omniture

Van Leeuwen Pipe and Tube Group Memasuki Pasaran Brazil Dengan Pemerolehan Tubexpress

Van Leeuwen Pipe and Tube Group
2014-02-03 09:00 121

ZWIJNDRECHT, Kepulauan Netherlands, 3 Februari 2014 /PRNewswire/ --

The Van Leeuwen Pipe and Tube Group telah membeli Tubexpress, syarikat pengedaran Brazil yang membekalkan paip dan tiub kepada industri (petro)kimia serta minyak dan gas. Pemerolehan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Strategi Van Leeuwen disasarkan kepada perluasan dan pengukuhan kedudukan pasarannya di beberapa negara serta segmen perindustrian melalui pemerolehan dan juga pertumbuhan berautonomi. Pemerolehan disasarkan kepada pengembangan kepakaran, di samping memperluaskan jejak geografi syarikat itu. Pemerolehan di Brazil itu sejajar dengan strategi pertumbuhan ini.

Tubexpress, yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan terletak di Brazil, ialah pengedar pemegang saham yang menawarkan produk berkualiti tinggi menurut piawai ISO 9000, dan mempunyai pengetahuan produk serta kepakaran yang menyeluruh dalam pasaran minyak dan gas. Syarikat itu mempunyai dua cawangan di Brazil, di Osasco dan juga Sao Carlos, kedua-duanya di dalam negeri São Paulo, serta menggajikan kira-kira 65 orang.

Pengasas dan Pengarah Urusan semasa, En. Mario Zupo, akan menyerahkan tanggungjawab seharian beliau tetapi masih akan terlibat rapat dalam masa dua tahun seterusnya, bagi memastikan peralihan yang lancar serta untuk memperluaskan lagi perniagaan itu. Dengan Tubexpress, tumpuan Van Leeuwen akan banyak diberikan terhadap pasaran tenaga antarabangsa, khususnya dalam segmen minyak serta gas.

Peter Rietberg, Pengerusi Lembaga Van Leeuwen Pipe and Tube Group:

"Dengan pengambilalihan Tubexpress, Van Leeuwen memperluaskan lagi jejak globalnya, berikutan pengembangan aktiviti baru-baru ini contohnya di Afrika, Asia dan AS. Pemerolehan ini menyediakan platform pertumbuhan bagi kami terutamanya dalam segmen minyak serta gas di Brazil. Pelanggan tempatan boleh mendapat manfaat daripada rangkaian sedunia dan juga kepakaran Van Leeuwen, serta kami juga boleh berkhidmat kepada pelanggan antarabangsa kami di Brazil."

Van Leeuwen Pipe and Tube Group

The Van Leeuwen Pipe and Tube Group ialah syarikat perdagangan antarabangsa, yang mengkhusus dalam paip keluli, serta aplikasi paip dan tiub. Syarikat itu boleh dikatakan aktif dalam hampir semua sektor perindustrian. Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1924. Kumpulan itu mempunyai lima puluh cawangan yang tersebar di Eropah, Timur Tengah, Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan.

http://www.vanleeuwen.com

SUMBER  Van Leeuwen Pipe and Tube Group

Source: Van Leeuwen Pipe and Tube Group
Keywords: Construction/Building Oil/Energy Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion