit antara kedua-dua pelumba ini hingga ke peringkat akhir, dengan kemenangan bersilih ganti antara mereka. Baciuška mengekalkan kedudukan mendahului perlumbaan hingga ke peringkat akhir namun telah menghadapi beberapa masalah, dan dengan itu telah memberi peluang kepada Goczal untuk merebut kedudukan sebagai pemenang keseluruhan, menjadikan beliau pemenang Rali Dakar termuda dalam sejarah. Pelumba baharu ini dan pembantu beliau, Oriol Mena, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan 53:10.14, diikuti Baciuška di tempat kedua dan Marek Goczal di tempat ketiga bagi kemenangan podium Can-Am.

"Ini adalah perlumbaan Dakar pertama saya. Sememangnya saya telah lama mengimpikan untuk berada di sini, terima kasih diucapkan kepada ahli keluarga dan pasukan saya, mereka telah merealisasikan impian saya. Kami mengambil risiko yang tinggi dengan mendahului kedudukan keseluruhan beberapa hari yang lalu, saya telah berusaha sedaya upaya dan segala penat lelah ini telah membuahkan hasil," kata Eryk Goczal, Pelumba Energylandia South Racing Can-Am serta pemenang dan pendatang baharu dalam perlumbaan Dakar.

Tentang BRP

Kami ialah peneraju global dalam dunia produk kenderaan sukan berkuasa, sistem pendorongan dan bot berdasarkan kepintaran dan tumpuan pengguna yang intensif selama 80 tahun. Portfolio produk kami yang terkemuka dalam industri dan tersendiri merangkumi kereta salji Ski-Doo dan Lynx, kenderaan air dan pontun Sea-Doo, kenderaan atas dan luar jalan raya Can-Am, bot Alumacraft dan Quintrex, ponton Manitou dan sistem pendorong marin Rotax serta enjin Rotax untuk kenderaan jenis go-kart dan pesawat rekreasi. Kami melengkapkan barisan produk kami dengan portfolio alat ganti, aksesori dan pakaian yang khusus untuk meningkatkan pengalaman pemanduan sepenuhnya. Dengan jualan tahunan bernilai CA$7.6 bilion dari lebih 120 buah negara, tenaga kerja global kami merangkumi hampir 20,000 orang pekerja yang bersemangat dan pintar.

www.brp.com 
@BRPNews 

Ski-Doo, Lynx, Sea-Doo, Can-Am, Rotax, Alumacraft, Manitou, Quintrex dan logo BRP merupakan tanda dagangan Bombardier Recreational Products Inc. atau ahli gabungannya. Semua tanda dagangan yang lain merupakan hak milik pemilik masing-masing.

Untuk pertanyaan media: Neil Storz, Perhubungan Media Can-Am, neil.storz@brp.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1984300/BRP_Inc__Can_Am_Factory_Racers_Make_History_Winning_Sixth_Dakar.jpg?p=medium600

Source: BRP Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:DOOO Toronto:DOO
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Sports Transportation Awards