SEOUL, Korea Selatan, 5 Februari 2014 /PRNewswire/ --
- Loji rawatan kumbahan mampu merawat air sisa yang dikumbah dari sejuta kediaman di Kota Ho Chi Minh
- Rakan kongsi projek ini termasuklah syarikat rawatan air yang menerajui di Perancis dan Jepun
POSCO E&C (Naib Presiden Jeong Donghwa) telah mengumumkan pada 26 Januari yang ia telah mendapat projek tahap kedua untuk loji rawatan kumbahan di Kota Ho Chi Minh, Vietnam, yang telah diberikan oleh Jabatan Pembinaan dan Pelaburan Kota Ho Chi Minh, Vietnam.
Jumlah nilai projek ini adalah sebanyak US$ 120 juta (KRW 130.5 bilion) dengan syer POSCO E&C dianggarkan bernilai US$ 70 juta (KRW 74 bilion). Skala masa pembinaan adalah selama 54 bulan.
Projek tahap kedua ini mendapat gesaan selepas loji sedia ada yang berkapasiti 141,000 tan didapati tidak mampu merawat air sisa yang dikumbah daripada bilangan penduduk Kota Ho Chi Minh yang semakin meningkat, berikutan perkembangan maju kota itu menjadi pusat ekonomi Vietnam.
Projek baharu ini adalah untuk membina kemudahan tambahan yang mampu merawat 328,000 tan air sisa. Apabila pembinaan siap pada tahun 2018 kelak, loji rawatan kumbahan itu akan mampu merawat 469,000 tan air sisa setiap hari.
Angka ini dianggar bersamaan dengan isi padu air sisa yang dikumbah dari satu juta kediaman di Kota Ho Chi Minh. Pihak berkuasa kota menjangkakan kemudahan baharu ini akan banyak membantu dalam mempertingkatkan kualiti air Sungai Tac Ben Ro di Kota Ho Chi Minh.
Bagi projek ini, POSCO E&C membentuk kumpulan hebat peringkat global yang terdiri daripada syarikat rawatan air yang menerajui di dunia.
Rakan kongsi Perancis bagi POSCO E&C ialah OTV, syarikat subsidiari VEOLIA. VEOLIA merupakan syarikat rawatan air yang menerajui di dunia serta mempunyai pengalaman luas dalam bidang alam sekitar termasuk rawatan air, penyahgaraman air laut serta penggunaan sumber air. Rakan kongsi Jepun mereka ialah Hitachi, yang mempunyai kedudukan mantap dalam bidang rawatan air sisa perindustrian dan kumbahan.
POSCO E&C ialah syarikat pembinaan yang menerajui dalam bidang alam sekitar air domestik. Ia mendapat kedudukan pertama dalam industri alam sekitar air domestik pada tahun lepas, dan mendapat pesanan yang bernilai sejumlah lebih 300 bilion won.
Dalam projek ini, POSCO E&C akan bertanggungjawab untuk kerja pembinaan dan kejuruteraan awam. OTV akan bertanggungjawab untuk bekalan dan juga pemasangan peralatan rawatan air manakala Hitachi akan bertanggungjawab untuk pemerolehan serta pemasangan peralatan enap cemar.
POSCO E&C, OTV dan Hitachi akan berkongsi projek ini dengan peratusan masing-masing sebanyak 57%, 32% serta 11%.
"Projek ini merupakan hasil usaha kami bagi mencari peluang baharu dalam pasaran luar negara, dan bukan sekadar kekal dalam pasaran alam sekitar domestik yang tepu sahaja," kata Cho Yongseok, Pengarah POSCO E&C.
POSCO E&C merancang untuk menggunakan kelebihan projek ini bagi memperluaskan kehadirannya dalam pasaran rawatan air global, termasuk Vietnam.
Maklumat Perhubungan Media:
Joshua, KWON
platinum24k@poscoenc.com
+82-32-748-2857
SUMBER POSCO E&C