![]() |
ABU DHABI, UAE, 18 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Edisi kedua Cabaran Teknologi Makanan global, yang berusaha mencari gelombang inovasi teknologi seterusnya dalam usaha untuk mengubah amalan pertanian tradisional secara cekap dan lestari, mengumumkan empat pemenang pertandingan tersebut pada sebuah majlis anugerah hari ini sempena Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) 2023.
Para pemenang, Aquagrain, Orbisk, Revoltech dan Sustainable Planet telah dipilih daripada 12 peserta akhir yang dipilih daripada 667 penyertaan awal dari 79 buah negara.
Para finalis yang mempamerkan konsep berteknologi tinggi mereka di ADSW, mewakili demografi yang pelbagai – dengan 33% diketuai oleh Ketua Pegawai Pengalaman muda yang berusia antara 22 hingga 35 tahun, menonjolkan peranan generasi seterusnya dalam membangunkan penyelesaian lestari terhadap keselamatan makanan.
Dengan hadiah keseluruhan sehingga USD2 juta, empat pemenang akan dijemput untuk meningkatkan model perniagaan mereka di UAE dan akan disokong dengan anugerah tunai serta R&D, pemecutan permulaan, insentif komersial dan program bimbingan daripada pelbagai rakan kongsi, termasuk ASPIRE, Silal, ADQ, Emirates Foundation, Hub71, Ma'an, the Catalyst, ADGM, ADRO, Competitive Office of Abu Dhabi dan Khalifa Fund.
Walaupun para finalis yang lain mungkin tidak dapat membawa pulang hadiah tersebut, mereka semua mewakili penyelesaian yang berpotensi yang boleh dipertingkatkan.
Profil Pemenang [disenaraikan mengikut abjad]
Aquagrain: Mengitar Sisa Makanan untuk Menanam Tanaman di Tanah Berpasir (United Kingdom)
Aquagrain ialah sebuah syarikat perintis dalam penambahbaikan tanah berteknologi bersih yang dihasilkan daripada sisa organik yang boleh menyerap air sehingga 30 kali ganda jisimnya untuk membekalkan nutrien berharga kepada tumbuh-tumbuhan. Ia juga mengurangkan keperluan ke atas baja bukan organik.
Orbisk: Memanfaatkan Kamera yang didayakan AI untuk Mengurangkan Sisa Makanan Restoran sehingga 70% (Belanda)
Dengan fokus terhadap pembaziran dan sisa makanan, Orbisk memanfaatkan teknologi dan automasi pengecaman imej AI untuk mengukur dan meramalkan pembaziran makanan di dapur profesional, mengurangkan sisa makanan dan meningkatkan keuntungan. Teknologi ini membantu mengurangkan pembaziran makanan sebanyak 50 hingga 70% dalam tahun pertama penggunaan.
Revoltech: Burger Pilihan Anda, Kekal Terpelihara selama 50 tahun (Emiriyah Arab Bersatu)
Revoltech menggunakan teknologi pembekuan unik yang menggunakan medan elektromagnet untuk mengurangkan kerosakan ke atas makanan semasa proses penyejukan. Teknologi ini bukan sahaja membantu membekukan makanan dua kali lebih cepat berbanding proses biasa, ia juga boleh mengawet makanan sehingga 50 tahun.
Sustainable Planet: Menanam Sumber Protein Berasaskan Tumbuhan tanpa Air Tawar
(United Kingdom)
Sustainable Planet telah merevolusikan pertumbuhan lentil air, sumber protein berasaskan tumbuhan yang boleh ditanam dalam air masin dan di tanah yang biasanya tidak boleh ditanam, menggunakan sehingga 20 kali lebih sedikit air daripada yang diperlukan untuk proses pengasingan protein seperti soya. Syarikat pemula ini bermatlamat untuk mengurangkan import sumber protein secara besar-besaran.
Mengulas tentang para pemenang, Tuan Yang Terutama Mariam Almheiri, Menteri Perubahan Iklim dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Bersama Cabaran Teknologi Makanan, berkata: "Tahniah kepada empat pemenang yang sangat berbakat yang bersedia untuk membentuk semula landskap teknologi pertanian UAE dan kawasan lain di dunia. Cabaran Teknologi Makanan memanfaatkan bakat global dan menyediakan hala tuju yang penting kepada inovasi di seluruh teknologi canggih sambil menyokong strategi Keselamatan Makanan Kebangsaan UAE serta hala tuju ke arah sistem makanan global yang lebih lestari."
Rima Al Mokarrab, Pengerusi Tamkeen merangkap Pengerusi Bersama Cabaran Teknologi Makanan menambah: "Cabaran Teknologi Makanan telah memilih empat pemenang dari seluruh dunia dengan inovasi teknologi pertanian yang transformatif. Usaha sebenar untuk mereka bermula sekarang, apabila mereka menggerak dan memanfaatkan kepakaran rakan kongsi pelbagai sektor persaingan untuk menyampaikan dan meningkatkan penyelesaian keselamatan makanan kepada UAE dan pasaran luar."
Cabaran Teknologi Makanan pada tahun ini telah dianjurkan oleh Kementerian Perubahan Iklim dan Alam Sekitar UAE serta Tamkeen, dengan kehadiran ASPIRE sebagai rakan kongsi utama. Pertandingan ini juga disokong oleh peneraju tempatan seperti ADQ, Silal dan Emirates Foundation.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cabaran Teknologi Makanan dan pemenangnya, sila layari: foodtechchallenge.com.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1984982/FoodTech_Challenge_Finale.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1984980/FoodTech_Challenge_Logo.jpg?p=medium600
Sila hubungi:
Aditi Mane: aditi.mane@fgsglobal.com
Jennifer Dewan: Jennifer.Dewan@tamkeen.gov.ae