omniture

Bacardi Limited Merancang Pelan Berani Bagi Membina Masa Hadapan Mampan

Bacardi Limited
2014-02-04 19:35 189

- Syarikat minuman keras milikan swasta paling besar di dunia mengumumkan inisiatif alam sekitar yang bercita-cita tinggi bernama "Good Spirited" dengan matlamat tertentu daripada segi penyumberan, pembungkusan, dan pengendalian menjelang tahun 2022 -

HAMILTON, Bermuda, 4 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Di mana-mana sahaja Bacardi Limited menjalankan perniagaannya, kemampanan ialah sesuatu yang bukan sahaja digalakkan – malah dijangkakan. Hari ini, pada ulang tahun ke-152 penubuhannya, Bacardi yang dimiliki keluarga menjalankan kempen kemampanan bercita-cita tinggi secara besar-besaran pada peringkat global. Good Spirited: Membina Masa Hadapan Mampan dilancarkan dalam lebih 150 pasaran yang Bacardi menjual jenamanya, termasuk lebih 75 cawangan dan 27 kemudahan pengeluaran dan pembotolan, lalu memberi kesan terhadap setiap pekerja.

Bagi melihat aset multimedia yang berkaitan dengan siaran ini, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/60948-bacardi-limited-good-spirited-sustainability-green-enviro-csr

"Melindungi sumber semula jadi yang kami gunakan untuk mencipta jenama kami, pada setiap langkah sepanjang rantaian nilai, ialah tunjang tanggungjawab korporat kami," kata Ed Shirley, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bacardi Limited, syarikat minuman keras milikan swasta paling besar dunia. "Kami sentiasa menetapkan tanda aras pencapaian yang tinggi. Kini, kami membawa asas mampan kami yang kukuh ke peringkat seterusnya."

Sejak Syarikat itu mula mengesan impak globalnya ke atas alam sekitar pada tahun 2006, Bacardi telah mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak lebih 25 peratus dan penggunaan air sebanyak 54 peratus. Beberapa projek mampan yang berjalan setakat ini termasuk yang menggunakan kuasa angin untuk rum BACARDI di Puerto Rico, menggunakan semula air yang digunakan bagi membersihkan tong, menyungkup tong yang sudah tidak boleh digunakan lagi untuk digunakan bagi penghasilan landskap, menukar daripada bahan api fosil kepada tenaga hidro bagi penghasilan vermouth MARTINI di Itali, menukar bahan botanikal sisa menjadi baja dan alas tidur haiwan ternak, mencipta pusat pengadunan dan penghantaran yang cekap tenaga di Scotland untuk Scotch DEWAR dan WILLIAM LAWSON, dan menukarkan kilang kertas bersejarah di England menjadi pusat penyulingan dengan sijil hijau untuk gin BOMBAY SAPPHIRE yang akan dikuasakan menggunakan biojisim dan sumber tenaga hidroelektrik.

"Bacardi menganggap inovasi alam sekitar global sebagai sebahagian daripada terasnya," kata Eric Kraus, Naib Presiden Kanan, Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat, yang menerajui inisiatif tanggungjawab sosial korporat Bacardi. "Matlamat kami adalah untuk mengembalikan kepada alam sekitar sekurang-kurangnya sama banyak dengan apa yang kami ambil. Kami sedang menetapkan standard kemampanan agar diikuti oleh pihak lain dalam industri minuman keras."

Menambah kepada program dan kecekapan sedia ada yang mengurangkan penggunaan air dan tenaga serta pembebasan gas rumah hijau, platform global Bacardi Limited baharu, Good Spirited: Membina Masa Hadapan Mampan, menguatkan lagi kepimpinan Syarikat itu sejak sekian lama daripada segi tanggungjawab sosial korporat – dan menetapkan matlamat yang baharu dan khusus dalam tiga bidang penting:

  • Penyumberan Bertanggungjawab: Bacardi ingin mendapatkan semua bahan mentah serta pembungkusan daripada bahan yang bersumber mampan, boleh diperbaharui atau boleh dikitar semula sambil mengekalkan atau mempertingkatkan status ekonomi petani dan pembekal. Di Fiji yang merupakan sumber molases tebu berkualiti tinggi, Bacardi sedang menyokong ladang tebu model dan mampan yang mengambil langkah bagi melindungi Terumbu Laut Besar kepulauan itu. Menjelang tahun 2017, matlamatnya adalah untuk mendapatkan 40 peratus daripada produk terbitan tebu yang digunakan untuk menghasilkan rum premium BACARDI daripada sumber yang diperakui dan mampan – dan sebanyak 100 peratus menjelang tahun 2022. Janji Bacardi ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam industri ini.
  • Pembungkusan Global: Bacardi bertekad untuk menggunakan rekaan ekologi bagi menyisipkan kemampanan ke dalam pembungkusan jenamanya serta bahan titik jualannya. Menjelang tahun 2017, Bacardi merancang untuk mengurangkan berat pembungkusannya sebanyak 10 peratus dan mencapai 15 peratus menjelang tahun 2022. Bacardi melakukan kolaborasi dengan rakan kongsinya – termasuk pembekal kaca dan kertas – bagi membuatkan pembungkusannya lebih mesra alam.
  • Kecekapan Pengendalian: Bacardi terus memberi tumpuan untuk mengurangkan penggunaan air dan pembebasan gas rumah hijau (GHG) dengan matlamat pada tahun 2017 untuk mengurangkan penggunaan air sebanyak 55 peratus dan pembebasan GHG sebanyak 50 peratus. Syarikat itu juga memikirkan rawatan inovatif bagi sisa air daripada penghasilan. Tambahan lagi, Bacardi menyasarkan ingin menyingkirkan bahan buangan tanah timbus di semua tapak penghasilannya menjelang tahun 2022. Baru-baru ini, di pusat penyulingan rum premium paling besar di dunia di Puerto Rico, krew pemusnahan mengitar semula lebih 150 muatan trak penuh konkrit tanpa menghantar sebarang puing ke tanah timbus. Konkrit itu digunakan semula dalam pembinaan kemudahan pengadunan baharu.

Bacardi Limited ialah satu-satunya syarikat minuman keras utama yang diperakui dengan sistem pengurusan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa untuk aspek kualiti, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan – untuk semua kemudahan penghasilannya seluruh dunia – oleh Khidmat Nasihat Keselamatan & Kesihatan Tempat Kerja (OSHAS) dan Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO). Pencapaian berprestij ini meletakkan Bacardi dalam kalangan kumpulan elit yang terdiri daripada syarikat yang paling hebat diuruskan seluruh dunia.

Sebahagian daripada semangatnya ialah penglibatan hampir 6,000 pekerja Bacardi seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada platform kemampanan baharu, pekerja boleh menjejak kemajuan peribadi mereka bagi melindungi alam sekitar di rumah dan di tempat kerja – daripada menutup lampu apabila keluar dari bilik sehinggalah memandu kereta yang lebih cekap bahan api.

"Kami ingin menggalakkan amalan dengan memberi contoh yang baik, membina keyakinan dan kepercayaan pengguna. Pelanggan kami boleh menikmati jenama minuman keras berkualiti tinggi kami dan yakin Bacardi benar-benar mengambil berat tentang alam sekitar, pembekal kami serta pekerja kami," tambah Shirley lagi.

Bagi Bacardi, kemampanan menghasilkan perniagaan yang pesat – pendekatan yang dilakukan sejak penubuhan Syarikat itu. Pengasas Bacardi, Don Facundo Bacardi Masso, membuka pusat penyulingan pertama beliau pada 4 Februari 1862 di Santiago de Cuba. Beliau membina perniagaan itu bagi menyahut cabaran oleh kerajaan Sepanyol pada masa itu bagi mengurangkan lebihan molases di Cuba, lalu membawa kepada penciptaan rum BACARDI. Menggunakan semula tong wiski lama bagi menapai rum beliau juga merupakan pelan asal pengasas itu, amalan yang masih digunakan hari ini.

Pada ulang tahun penubuhannya, Bacardi Limited meraikan legasi itu dengan terus melindungi alam sekitar dan menggabungkan kemampanan ke dalam semua yang dilakukannya. Dengan menaikkan tanda aras pencapaian melalui pembekal bertanggungjawab, pembungkusan lebih rapi dan pengendalian yang lebih cekap, Bacardi memberi pengguna hari ini – dan masa hadapan – lebih daripada apa yang mereka jangkakan dan layak: minuman keras lazat yang mampan.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Good Spirited: Membina Masa Hadapan Mampan, lawati www.BacardiLimited.com/good-spirited.

Latar Belakang Bacardi Limited
Bacardi Limited, syarikat minuman keras milikan swasta paling besar di dunia, menghasilkan dan memasarkan minuman keras dan wain yang terkemuka pada peringkat antarabangsa. Portfolio jenama Bacardi terdiri daripada lebih 200 jenama dan label, termasuk rum BACARDI®, rum yang paling laris dijual dan paling banyak meraih anugerah, serta minuman keras yang paling banyak meraih anugerah; vodka GREY GOOSE®, vodka super premium yang menerajui di dunia; wiski Adunan Scotch DEWAR'S®, adunan Scotch yang paling banyak meraih anugerah di dunia; gin BOMBAY SAPPHIRE®, gin premium yang paling bernilai dan paling cepat dijual di dunia; vermouth dan wain berbuih MARTINI®, vermouth yang menerajui di dunia dan wain berbuih Itali kegemaran dunia; tequila 100% blue agave CAZADORES®, salah satu daripada tequila premium paling popular di Mexico dan Amerika Syarikat; serta jenama yang menerajui dan memuncul lain termasuk jenama wiski Scotch paling pantas dikenali di dunia WILLIAM LAWSON'S®; vodka ERISTOFF®, salah satu jenama vodka paling pantas dikenali di dunia; dan ST. GERMAIN®, likuer bunga elder super premium.

Setelah ditubuhkan 152 tahun lalu di Santiago de Cuba pada 4 Februari 1862, Bacardi yang dimiliki keluarga menggajikan hampir 6,000 orang, mengeluarkan jenamanya di 27 kemudahan dan menjual di lebih 150 negara. Bacardi Limited merujuk kepada kumpulan syarikat Bacardi, termasuk Bacardi International Limited. www.BacardiLimited.com

©2014 BACARDI

BACARDI, LOGO KELAWAR & TANDA LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PRODUK INI DALAM SIARAN BERITA INI IALAH TANDA DAGANGAN BACARDI & COMPANY LIMITED ATAU SYARIKAT SUBSIDIARI LAIN BACARDI LIMITED.

Source: Bacardi Limited
Keywords: Beer, Wine & Spirits Environmental Products & Services Retail Broadcast feed announcements Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility