omniture

Peak Sport Menyertai ISPO Munich - Pameran Perdagangan Barangan Sukan Antarabangsa

Peak Sport Products Co., Limited
2014-01-31 10:08 132

-- Menyerlahkan kewujudan serta meningkatkan populariti pada peringkat antarabangsa dalam pameran perdagangan global

HONG KONG, 31 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Peak Sport memulakan kempen pemasaran antarabangsa tahun 2014 dengan memperkenalkan siri produk profesional baharu kepada pengunjung ISPO Munich – Pameran Perdagangan Barangan Sukan Antarabangsa. Peak mengambil kesempatan ini untuk mempamerkan kemampuan penyelidikan dan reka bentuknya yang mantap kepada khalayak antarabangsa. ISPO Munich dianggap sebagai salah satu daripada acara industri yang terbesar dan paling penting kerana pameran ini sering menerajui dengan mengenal pasti arah aliran dalam industri barangan sukan.

Syarikat itu mempamerkan barangan sukan bola keranjang, larian, tenis dan sukan profesional lain termasuk kasut 'Team Lightning TP9' yang dilengkapi dengan "Gradient Dual Tech", yang telah dipilih pada tahun 2013 sebagai salah satu daripada 10 kasut bola keranjang terbaik oleh Counterkicks dan merupakan salah satu produk bola keranjang yang paling laris dijual di Eropah; serta kasut 'Ghill 3', yang telah dipilih oleh Complexsneaker sebagai salah satu daripada 10 kasut bola keranjang terbaik sewaktu Musim NBA 2012-13. Peak juga menggunakan peluang ini bagi memperlihatkan perkhidmatan berkualiti tingginya kepada pengguna seluruh dunia.

Sebagai rakan kongsi rasmi NBA, FIBA, WTA dan organisasi sukan utama antarabangsa lain, Peak mempunyai pengalaman luas dalam mereka bentuk barangan sukan profesional. Dengan mewujudkan hubungan kerjasama yang mendalam bersama persekutuan bola keranjang di Jerman dan Serbia, serta dengan Jawatankuasa Olimpik bagi sebilangan negara lain termasuk Slovenia, Peak berjaya memperluaskan capaiannya ke dalam pasaran Eropah terlebih dahulu berbanding syarikat China lain. Pada tahun 2014, Peak akan terus melabur dan mewujudkan hubungan yang berkekalan dengan NBA All-Star Game, Piala Dunia FIFA, Piala Dunia Bola Keranjang FIBA dan keempat-empat kejohanan tenis Grand Slam bagi meningkatkan kesedaran jenama pada skala global.

En. Zhihua Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Peak Sport memberi komen, "Memandangkan Eropah mempunyai ramai pengguna yang mencari barangan sukan berkualiti, kami melihat ini sebagai peluang keemasan. Peak sudah pun membina asas yang mantap bagi pembangunan masa hadapan di Eropah. Pada tahun 2014, banyak acara sukan penting akan berlangsung dan kami sedang bersedia untuk melancarkan produk baharu di Eropah bagi meningkatkan lagi jangkauan jenama Peak ke serata dunia."

Source: Peak Sport Products Co., Limited
Keywords: Retail Sports Sports Equipment & Accessories Trade show news