omniture

Cisco dan AGT Membentuk Perikatan Strategik Global Bandar Pintar bagi Mengubah Cara Bandar Diuruskan dan Dilindungi

AGT International; Cisco
2014-02-06 09:53 157

-- Penyelesaian Bandar Menghidupkan Internet of Everything

NEW YORK, 6 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Cisco, peneraju dunia daripada segi IT, dan AGT International, peneraju global daripada segi penyelesaian bandar, hari ini mengumumkan Perikatan Strategik Global Bandar Pintar yang akan melaksanakan janji Internet of Everything (IoE) melalui analisis pinggir serta teknologi awan yang bakal mengubah cara bandar diuruskan dan dilindungi secara dramatik.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140205/DC59194LOGO-a)

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140205/DC59194LOGO-b)

Kombinasi perangkaian pintar, pengkomputeran maya dan perisian pengurusan video daripada Cisco dan platform perisian bandar pintar, gerbang sensor serta analisis daripada AGT akan menyediakan penyampaian perkhidmatan yang berkesan kos dan cekap yang bakal mempertingkatkan kehidupan harian rakyat di samping memperbaiki perkhidmatan bandar – daripada pengangkutan dan penjagaan kesihatan sehinggalah kepada infrastruktur kemudahan dan juga ketersediaan menghadapi bencana serta keselamatan peribadi.

Wim Elfrink, naib presiden eksekutif, Penyelesaian Industri dan Ketua Pegawai Globalisasi Cisco berkata: "Hari ini, 99 peratus daripada dunia fizikal tidak terhubung dengan Internet. Namun, bandar merupakan pusat untuk Internet of Everything, yang membolehkan orang ramai, benda, data dan juga proses dihubungkan bagi memberikan nilai baharu yang mengagumkan. Fikirkan kemungkinan yang boleh dicapai. Ini wawasan yang kami boleh penuhi hari ini melalui kombinasi tersendiri teknologi perangkaian dan pengkomputeran Cisco yang tiada tandingan berserta platform bandar pintar AGT yang canggih. Dengan kepimpinannya yang diiktiraf daripada segi penyelesaian perisian dan analisis yang memperbaiki kehidupan seharian, AGT ialah rakan kongsi unggul bagi mengubah pengurusan bandar."

Mati Kochavi, Ketua Pegawai Eksekutif AGT berkata: "Perikatan Cisco dan AGT membawakan pandangan menyeluruh untuk ekosistem bandar, yang sedang menghadapi cabaran oleh pertumbuhan dramatik dan juga sumber yang terhad. Peluang ini timbul daripada penyepaduan maklumat daripada Internet of Everything di samping penggunaan kelebihan data dengan cara baharu. Internet of Everything bakal mengubah bandar hari ini agar menjadi bandar hebat masa hadapan dengan membolehkan penyelesaian yang membantu menguruskan pertumbuhan dan memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat. Melalui perikatan ini, Cisco dan juga AGT bakal merealisasikan wawasan yang mendedahkan potensi luas pusat bandar seluruh dunia. Kami akan membolehkan bandar menjangka serta mencegah ancaman terhadap rakyat dan harta benda; menjadikan kehidupan lebih cekap, selamat dan juga menyeronokkan; di samping benar-benar membuatkan bandar kita mampan."

Rob Lloyd, presiden, Pembangunan dan Jualan Cisco, berkata: "Perikatan Cisco dan AGT adalah lebih daripada sekadar persetujuan kolaborasi. Cisco dan juga AGT berada dalam kedudukan tersendiri bagi menerajui pembangunan penyelesaian awan bandar. Dengan menggabungkan teknologi maju bersama pemahaman mendalam tentang keperluan bandar yang berubah-ubah, kami boleh mengubah cara pelaksanaan perkhidmatan bandar."

Ruthbea Yesner Clarke, pengarah penyelidikan global, program Strategi Bandar Pintar IDC berkata: "Bandar Pintar ialah realiti masa hadapan bagi perbandaran seluruh dunia. Semua bandar ini akan menggunakan kuasa rangkaian komunikasi merata, teknologi sensor wayarles yang tersebar luas serta sistem pengurusan pintar bagi menyelesaikan cabaran semasa dan masa hadapan di samping mencipta perkhidmatan baharu yang menguja."

Sebagai penyelesaian yang dibina berdasarkan platform pengurusan bandar AGT yang canggih, penyelesaian ini menggunakan teknologi analisis serta pengesanan berbilang seperti analisis video dan akustik, penglibatan media sosial, penjejakan nombor pendaftaran kenderaan, pengenalpastian wajah, penyumberan khalayak ramai mudah alih, aplikasi mudah alih untuk pekerja awam di bandar, sisa pintar serta sumber lain. Platform perpaduan bandar AGT, dikuasakan oleh teknologi Cisco Unified Computing System™ menggunakan analisis data besar bagi mengurangkan amaran palsu sambil meningkatkan kadar pengesanan insiden. Perkongsian platform, infrastruktur dan pengurusan yang sama membenarkan agensi bekerja dengan lebih cekap dan berkesan kos, terutamanya apabila menghadapi kekangan belanjawan. Semua faedah ini boleh dicapai dalam model pentadbiran bandar terpencar, yang dengannya autonomi sesebuah agensi akan dikekalkan manakala perkongsian dan penggunaan semula dimaksimumkan.

Penyelesaian yang bakal mengubah pentadbiran bandar

Penyelesaian pertama akan sedia didapati pada pertengahan tahun 2014 dan akan mula-mula memberi tumpuan terhadap dua bidang penting:

  • Penyelesaian pengurusan lalu lintas yang akan mengenal pasti, memberi maklum balas di samping menyelesaikan insiden lalu lintas dengan menyediakan kesedaran situasi lalu lintas masa sebenar yang akan menyokong pengesanan insiden menggunakan suapan video secara langsung dari zon insiden, dengan analisis video, sensor magnetik wayarles di dalam jalan berturap, pengesan nombor pendaftaran kenderaan, media sosial dan juga ramalan pemodelan lalu lintas lanjutan serta rumusan strategi alternatif. Sistem ini menyokong perkongsian suapan video merentasi pelbagai agensi berbeza dan turut menyediakan analisis arah aliran insiden mengikut masa. Penyelesaian ini menangani masalah global; kesesakan lalu lintas yang menelan kerugian $121 bilion setahun akibat kerugian masa dan juga bahan api di A.S. sahaja, menurut Institut Pengangkutan A&M Texas.
  • Penyelesaian keselamatan bandar yang membolehkan bandar meramal, membuat persediaan, memberi maklum balas di samping mengurangkan insiden pengendalian serta keselamatan dengan mengenal pasti aktiviti yang mencurigakan dengan lebih pantas. Insiden akan diuruskan melalui perisian yang menggunakan kelebihan pelbagai sensor, data bandar, serta suapan visual dan media sosial. Penyelesaian ini menggunakan analisis bagi mengautomasikan dan turut menghasilkan gambaran situasi itu lalu menyarankan maklum balas yang bersesuaian.

Penyelesaian masa hadapan yang akan dibangunkan dan dilancarkan kelak bakal memberi perhatian terhadap infrastruktur kritikal bandar dan juga negara, seperti lapangan terbang, stesen kereta api serta stadium.

Tawaran Cisco dan AGT pada mulanya akan disediakan di premis sendiri dan bakal berevolusi menjadi model "Perisian sebagai Perkhidmatan" berasaskan awan. Model ini boleh disuai khusus dan mudah lentur bagi menyokong pelbagai keperluan serta had belanjawan pelanggan. Sebagai sebahagian daripada persetujuan ini, AGT telah memilih Cisco sebagai penyedia awannya untuk penyelesaian awan bandar.

Bagi melaksanakan semua penyelesaian ini, AGT dan Cisco akan menyepadukan teknologi pengurusan video VSM Cisco® serta menyokong rangkaian kamera Cisco yang menerajui bersama platform bandar AGT, lalu mencipta penyelesaian bersepadu yang sangat boleh skala dan menyokong ratusan ribu sensor dalam satu sistem sahaja. Perikatan ini mempunyai peta penyepaduan antara dua syarikat yang akan dilaksanakan mengikut masanya, dan kedua-dua syarikat itu akan membina makmal penyelidikan dan juga pembangunan bagi menguji penyelesaian bersepadu untuk menyokong pelanggan.

"Bandar semakin membesar dengan kadar 10,000 orang setiap jam," kata Elfrink. "Tetapi dengan Internet of Everything dan analisis lanjutan, kita boleh mengubah cabaran itu agar menjadi peluang bagi merevolusikan kehidupan bandar."

Kochavi menambah, "Ini bertujuan untuk mencipta dunia yang lebih selamat dan sejahtera, bukan sahaja untuk sebilangan orang tetapi untuk semua."

Latar belakang Cisco
Cisco (NASDAQ: CSCO) ialah peneraju dunia daripada segi IT yang membantu syarikat merebut peluang masa hadapan dengan membuktikan yang perkara hebat boleh berlaku apabila anda menghubungkan apa yang tidak terhubung sebelum ini. Bagi berita berterusan, sila ke http://thenetwork.cisco.com

Latar belakang AGT International
AGT International ialah syarikat teknologi pegangan swasta yang berpusat di Zurich, Switzerland. AGT menyediakan penyelesaian perisian analisis dan ramalan kuat yang terhubung dengan pelbagai peranti dan juga sensor, termasuk media sosial. Penyelesaian ini membolehkan pelanggan menderia dunia, menganalisis persekitaran kompleks, serta meramal acara dengan tumpuan terhadap memberikan pulangan daripada pelaburan.

Cisco dan juga logo Cisco ialah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar Cisco dan/atau syarikat gabungannya di A.S. dan negara lain. Senarai tanda niaga Cisco boleh didapati di www.cisco.com/go/trademarks. Tanda niaga pihak ketiga yang disebut ialah kepunyaan pemilik masing-masing. Penggunaan istilah rakan kongsi tidak membayangkan hubungan perkongsian antara Cisco dan apa-apa syarikat lain.

Source: AGT International; Cisco
Related Stocks:
NASDAQ:CSCO
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications