SINGAPURA, 3 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Bagi menyediakan kemahiran lanjutan yang diperlukan oleh para profesional keselamatan siber untuk meningkatkan kemampuan mereka, pada hari ini, SANS mengumumkan institut ini akan kembali ke kampus Grand Copthorne Waterfront Hotel bagi mengendalikan kursus SANS Secure Singapore 2014. Kursus latihan canggih yang ditawarkan oleh SANS ini akan berlangsung pada 10 hingga 15 Mac bagi menyediakan para pelajar dengan kemahiran keselamatan siber serangan dan pertahanan dunia sebenar yang dapat digunakan di tempat kerja masing-masing.
Kursus SANS FOR585: Forensik Telefon Pintar Lanjutan yang serba baharu ini akan diperkenalkan buat julung kalinya di rantau APAC di Secure Singapore 2014. Pakar forensik dan Pengajar Kanan SANS, Paul Henry menjelaskan, "Menerusi kursus FOR585, para pelajar akan diberikan pemahaman mendalam tentang apa yang berlaku di sebalik 'klik tetikus' dan 'butang mencari bukti' menerusi peralatan analisis forensik mudah alih yang popular. Pendekatan analisis berasaskan platform digunakan dan kawasan / lokasi bukti penting akan turut ditangani. Berbekalkan pengetahuan ini, para pelajar akan lebih bersedia untuk menangani pelbagai cabaran dalam menjalankan analisis forensik mantap yang ditimbulkan oleh peranti mudah alih yang kian berkembang pesat dewasa ini."
SANS SEC660: Penggodaman Beretika, Eksploitasi dan Ujian Penembusan Lanjutan akan membekalkan para pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk menguji pelbagai rangkaian produk. Para pelajar akan menguji suis dan penghala rangkaian, pelaksanaan kriptografi dan persekitaran terhad serta pengaburan dan juga pemburuan pepijat sifar. "Ini merupakan salah satu kursus latihan paling mendalam seumpamanya," kata pakar keselamatan dan Pengajar Kanan SANS, Stephen Sims.
SANS Secure Singapore 2014 menyediakan para hadirin dengan peluang untuk mempertingkatkan kemahiran keselamatan IT dan forensik komputer mereka, berusaha ke arah pensijilan keselamatan GIAC dan menjalin hubungan bersama para profesional keselamatan maklumat yang terbaik. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang acara latihan SANS Secure Singapore 2014 dan cara mendaftar, sila layari: http://www.sans.org/info/149980
Latar Belakang Institut SANS
Institut SANS telah ditubuhkan pada tahun 1989 sebagai organisasi pendidikan dan penyelidikan kerjasama. SANS merupakan organisasi yang paling dipercayai dan sehingga kini, merupakan sumber paling besar bagi latihan keselamatan maklumat bertaraf dunia dan pensijilan keselamatan di dunia, dengan menawarkan lebih 50 kursus latihan setiap tahun. GIAC, gabungan Institut SANS merupakan badan pensijilan yang menyediakan lebih 27 pensijilan teknikal amali dalam bidang keselamatan maklumat. SANS turut menawarkan pelbagai sumber percuma kepada komuniti InfoSec termasuk projek konsensus, laporan penyelidikan dan surat berita; ia turut mengendalikan sistem amaran awal Internet yang dikenali sebagai Internet Storm Center. SANS dikendalikan oleh sejumlah pengamal keselamatan yang mewakili pelbagai organisasi peringkat global termasuklah syarikat dan universiti yang bekerjasama untuk membantu seluruh komuniti keselamatan maklumat. (www.SANS.org)