LIMASSOL, Cyprus, 4 Februari 2014 /PRNewswire/ -- MetaTrader Market telah dilancarkan pada hari ini oleh MetaQuotes Software Corp. yang merupakan stor aplikasi perdagangan untuk para peniaga. Berjuta-juta pengguna MetaTrader 4 telah beroleh akses yang pantas kepada beratus-ratus robot dagangan beli siap serta petunjuk teknikal terus daripada platform dagangan.
Walaupun Market telah beroperasi sejak Februari 2012 lagi, namun Market hanya disediakan untuk para pengguna MetaTrader 5 sahaja setakat ini. Kepopularan Market dalam kalangan peniaga telah mendorong para pembangun untuk turut melancarkannya untuk MetaTrader 4. Ini merupakan pasaran yang besar dan menguntungkan memandangkan jumlah pengguna MetaTrader 4/5 telah melebihi 7 juta menjelang tahun 2013.
"Para pengguna MetaTrader 5 telah pun memanfaatkan Market memandangkan penjualan serta pembelian robot dagangan giat dijalankan melalui platform tersebut. Aktiviti dalam bahagian MetaTrader 4 dijangkakan lebih tinggi kerana para peniaga telah lama menantikan peluang keemasan ini. Dengan jangkaan kami terhadap permintaan pengguna pada masa hadapan, kami berhasrat untuk menambahkan kategori kandungan digital yang lain. Kami bertekad untuk mengubah MetaTrader Market agar menjadi suatu platform yang membolehkan para pengguna mendapatkan semua kelengkapan yang diperlukan untuk menjalankan perdagangan yang menguntungkan," kata Renat Fatkhullin, Ketua Pegawai Eksekutif MetaQuotes Software Corp.
Bagi melancarkan stor aplikasi MetaTrader 4, para pembangun telah mempertingkatkan fungsi bahasa MQL4 dan menaik taraf kelengkapan para pembangun robot dagangan secara signifikan. Kini, MQL4 menawarkan ciri-ciri yang lebih hebat, kelajuan pelaksanaan yang ditingkatkan, kawalan kualiti yang lebih ketat serta tahap keselamatan yang tinggi.
MetaTrader Market beroperasi seperti App Store Apple: gedung yang mempunyai banyak produk percuma, serta dilengkapi kemudahan sistem pembayaran dan juga mekanisme perlindungan yang cekap untuk pembelian produk. Seperti App Store, kesemua produk yang dibeli adalah terikat kepada akaun pengguna. MetaTrader Market juga memudahkan sesuatu penjual memandangkan aplikasi boleh dijual oleh apa-apa individu atau entiti.
Latar Belakang Syarikat
MetaQuotes Software Corp. merupakan pembangun profesional bagi aplikasi perisian untuk pasaran kewangan. Dengan pengalaman selama lebih satu dekad, syarikat ini merupakan peneraju pasaran dalam bidang pakej perisian perdagangan pertukaran mata wang asing. Platform dagangan MetaTrader 4 yang dibangunkan oleh syarikat ini merupakan aplikasi perdagangan pertukaran mata wang asing paling terkenal di serata dunia.
Laman web syarikat: http://www.metaquotes.net
Latar Belakang MetaTrader Market
MetaTrader Market merupakan stor aplikasi perdagangan untuk platform dagangan MetaTrader 4 serta MetaTrader 5. MetaTrader Market dilancarkan pada bulan Februari 2012 dan pada mulanya hanya disediakan untuk para pengguna MetaTrader 5. Pada bulan Februari 2014, Market juga telah mula memperkenalkan aplikasi untuk MetaTrader 4. Pertumbuhan jualan pasaran adalah sangat membanggakan dengan pencapaian rekod tertinggi pada suku tahun keempat tahun 2013 dengan peningkatan sebanyak 74% berbanding pada suku tahun ketiga.
SUMBER MetaQuotes Software Corp.