omniture

CGTN: Vaksin COVID-19 China terbukti selamat, berkesan oleh ujian percubaan dan data

CGTN
2023-01-18 21:29 50

BEIJING, 18 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Vaksin COVID-19 yang dikeluarkan di China telah terbukti selamat dan berkesan melalui ujian percubaan klinikal dan data dunia sebenar. Vaksin tersebut telah membantu menyelamatkan penduduk di China dan serata dunia yang merupakan satu pencapaian tidak boleh ditarik balik dan tidak dapat dicabar oleh mereka yang menafikannya.

Pelbagai pilihan 

China ialah satu-satunya negara yang memiliki vaksin COVID-19 yang dibangunkan melalui pelbagai laluan teknikal – ia berfungsi dalam kaedah yang berbeza.

Selain daripada vaksin mRNA yang menggunakan teknologi baharu sebagai produk Pfizer Inc., orang ramai juga boleh memilih vaksin tidak aktif tradisional yang diuji dengan baik, yang ternyata menjadi arus perdana di China.

Syarikat-syarikat Cina juga membuat vaksin vektor virus dan vaksin subunit protein bagi memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai.

Selain daripada mekanisme tindakan, vaksin Cina juga didatangkan dalam bentuk-bentuk yang berbeza – suntikan, alat sedut dan semburan hidung – sekiranya anda memerlukan salah satu daripadanya.

Secara keseluruhan, ketika ini terdapat 13 produk vaksin yang tersedia di China.

Keselamatan diutamakan 

"China sentiasa mengutamakan keselamatan vaksin," kata Wang Wenbin, jurucakap Kementerian Luar Negeri di sidang media berkala pada hari Jumaat. "Vaksin-vaksin buatan China memiliki rekod keselamatan yang baik dengan kadar peristiwa mudarat yang rendah."

Berbilion-bilion orang telah mengambil suntikan vaksin Cina yang merupakan bukti nyata keselamatan vaksin tersebut. Setakat 12 Januari, lebih 1.3 bilion penduduk di China telah mengambil lebih 3.4 bilion dos vaksin, dengan lebih daripada 241 juta daripada mereka berumur 60 tahun ke atas.

Menurut statistik daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC), 188 kes tindak balas mudarat teruk dilaporkan dari 15 Disember 2020 hingga 30 April 2021, di tanah besar China selepas sejumlah 265 juta dos vaksin COVID-19 diberikan, dengan kadar 0.07 bagi setiap 100,000 dos. CDC menggelar kadar tersebut sebagai "sangat jarang berlaku".

Tiga daripada produk vaksin Cina berada dalam Senarai Kegunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). CoronaVac Sinovac ialah satu-satunya vaksin dalam senarai tersebut yang disyorkan untuk digunakan pada kanak-kanak berumur antara tiga dan empat tahun. Pada Ogos 2022, CoronaVac diluluskan oleh pihak pengawal selia Chile dan Hong Kong China untuk digunakan pada bayi berusi enam bulan.

Keberkesanan mantap 

Mengikut undang-undang di China, vaksin perlu melalui ujian percubaan klinikal bagi mendapatkan kelulusan kerajaan, yang melaluinya keberkesanan harus terbukti secara saintifik. Banyak vaksin Cina, seperti produk-produk daripada Sinopharm dan Sinovac diuji dalam kalangan kaum yang berbeza.

Dalam percubaan Fasa-III CoronaVac di Türkiye yang melibatkan lebih daripada 10,000 orang, dua dos vaksin menghasilkan keberkesanan 83.5 peratus. Para penyelidik berkata vaksin tersebut "memiliki keberkesanan yang tinggi dengan profil keselamatan dan kebolehterimaan yang baik."

Menurut WHO, ujian percubaan Fasa-III berbilang negara yang besar untuk vaksin Sinopharm turut menunjukkan keberkesanan 79 peratus terhadap kemasukan ke hospital, yang cukup tinggi untuk mendapat pengesyoran daripada pertubuhan berkenaan.

Apabila WHO menyenaraikan vaksin Cina pertama untuk kegunaan kecemasan pada Mei 2021, ketua pertubuhan berkenaan Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata mereka menyertakan produk berkenaan atas "keselamatan, keberkesanan dan kualitinya".

Berbanding dengan vaksin-vaksin lain yang dibuat oleh Moderna dan Pfizer ketika itu, vaksin tidak aktif dari China mempunyai kelebihan: Ia juga boleh disimpan dan diangkut dalam peti sejuk biasa pada suhu 2-8 darjah Celsius. Ia sesuai terutamanya untuk negara-negara sedang membangun dengan kemudahan penyimpanan dan pengangkutan vaksin yang tidak mencukupi untuk menyimpan sejumlah besar vaksin pada suhu rendah.

Membantu dunia 

China menyumbang dan mengeksport sejumlah besar vaksin COVID-19, bagi memenuhi tanggungjawab antarabangsanya, terutamanya apabila sesetengah negara paling maju menyimpan stok vaksin untuk rakyatnya sahaja.

Menurut analisis data, Airfinity, A.S. dan UK hampir tidak mengeksport simpanan vaksin mereka menjelang penghujung Mac 2021. Emmanuel Macron, presiden sekutu A.S. Perancis, menggesa A.S. untuk menggugurkan sekatannya ke atas eksport vaksin COVID-19 dan bahan-bahan pada Mei 2021, apabila lebih daripada separuh rakyat di A.S. telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Lebih daripada 120 negara dan organisasi antarabangsa menerima lebih 2.2 bilion dos vaksin yang dibuat di China. Orang ramai di lebih daripada 100 negara menggunakan produk vaksin Cina, antaranya ialah pemimpin-pemimpin lebih 30 negara.

Vaksin-vaksin Cina merupakan pencapaian yang berharga dalam perjuangan negara ini memerangi COVID-19, yang turut memberi manfaat kepada orang ramai di banyak negara lain. Sumbangan ini tidak seharusnya disangsikan atau diputarbelitkan.

Pautan: https://news.cgtn.com/news/2023-01-17/China-s-COVID-19-vaccines-proven-safe-effective-by-trials-and-data-1gFeDhuFJ0k/index.html

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion