omniture

SearchBlox Diiktiraf dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Insight Engines 2022

SearchBlox Software, Inc.
2023-01-17 23:05 0

RICHMOND, Virginia, 17 Januari 2023 /PRNewswire/ -- SearchBlox Software, Inc, sebuah syarikat yang membina enjin carian perusahaan yang intuitif dan pintar berdasarkan teknologi sumber terbuka, berasa bangga kerana diiktiraf dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2022 untuk Insight Engines. SearchBlox diiktiraf atas faktor Keupayaan Pelaksanaan dan Kesempurnaan Wawasan.

Alat carian kami yang dikuasakan AI ini meningkatkan pengalaman pekerja (EX) dan pengalaman pelanggan (CX) terutamanya untuk organisasi Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi dan Penjagaan Kesihatan di Amerika Utara.

"Kami berasa teruja kerana disenaraikan dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2022 untuk Insight Engines," kata Timo Selvaraj, Ketua Pegawai Produk SearchBlox. "Kami melihatnya sebagai satu pengiktirafan terhadap usaha kami yang berterusan untuk memberikan data organisasi yang berharga sambil meningkatkan pengalaman pengguna akhir. Rangkaian alatan SearchAI kami seperti SmartSuggest™ dan SmartFAQs™ menyampaikan fungsi yang kukuh dengan pengalaman pengguna intuitif yang memenuhi permintaan pasaran hari ini."

"Oleh kerana sumber data menjadi semakin prolifik, akses kepada maklumat yang bermakna menjadi semakin rumit," tambah Dr. John Lewis, Ketua Pegawai Pengetahuan SearchBlox. "Itulah sebabnya strategi kami memberi tumpuan kepada penggunaan AI untuk meningkatkan kandungan tersebut secara automatik. Carian perusahaan moden perlu melangkaui pertanyaan yang sepadan. Pengguna akhir memerlukan konteks dan hala tuju untuk membuat keputusan. Itulah yang disediakan oleh produk kami."

Untuk maklumat lanjut tentang SearchBlox, SearchAI atau 2022 Gartner® Magic Quadrant™ untuk Insight Engines, sila layari SearchBlox.com.

Penafian Gartner

Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Gartner dan Magic Quadrant merupakan tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan di dalam siaran ini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Tentang SearchBlox

SearchBlox membina enjin cerapan perusahaan yang intuitif dan pintar berdasarkan teknologi sumber terbuka yang memudahkan carian terhadap perusahaan yang kompleks. Pelanggan SearchBlox merangkumi peneraju dari Amerika Utara dalam perkhidmatan kewangan, teknologi, penjagaan kesihatan dan kerajaan. SearchBlox ialah pembangun SearchAI, satu rangkaian alat yang meningkatkan perkaitan data secara automatik dan memberikan pengalaman pengguna akhir yang benar-benar diperibadikan.

Sumber: Gartner Magic Quadrant for Insight Engines, Stephen Emmott, Anthony Mullen, David Pidsley, Tim Nelms | 15 Disember 2022

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1248677/SearchBlox_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: SearchBlox Software, Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards