omniture

OPEC Fund menggunakan USD1 bilion untuk pembiayaan pembangunan melalui pelancaran sulung bon SDG yang penting

OPEC Fund for International Development
2023-01-21 20:53 0

BUKAN UNTUK SIARAN, PENERBITAN ATAU PENGEDARAN SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DI AMERIKA SYARIKAT DI MANA PERBUATAN SEDEMIKIAN ADALAH MENYALAHI UNDANG-UNDANG. PENERBITAN INI TIDAK MEMBENTUK KESELURUHAN ATAU MEMBENTUK SEBAHAGIAN DARIPADA SEBARANG TAWARAN ATAU PENGUMPANAN UNTUK MEMBELI ATAU MELANGGAN MANA-MANA SEKURITI DI AMERIKA SYARIKAT ATAU DI MANA-MANA BIDANG KUASA LAIN.

VIENNA, 21 Januari 2023 /PRNewswire/ -- OPEC Fund for International Development, sebuah institusi pembiayaan pembangunan multilateral yang beribu pejabat di Vienna, Austria telah menetapkan harga penanda aras bon sulungnya yang diterbitkan di pasaran modal pada hari Rabu lepas. Harga bon tersebut telah ditetapkan menggunakan rangka kerja bon Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) di mana Credit Agricole CIB bertindak sebagai penasihat kelestarian tunggal. Bon kelestarian dengan kadar tetap selama 3 tahun ini telah menarik permintaan yang tinggi daripada para pelabur di seluruh dunia dan berjaya memperolehi USD1 bilion yang akan digunakan untuk membiayai atau membiayai semula projek pembangunan lestari utama yang sejajar dengan misi pembangunan pelbagai sektor OPEC Fund serta menyumbang secara langsung bagi mencapai SDG.

OPEC Fund for International Development, Vienna (Buidling)
OPEC Fund for International Development, Vienna (Buidling)

 

Dr. Abdulhamid Alkhalifa, OPEC Fund for International Development Director-General
Dr. Abdulhamid Alkhalifa, OPEC Fund for International Development Director-General

Bon ini telah menarik minat yang sangat meluas di mana 52 peratus daripada para pelaburnya datang dari Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA), 27 peratus dari Asia Pasifik (APAC) dan 21 peratus dari Amerika Utara (NAM). Dari segi jenis pelabur, bank pusat & institusi rasmi telah menyumbang sebanyak 62 peratus, bank sebanyak 19 peratus, pengurus aset sebanyak 9 peratus dan dana pencen/insurans sebanyak 8 peratus.

Taburan Mengikut Geografi  

Distribution by Geography
Distribution by Geography

Taburan Mengikut Jenis Pelabur 

Distribution by Investor Type
Distribution by Investor Type

Ketua Pengarah OPEC Fund, Dr. Abdulhamid Alkhalifa telah berkata pada hari ini: "Permintaan yang kukuh terhadap penanda aras sulung kami menjadi bukti keyakinan para pelabur terhadap OPEC Fund dan mandat yang telah lama wujud dalam memberi tumpuan kepada pembangunan. Ia turut mengesahkan minat terhadap pelaburan lestari di seluruh dunia. Pada saat berlakunya peningkatan dalam keperluan terhadap pembiayaan pembangunan, OPEC Fund berbangga kerana telah berjaya meraih pencapaian ini. Ia akan membolehkan kami menggunakan dana tambahan untuk membantu negara-negara rakan kongsi kami. OPEC Fund mempunyai rekod prestasi selama 47 tahun dalam memberikan hasil pembangunan yang berjaya dan dana tambahan ini akan membolehkan kami meningkatkan lagi kesan kami."

OPEC Fund sedang membiayai projek pembangunan di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana selaras dengan mandat kerjasama Selatan-Selatan. Perolehan daripada bon ini akan diperuntukkan mengikut kriteria khusus yang ditentukan dalam Rangka Kerja Bon SDG yang memberi tumpuan kepada keterjaminan makanan, penjagaan kesihatan, infrastruktur, pendidikan, pekerjaan dan tenaga boleh diperbaharui. Rangka Kerja ini sejajar dengan Garis Panduan Bon Kelestarian 2021, Prinsip Bon Hijau 2021 dan Prinsip Bon Sosial 2021 yang diterbitkan oleh Persatuan Pasaran Modal Antarabangsa (ICMA) serta telah menerima pandangan yang positif daripada Pemberi Pendapat Pihak Kedua, Sustainalytics.

Kejayaan pelancaran sulung bon penanda aras ini dibantu oleh penarafan AA+ (Stable) yang diperolehi OPEC Fund daripada Fitch Ratings dan penarafan AA (Positive) daripada S&P Global Ratings yang mencerminkan profil risiko kewangan berhemat, permodalan cemerlang, pengurusan risiko dan kecairan konservatif, layanan pemiutang pilihan serta portfolio aset berkaitan tujuan yang pelbagai yang dimiliki oleh Dana ini.  

Penolong Ketua Pengarah, Operasi Kewangan OPEC Fund, Tarek Sherlala menambah: "Peningkatan sumber kewangan ini akan membolehkan kami meningkatkan penghantaran di negara-negara rakan kongsi dan membantu meningkatkan impak pembangunan kami. Sokongan daripada para pelabur global akan menambah kekuatan kredit kami dan membawa kami ke fasa baharu dalam penyampaian kerjasama pembangunan lestari yang memberi impak."

Ketua Pembiayaan OPEC Fund, Martine Mills Jansen berkata: "Penentuan harga bon ini merupakan satu pencapaian penting bagi OPEC Fund dan kemuncak kepada usaha intensif yang dilakukan selama beberapa tahun. Kejayaan pelancaran sulung bon kami dalam persekitaran pasaran semasa merupakan bukti kekuatan kredit kami. Kami gembira dapat menyertai komuniti bank pembangunan multilateral yang menerbitkannya di pasaran modal. Ini merupakan suatu langkah penting dalam penubuhan program peminjaman kami dan kami berharap dapat meneruskan penglibatan kami dengan para pelabur pada masa hadapan."

Pengurus utama dalam penerbitan bon ini ialah Citi, Credit Agricole, Goldman Sachs, Nomura dan TD Securities.

Ebba Wexler, Pengarah Urusan, Ketua SSA DCM, Citi berkata: "Ini merupakan kejayaan yang cemerlang untuk urus niaga pasaran modal OPEC Fund yang sulung. Penentuan harga urus niaga sulung bernilai USD1 bilion dengan lebih 40 pelabur yang terlibat merupakan suatu pencapaian yang mengagumkan dan ia berhak dicapai selepas melaksanakan pemasaran global yang meluas."

Tanguy Claquin, Ketua Kelestarian Global Crédit Agricole CIB berkata: "Kejayaan penerbitan bon yang penting ini menggambarkan kekuatan kredit OPEC Fund serta komitmennya terhadap pembangunan lestari. Ia juga menandakan satu urus niaga penanda aras awam pertama yang cemerlang. Ini merupakan satu langkah penting dalam mengukuhkan kehadiran jangka panjang OPEC Fund di pasaran modal antarabangsa dan penciptaan program pembiayaan pelbagai yang berupaya menyokong mandat pembangunan global Dana ini. Urus niaga ini juga menunjukkan sumbangan OPEC Fund yang bermakna dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari."

Lars Humble, Pengarah Urusan, Ketua SSA Goldman Sachs berkata: "Ini merupakan satu urus niaga penanda aras OPEC Fund for International Development yang berjaya dan kami berasa gembira kerana turut terlibat. Pengeluar telah melakukan pelbagai usaha dengan pelabur yang berpotensi sepanjang beberapa bulan dan ia merupakan sesuatu yang hebat dapat melihat buku pesanan yang pelbagai dan berkualiti tinggi di sebalik penyediaan yang teliti. Urus niaga bernilai USD1 bilion pada tahap penentuan harga akhir dengan 5 mata asas dalam keadaan harga cadangan awal yang sukar, menyerlahkan lagi keyakinan kukuh para pelabur terhadap urus niaga ini dan kejayaannya secara keseluruhan."

Spencer Dove, Pengarah Urusan Nomura berkata: "Peluang untuk membawa kaedah kredit baharu ke pasaran amat jarang berlaku, terutamanya bagi sebuah dana supranasional dengan rekod prestasi dalam pembangunan lestari. Kejayaan yang diperolehi pada hari ini mencerminkan usaha penting yang dijalankan oleh pasukan OPEC Fund untuk mencapai objektif yang ditetapkan dalam Rangka Kerja Strategik 2030 dan peralihan untuk menjadi MDB yang terkemuka di pasaran modal. Kualiti dan kepelbagaian buku pesanan ini merupakan isyarat yang jelas tentang usaha yang dijalankan dan penglibatan positif daripada komuniti berpendapatan tetap global."

Laura O'Connor, Pengarah Urusan Pengasalan dan Pensindiketan TD Securities, Dublin berkata: "Tawaran bon ini akan bertindak sebagai titik rujukan cair di mana OPEC Fund boleh mengukuhkan kehadirannya dengan lebih besar di pasaran AS. Berdasarkan skala pembiayaan pembangunan lestari yang diperlukan di seluruh dunia, akses pasaran hutang untuk bank pembangunan multilateral lain yang boleh mempercepatkan aliran modal kepada projek-projek yang memberi kesan merupakan satu pencapaian penting."

Tentang OPEC Fund

OPEC Fund for International Development (OPEC Fund) merupakan satu-satunya institusi pembangunan yang dimandatkan secara global yang menyediakan pembiayaan daripada negara anggota kepada negara bukan anggota secara eksklusif. Organisasi ini bekerjasama dengan rakan negara membangun dan komuniti pembangunan antarabangsa untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial di negara berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh dunia. OPEC Fund telah ditubuhkan pada tahun 1976 dengan tujuan yang penting: untuk memacu pembangunan, mengukuhkan komuniti dan memperkasakan orang ramai. Usaha kami adalah berpusatkan manusia dengan fokus kepada pembiayaan projek yang memenuhi keperluan penting seperti makanan, tenaga, infrastruktur, pekerjaan (terutamanya yang berkaitan dengan PMKS), air bersih dan sanitasi, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Setakat ini, OPEC Fund telah komited untuk menyediakan pembiayaan bernilai lebih USD23 bilion bagi projek pembangunan di lebih 125 buah negara dengan jumlah anggaran kos projek bernilai USD190 bilion. OPEC Fund telah diberi penarafan AA+/Outlook Stable oleh Fitch dan AA/Outlook Positive oleh S&P. Wawasan kami adalah untuk mencipta sebuah dunia di mana pembangunan lestari menjadi realiti bagi semua orang.

NOTIS PENTING

Sekuriti yang berkaitan dengan penerbitan ini ("Sekuriti") tidak didaftarkan dan tidak akan didaftarkan di bawah Akta Sekuriti AS Tahun 1933 ("Akta Sekuriti") dan tidak ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat selain daripada kepada individu yang dipercayai secara munasabah sebagai Pembeli Institusi yang Layak ("QIB") seperti yang ditakrifkan dalam Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti ("Peraturan 144A") yang juga merupakan Pembeli yang Layak ("QP") seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 2(a)(51) Akta Syarikat Pelaburan A.S. Tahun 1940, seperti yang dipinda, bergantung pada Peraturan 144A atau pengecualian lain daripada, atau dalam urus niaga yang tidak tertakluk kepada, pendaftaran di bawah Akta Sekuriti. Tawaran awam Sekuriti tidak akan dilakukan di Amerika Syarikat.

Penerima penerbitan ini yang berhasrat untuk membeli mana-mana Sekuriti pada masa akan datang adalah diingatkan bahawa mana-mana pembelian atau langganan sedemikian mesti dibuat semata-mata berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam Memorandum Tawaran Asas bertarikh 31 Mei 2022, sebagai tambahan (secara bersama-sama, iaitu "Memorandum Tawaran Asas"), Tambahan Harga dan pemberitahuan harga yang disediakan berhubung dengan mana-mana Sekuriti tersebut.

Selain itu, di United Kingdom, penerbitan ini hanya diedarkan dan ditujukan kepada (i) para profesional pelaburan yang termasuk dalam Perkara 19(5) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Pasaran Tahun 2000 (Promosi Kewangan) Perintah Tahun 2005 ("Perintah") atau (ii) entiti bernilai bersih tinggi, dan individu lain yang boleh disampaikan kepadanya secara sah, termasuk dalam Perkara 49(2)(a) hingga (d) daripada Perintah tersebut (kesemua individu tersebut secara bersama-sama dirujuk sebagai "individu berkaitan"). Di United Kingdom, sebarang pelaburan atau aktiviti pelaburan yang berkaitan dengan komunikasi ini hanya akan tersedia dan melibatkan individu berkaitan. Mana-mana individu yang bukan individu berkaitan tidak boleh bertindak atau bergantung pada penerbitan ini atau mana-mana kandungannya.

Pasaran Sasaran Pengeluar (tadbir urus produk MIFID II/UK MIFIR) ialah untuk rakan niaga yang layak dan pelanggan profesional sahaja (semua saluran pengedaran). Tiada Dokumen Maklumat Penting (KID) Pakej Produk Pelaburan Berasaskan Insurans dan Peruncitan (PRIIP) Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) kerana ia tidak tersedia untuk peruncitan di EEA. Tiada Dokumen Maklumat Penting (KID) PRIIP UK kerana Pengeluar dikecualikan daripada Peraturan PRIIP UK.

Bagi mengelakkan keraguan, Rangka Kerja Bon SDG Penerbit ataupun pendapat pihak kedua yang berkaitan tidak membentuk, dan tidak membentuk sebahagian daripada Memorandum Tawaran Asas atau mana-mana bahan lain yang dirujuk dalam penerbitan ini.

Penarafan bukan merupakan satu cadangan untuk membeli, menjual atau memegang sekuriti dan mungkin tertakluk kepada semakan, penggantungan atau penarikan balik pada bila-bila masa oleh organisasi yang mengendalikan penarafan tersebut.

Hubungan Media : 

Basak Pamir
T+43151564174
B.Pamir@opecfund.org

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1987104/OPEC_Fund_for_International_Development_Building.jpg
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1987105/OPEC_Fund_for_International_Development_Director_General.jpg
Infografik: https://mma.prnewswire.com/media/1987106/Distribution_by_Geography.jpg
Infographic: https://mma.prnewswire.com/media/1987107/Distribution_by_Investor_Type.jpg
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1987108/OPEC_Fund_logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: OPEC Fund for International Development
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service