omniture

Dunkin' Donuts Meraikan Keghairahan Dunia Terhadap Coklat Dengan Donat Coklat Lover's Heart dan Minuman Mocha Latte Coklat Gelap

Dunkin' Donuts
2014-02-03 09:00 168

-- Produk Baharu Boleh Didapati di Lokasi Dunkin' Donuts yang Terlibat Merentasi Asia Tenggara Februari Ini

CANTON, Massachusetts, 3 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Dunkin' Donuts, salah satu daripada rantaian makanan bakar dan kopi yang menerajui di dunia, meraikan keghairahan dunia terhadap coklat pada Februari ini dengan pilihan donat dan minuman yang lazat lagi mengasyikkan. Selama sebulan di restoran Dunkin' Donuts yang terlibat di seluruh Asia Tenggara, Dunkin' Donuts akan menawarkan Donat Coklat Lover's Heart dan Minuman Mocha Latte Coklat Gelap untuk pelanggannya.

(Gambar:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20140202/NE56122 )

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20110224/NY53806LOGO )

Donat Coklat Lover's Heart ialah donat berbentuk hati yang berintikan coklat cair pekat yang lazat, dengan hias atas aising coklat dan taburan gula putih. Minuman Mocha Latte Coklat Gelap Dunkin' Donuts pula, yang boleh didapati panas atau sejuk, ialah minuman espresso yang didapati daripada biji kopi berkualiti tinggi, susu kukus dan perasa coklat gelap yang pekat, dihias atas dengan taburan mocha. Item menu baharu ini ialah cara sempurna bagi meraikan coklat, salah satu perasa yang paling digemari seluruh dunia.

"Memandangkan coklat ialah perasa yang sangat popular di seluruh dunia, kami teruja dapat berkongsi Donat Coklat Lover's Heart dan Minuman Mocha Latte Coklat Gelap kami dengan semua pelanggan kami Februari ini," kata Stan Frankenthaler, Chef Eksekutif dan Naib Presiden Inovasi Produk di Dunkin' Brands. "Donat Coklat Lover's Heart kami ialah sajian lazat yang sesuai dinikmati sendirian atau dikongsi bersama kawan atau keluarga dalam kotak 12 biji atau 6 biji. Kami rasa pelanggan kami juga tentu akan tergoda dengan Minuman Mocha Latte Coklat Gelap kami, yang manis bercoklat dan boleh dihirup asyik pada bila-bila masa sahaja."

Donat Coklat Lover's Heart dan Minuman Mocha Latte Coklat Gelap boleh didapati di lokasi Dunkin' Donuts yang terlibat di seluruh Asia Tenggara bulan ini, termasuk restoran di Malaysia, Filipina dan  Singapura. Selain item menu bermusim ini, tetamu juga boleh menikmati kepelbagaian makanan dan minuman Dunkin' Donuts yang berkualiti tinggi termasuk minuman panas dan sejuk, donat, mufin dan sandwic, semuanya dihidangkan dengan pantas dan di dalam persekitaran yang mesra.

Kini Dunkin' Donuts mempunyai hampir 11,000 restoran di 33 negara seluruh dunia, termasuk 1,400 di seluruh Asia Tenggara.

Latar Belakang Dunkin' Donuts
Setelah ditubuhkan pada tahun 1950, Dunkin' Donuts ialah hentian kegemaran warga Amerika, setiap hari dan pada bila-bila masa untuk kopi dan makanan bakar. Dunkin' Donuts ialah peneraju pasaran dalam kategori kopi panas biasa/tanpa kafeina/berperisa, kopi ais, donat, bagel dan mufin. Dunkin' Donuts telah mendapat pemeringkatan pertama untuk kesetiaan pelanggan dalam kategori kopi oleh Brand Keys selama tujuh tahun berturut-turut. Syarikat itu mempunyai hampir 11,000 restoran di 33 negara seluruh dunia. Berpusat di Canton, Massachusetts, Dunkin' Donuts ialah sebahagian daripada keluarga syarikat Dunkin' Brands Group, Inc. (Nasdaq: DNKN). Bagi maklumat lanjut, lawati www.DunkinDonuts.com.  

Source: Dunkin' Donuts
Related Stocks:
NASDAQ:DNKN
Keywords: Beverages Food/Beverages Restaurants Retail New products/services