omniture

JEANRICHARD Mulakan Usaha Sama dengan Arsenal FC

JEANRICHARD
2014-02-01 04:41 118

LA CHAUX-DE-FONDS, Switzerland, 1 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Pembuat jam tangan Switzerland, JEANRICHARD menjadi Rakan Kongsi Global serta "Jam Tangan Rasmi" bagi kelab bola sepak lambang London, Arsenal FC daripada Liga Perdana Inggeris. Usaha sama jangka panjang ini menandakan langkah kemajuan utama bagi jenama jam tangan Switzerland tertua dan terbaharu yang kini akan ditonjolkan dalam "Liga Perdana" dan juga untuk Arsenal yang mempunyai ramai pengikut pada peringkat global.

Seperti pembuatan jam tangan, bola sepak merupakan Falsafah Kehidupan. Semangat berpasukan, dedikasi dan kesungguhan merupakan nilai bersama; menyatukan para peminat, para pemain, para pengumpul, para pembuat jam tangan dan juga setiap individu yang terlibat dalam semangat merintis dan sejarah JEANRICHARD serta Arsenal pada satu titik persamaan. Dengan ini, keputusan yang telah dijangkakan dan diambil oleh kedua-dua organisasi tersebut adalah untuk memulakan usaha sama ini secara bersama.

Kumpulan yang bermula pada tahun 1886 di Woolwich apabila sekumpulan pekerja kilang bergabung untuk menubuhkan "Arsenal", kini telah berkembang menjadi salah satu daripada pasukan bola sepak paling berjaya dalam sejarah Inggeris dan Eropah.

Kini, setelah lebih 125 tahun berlalu, "Gunners" dikenali bukan sahaja kerana mencatatkan pelbagai kejayaan mahupun kerana warisan mereka. Falsafah Arsene Wenger untuk mencari bakat muda yang terbaik dan melatih mereka untuk menjadi bintang bola sepak pada masa hadapan telah pun diketahui umum.

Seperti Arsenal yang diketahui untuk merekrut dan melatih bakat baharu, Daniel Jeanrichard yang merupakan pengasas industri jam tangan pada penghujung abad ketujuh belas telah memulakan usaha beliau untuk mendidik generasi akan datang, menggalakkan nilai yang memupuk Falsafah Kehidupan beliau iaitu kesungguhan untuk bekerja keras, ketulenan, kesaksamaan, semangat berpasukan dan kesetiaan antara satu sama lain. Jeanrichard amat teliti dalam memperturunkan ilmu dan semangat kecemerlangan kepada generasi masa hadapan serta turut memainkan peranan penting dalam menubuhkan sistem perantisan yang masih aktif sehingga ke hari ini.

"Warisan yang hebat digabungkan dengan gaya dan semangat berpasukan muda: Arsenal serta JEANRICHARD berkongsi Falsafah Kehidupan yang sama," kata Bruno Grande, Ketua Pegawai Eksekutif pembuat jam tangan Switzerland itu. "Kedua-duanya dianggap mempunyai pemikiran ke hadapan dalam bidang masing-masing dan 'menghantar bola' merupakan pendekatan bersama kami. Seperti pasukan JEANRICHARD, pasukan Gunners juga turut sama untuk turun padang bagi memanfaatkan setiap detik dengan sebaik-baiknya dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang luar biasa pada setiap hari dengan penuh semangat dan rasa hormat."

"Pemasaan, tempo, gaya serta keanggunan merupakan ciri-ciri utama cara Arsenal bermain bola sepak dan juga jenama JEANRICHARD," kata Vinai Venkatesham, Pengarah Jualan dan Pemasaran Kelab Bola Sepak Arsenal. "Dengan keserasian yang wujud antara kedua-dua syarikat tersebut, kami amat berbesar hati untuk bersetuju menjalinkan kerjasama jangka panjang bersama JEANRICHARD."

JEANRICHARD telah menjadi salah satu daripada pembuat jam tangan mewah pertama yang menyokong bola sepak pada peringkat antarabangsa, bermula dengan usaha sama dengan Itali pada tahun 2003. Sebagai Rakan Kongsi Global serta "Jam Tangan Rasmi" Arsenal, ia kini akan menyokong pasukan Gunners di Stadium Emirates yang mengagumkan dan juga ketika dalam perjalanan.

Di samping kemunculan pentingnya di dalam stadium pada hari perlawanan, pembuat jam tangan Switzerland tersebut juga akan memperkenalkan jam tangan "Arsenal" edisi terhad dalam tempoh terdekat bagi memacu kejayaan usaha sama ini pada setiap peringkat.

LATAR BELAKANG JEANRICHARD

Jam tangan JEANRICHARD direka bagi individu yang gemarkan cabaran, seronok dengan perkara yang tidak diketahui dan ingin menjalani kehidupan dengan sepenuhnya serta mahu menghargai keindahan setiap detik yang berlalu. Mereka ini merupakan pengembara harian yang gemarkan ketulenan dan tidak akan berkompromi terhadap kualiti mahupun reka bentuk. Mereka ini juga merupakan individu bebas yang mahukan kelainan dan memilih untuk mengikut haluan sendiri serta menjalani kehidupan yang dipenuhi ujian dan cabaran.

Seni kehidupan jam tangan JEANRICHARD didatangkan dalam empat koleksi berbeza yang setiapnya menonjolkan unsur alam semesta: Terrascope, Aquascope, Aeroscope dan 1681. Tanah, air, udara serta api semangat telah memberi inspirasi kepada jenama kami selama lebih tiga abad ini dan menguja para pengembara dunia sofistikated yang baharu saban hari.

JEANRICHARD merupakan sebahagian daripada Kering Group yang merupakan peneraju dunia bagi pakaian dan aksesori yang membangunkan kesatuan jenama Mewah serta Sukan & Gaya Hidup yang berpengaruh.

LATAR BELAKANG KELAB BOLA SEPAK ARSENAL

Arsenal merupakan salah satu kelab yang menerajui dalam dunia bola sepak yang mempunyai warisan kejayaan yang hebat, daya fikir yang progresif serta kestabilan kewangan.

Kelab Bola Sepak Arsenal telah ditubuhkan pada tahun 1886 di Woolwich, bahagian selatan London sebelum berpindah ke Highbury di bahagian utara London pada tahun 1913. Arsenal telah beroleh kejayaan berturut-turut yang mengagumkan: Juara Liga Inggeris sebanyak 13 kali, pemenang Piala FA sebanyak 10 kali, pemenang Piala Liga sebanyak dua kali dan kemenangan satu kali masing-masing untuk Piala bagi Pemenang Piala Eropah (1994) dan European Fairs Cup (1970).

Di samping itu, pasukan bola sepak Wanita Arsenal merupakan kelab Inggeris paling berjaya bagi bola sepak wanita.

Pengurus Arsenal semenjak tahun 1996 ialah Arsene Wenger yang berasal dari Perancis. Wenger merupakan pengurus Kelab Bola Sepak Arsenal yang paling berjaya. Kejayaan beliau termasuklah tiga kejuaraan Liga, empat Piala FA dan empat kemenangan Charity/Community Shields termasuk dua Liga dan Piala 'berganda' pada tahun 1998 dan 2002.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: www.arsenal.com

Spesifikasi teknikal
Bekas keluli tahan karat yang digilap dan diakhiri dengan kemasan satin secara menegak
44 mm
Tinggi: 12.60 mm
Kristal nilam antipantulan
Belakang bekas berskru bawah, diukir
Kalis air sehingga kedalaman 100 m

Pergerakan JR60,
automatik
Kaliber: 11 o'''
Frekuensi: 28,800 getaran/ jam (4 Hz)
Batu permata: 26
Simpanan kuasa: minimum 38 jam
Fungsi: jam, minit, saat, tarikh

Dail hitam dengan kemasan satin secara menegak
Indeks yang diaplikasikan dengan salutan rodium
dengan bintik pendarkilau tambahan
Jarum jam disaluti rodium
dengan bahan pendarkilau

Tali jam tangan Getah Berwarna Hitam
Kancing lipatan keluli Tahan Karat Jam Tangan Rasmi

Imej boleh didapati di sini: http://events.jeanrichard.com/arsenal/

Pautan Berkaitan:
JEANRICHARD
Arsenal

Imej dengan kapsyen: "Arsene Wenger and Bruno Grande". Imej ini boleh didapati di: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140130/MM55927-a

Imej dengan kapsyen: "Alex Oxlade Chamberlain, Wojciech Szczesny, Kieran Gibbs". Imej ini boleh didapati di: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140130/MM55927-b

Imej dengan kapsyen: "JEANRICHARD Terrascope". Imej ini boleh didapati di: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140130/MM55927-c

Source: JEANRICHARD
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Sports Broadcast feed announcements Contracts