ABU DHABI, UAE, 18 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Emirates Falconers Club mengumumkan bahawa edisi ke-20 bagi Pameran Perburuan dan Equestrian Antarabangsa Abu Dhabi (ADIHEX) akan dianjurkan dari 23 hingga 29 Ogos 2023 di Pusat Pameran Kebangsaan Abu Dhabi.
Edisi ke-19 ADIHEX telah mencapai suatu anjakan kualitatif dan digambarkan sebagai edisi terbesar dan paling menakjubkan yang dihadiri oleh lebih 900 pempamer dan jenama dari 58 buah negara serta mencapai nilai jualan langsung melebihi AED65 juta. Selain itu, bilangan pelawat juga telah mengatasi jangkaan; dengan lebih 150,000 pengunjung yang datang dalam masa 7 hari untuk mendapatkan produk dan meneroka inovasi terkini yang dipamerkan oleh para pempamer dalam 11 sektor acara ini.
Pempamer, penaja dan penyokong, sebulat suara mengakui kepentingan untuk menghadiri acara khusus tersebut kerana acara ini membolehkan mereka mencapai jualan yang mencatat rekod, bertukar-tukar pengalaman, bertemu rakan niaga dan pelanggan, memperoleh urus niaga yang kukuh dan membina hubungan komersial. Mereka mengesahkan bahawa penyertaan tahunan mereka dalam ADIHEX, sebuah acara terbesar seumpamanya di Timur Tengah dan Afrika, pasti akan sentiasa menjadi agenda perniagaan mereka.
Pembeli dan pelawat menyatakan penghargaan mereka terhadap tahap globalisasi ADIHEX, kepelbagaian dan perbezaan produk dan inovasi yang dipamerkan serta tawaran yang unik dan persekitaran perniagaan yang menguntungkan, di mana para pempamer telah mencapai jualan langsung yang begitu tinggi sepanjang penglibatan mereka.
Edisi terakhir ini menyaksikan 127 orang penceramah mengambil bahagian dalam menyampaikan teknik, kemahiran, visi dan pengalaman profesional mereka melalui 134 buah bengkel khusus sekali gus mewakili sumber pengetahuan, kesedaran serta kaedah pembangunan perniagaan. Ia dikategorikan kepada empat platform pendidikan; kelestarian, pengembaraan luar, seni dan kraf serta hubungan dengan alam semula jadi.
150 persembahan secara langsung tentang pelbagai burung pemangsa, anjing saluki dan anjing polis juga telah diadakan. Pertandingan artistik, kebudayaan dan saintifik yang inovatif telah menarik beratus-ratus orang peserta. Lelongan unta, burung helang dan kuda merupakan antara ciri-ciri menarik acara ini dan menawarkan peluang yang berharga untuk menghargai tonggak warisan Emiriyah yang paling penting serta tradisinya yang asli.
Beberapa aktiviti B2B telah dilancarkan untuk menyokong PKS dan syarikat pemula dengan mesyuarat komersial profesional antara pembeli dan pempamer yang dianjurkan untuk meningkatkan penyertaan mereka.
ADIHEX mempunyai kedudukan yang penting dalam kalangan para profesional, peminat dan amatur perburuan. ADIHEX menerima kunjungan keluarga Diraja, orang-orang kenamaan, para pedagang dan pelawat dengan kuasa belian yang tinggi dari negara-negara UAE dan GCC yang menandakan suatu pencapaian besar bagi acara ini.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1984251/ADIHEX_2023_event.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1984250/ADIHEX_2023_Logo.jpg?p=medium600