GENEVA, Switzerland, 4 Februari 2014 /PRNewswire/ --
Laporan UN Agency baharu menunjukkan kanser kini merupakan pembunuh utama dunia dengan pertambahan kes dijangka melonjak dalam tahun-tahun akan datang
Pada Hari Kanser Sedunia 2014, laporan kanser global baharu yang telah disusun oleh UN Agency iaitu The International Agency for Research on Cancer (IARC) menunjukkan: [1]
"Peningkatan kes kanser di serata dunia merupakan penghalang utama bagi pembangunan dan kesejahteraan hidup manusia," ulas Dr Christopher Wild, Pengarah IARC. "Angka dan unjuran baharu ini memberikan isyarat penting yang tindakan segera amat diperlukan bagi mengatasi bencana yang terus berlaku dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia tanpa sebarang pengecualian," jelas Dr Wild.
Laporan Kanser Sedunia 2014 mengesahkan ketidakseimbangan kawalan dan penjagaan terhadap kanser berlaku di seluruh dunia. Jumlah kematian yang berpunca daripada kanser di negara miskin dunia meningkat dengan kadar yang lebih pantas berbanding yang dijangkakan sebelum ini. Khususnya, menjelang tahun 2025, hampir 80% daripada peningkatan semua kematian yang berpunca daripada kanser akan berlaku di negara kurang maju. [1]
Tidak seperti negara maju, sebahagian besar daripada kes di negara membangun adalah disebabkan oleh jangkitan, seperti papilomavirus manusia (HPV) yang menjangkiti lebih 85% kes kanser yang melibatkan HPV. [4] Gaya hidup barat yang semakin menjadi arah aliran penduduk di negara ini menyebabkan peningkatan terhadap bilangan individu yang merokok, meminum alkohol dan kurang menjalankan aktiviti fizikal yang merupakan antara faktor risiko terjadinya kanser.[1]
Negara yang berpendapatan rendah dan sederhana berhadapan dengan risiko yang paling tinggi untuk berlakunya kanser yang akan menjejaskan sistem kesihatan serta membantut pertumbuhan ekonomi, disebabkan oleh kekurangan sumber dan infrastruktur yang mampu menampung peningkatan kes kanser yang diramalkan berlaku.[1] Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, hanya 50% negara berpendapatan rendah dan sederhana memiliki Pelan Kawalan Kanser Nasional yang beroperasi dan ini amat membimbangkan.
"Kerajaan seharusnya menyedari penularan kes kanser yang terus membebankan negara mereka. Angka baharu daripada IARC menunjukkan kejadian kanser pada peringkat global akan terus meningkat sekiranya kita tidak menyedari ancaman ini dan bertindak bagi mengatasinya. Pada Hari Kanser Sedunia, kami mahukan setiap Kerajaan di serata dunia untuk berusaha menghalang jutaan kematian yang diramalkan, kematian yang sia-sia dan kematian terlalu awal yang berpunca daripada kanser dengan mewujudkan dan melaksanakan pelan nasional yang merangkumi langkah pencegahan serta pengesanan awal yang terbukti," gesa Cary Adams, Ketua Pegawai Eksekutif, Kesatuan Kawalan Kanser Antarabangsa (UICC).
Berikutan perbelanjaan rawatan serta penjagaan yang kian meningkat, semua negara miskin dan kaya perlu memberi sumbangan bagi memerangi kanser. Pada masa kini, hampir 4.2 juta individu maut terlalu awal (berusia 30 hingga 69 tahun) setiap tahun akibat kanser di serata dunia.[2] Selagi tiada apa-apa tindakan diambil untuk mewujudkan strategi praktikal untuk menangani kanser, angka kematian ini dijangka akan meningkat sehingga menyebabkan lebih lima juta kematian terlalu awal setiap tahun menjelang tahun 2025.[5]
Penyelesaian yang praktikal bagi mengurangkan jumlah kematian terlalu awal perlulah mementingkan aspek pencegahan. Ini termasuklah:
Laporan Kanser Sedunia yang dikemukakan ini mendasari tema Hari Kanser Sedunia 2014 iaitu 'Memaparkan kepalsuan mitos'. Data menunjukkan dunia tidak boleh sekadar melihat dan terus membiarkan kes kanser di serata dunia terus meningkat. Bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk memberi sumbangan, sila layari: http://worldcancerday.org.
Latar Belakang Hari Kanser Sedunia
Hari Kanser Sedunia berlangsung pada 4 Februari setiap tahun dan ini merupakan inisiatif tunggal yang melaluinya UICC, ahlinya, rakan kongsi dan seluruh dunia boleh bergabung bagi memerangi epidemik kanser pada peringkat global. Hari Kanser Sedunia ini juga merupakan inisiatif UICC yang bermatlamat untuk membantu menyelamatkan berjuta-juta kes kematian yang dapat dicegah pada setiap tahun dengan meningkatkan kesedaran serta pendidikan tentang kanser dan juga memberi tekanan kepada kerajaan serta individu di serata dunia untuk bertindak memerangi penyakit ini.
Latar Belakang Laporan Kanser Sedunia 2014
Siri Laporan Kanser Sedunia yang disusun oleh IARC ini diiktiraf sebagai sumber yang berwibawa terhadap perspektif global dan maklumat berkaitan kanser. Jilid pertama laporan ini dikeluarkan pada tahun 2003 manakala jilid kedua pula pada tahun 2008. Jilid ketiga bagi siri laporan ini merangkumi pengetahuan yang mantap serta pencapaian terkini dalam penyelidikan kanser.
Laporan Kanser Sedunia menyediakan penilaian yang profesional dan berbilang disiplin daripada kesemua aspek yang melibatkan taburan geografi, biologi, etiologi, pencegahan dan kawalan terhadap kanser yang diramalkan melalui penyelidikan. Laporan Kanser Sedunia diwujudkan bagi menyediakan kefahaman seimbang terhadap kawalan kanser kepada para profesional kesihatan bukan pakar serta penggubal dasar dan juga menyediakan maklumat berkaitan penemuan terkini kepada para profesional kanser yang sudah mapan.
Bagi mendapatkan Laporan Kanser Sedunia 2014, sila layari pautan berikut: http://apps.who.int/bookorders/anglais/detart1.jsp?codlan=1&codcol=76&codcch=31
Latar Belakang UICC
UICC menyatukan komuniti kanser bagi mengurangkan bebanan penyakit ini pada peringkat global, menggalakkan ekuiti yang lebih besar serta mengintegrasikan kawalan terhadap kanser dalam agenda kesihatan dan pembangunan dunia. UICC juga merupakan organisasi memerangi kanser terbesar seumpamanya dengan lebih 800 organisasi ahli di 155 negara yang mewakili persatuan kanser utama, kementerian kesihatan, institut penyelidikan, pusat rawatan serta kumpulan sokongan pesakit kanser di seluruh dunia.
UICC dikhususkan untuk meneruskan usaha bersama pemimpin dunia bagi meningkatkan sokongan mereka terhadap langkah kawalan kanser dan mempertanggungjawabkan mereka untuk menerangkan komitmen untuk mengatasi ancaman kanser yang telah dibuat pada Deklarasi Politik PBB.
UICC memanfaatkan Hari Kanser Sedunia bagi melobi untuk:
UICC dan rakan kongsi berbilang sektor bertekad untuk meyakinkan kerajaan bagi menerima pakai sasaran terikat dengan masa yang khusus untuk menangani beban kanser global dan lain-lain NCD.
UICC juga merupakan ahli pengasas NCD Alliance, rangkaian masyarakat sivil global yang kini mewakili hampir 2,000 organisasi di 170 negara.
Bagi maklumat lanjut, layari: http://www.uicc.org
* Perbezaan antara tahun 2008 dan 2012 mungkin menunjukkan sebahagian pertambahan ketersediaan sumber data dan penambahbaikan kaedah antara versi GLOBOCAN.
1. Laporan Kanser Sedunia 2014. IARC. Boleh didapati di: http://apps.who.int/bookorders/anglais/detart1.jsp?codlan=1&codcol=76&codcch=31
2. Pemantauan Kesihatan Global WHO. Boleh didapati di: http://www.who.int/gho/map_gallery/en/
3. City Mayors. Boleh didapati di: http://www.citymayors.com/statistics/largest-cities-population-125.html
4. De Martel C et al. The global burden of cancers attributable to infections in the year 2008: a review and synthetic analysis. Lancet Oncol 2012;13:607-15
5. Ferlay J et al. GLOBOCAN 2012 v1.0, Cancer Incidence and Mortality Worldwide: IARC CancerBase No. 11 [Internet]. Lyon, Perancis: International Agency for Research on Cancer; 2013. Boleh diperoleh daripada: http://globocan.iarc.fr
SUMBER Union for International Cancer Control