EVERETT, Washington, 6 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Fluke Biomedical, pengeluar yang menerajui di dunia untuk peralatan ujian bioperubatan, hari ini mengumumkan pemerolehan Unfors RaySafe.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140205/SF59237LOGO)
Dengan pemerolehan ini, Fluke Biomedical menjadikan peranti jaminan kualiti yang menerajui industri untuk sinar-X diagnostik daripada Unfors RaySafe sebagai salah satu produk yang ditawarkannya. Dengan portfolio yang dipertingkat terutamanya dalam bidang sinar-X diagnostik, sistem pemantauan dos masa sebenar untuk kakitangan perubatan, dan penyelesaian perisian pengesanan dos pesakit, rangkaian produk Unfors RaySafe akan memperluaskan tapak pelanggan Fluke Biomedical serta memenuhi permintaan pasaran dengan menawarkan penyelesaian inovatif dan canggih.
Matlamat Fluke Biomedical dengan pemerolehan ini adalah untuk menyediakan portfolio peralatan ujian yang lengkap bagi penyedia penjagaan kesihatan, institusi dan juga pengeluar peranti perubatan. Kedua-dua syarikat menganggap ciri mesra pengguna produk mereka, digabungkan dengan teknologi maju dan ketepatan pengukuran maksimum, sebagai aset mereka yang paling berharga.
"Kedua-dua syarikat kami berkongsi budaya yang sama. Ini merupakan asas yang sesuai bagi meneruskan hubungan cemerlang kami dengan kakitangan, pelanggan dan rakan kongsi kami," kata Magnus Kristoferson, Ketua Pegawai Eksekutif Unfors RaySafe. "Kami mempunyai pengalaman dalam pasaran yang sangat khusus di seluruh dunia, kami arif dengan perniagaan kami dan kini kami boleh memaksimumkan kecekapan kami. Dahulu, Unfors RaySafe pernah menarik perhatian pasaran bukan sahaja dengan fungsian serta ketepatan pengukuran produknya, tetapi juga dengan rekaannya yang menawan dan antara muka pengguna yang intuitif."
Fluke Biomedical menerajui dunia daripada segi penghasilan produk simulasi dan ujian bioperubatan, termasuk penguji keselamatan elektrik, simulator pesakit, penganalisis prestasi, di samping sistem ujian serta dokumentasi prestasi automatik dan bersepadu sepenuhnya. Dengan saluran pengedaran dan jualan yang tersebar seluruh dunia, Fluke Biomedical menjangkakan wujudnya pertumbuhan melalui rekaan inovatif dan penyelesaian kreatif buat para pelanggannya.
"Pemerolehan Unfors RaySafe membawakan pasukan yang kuat dan telah menghasilkan inovasi yang menerajui untuk pasaran keselamatan serta ujian radiasi kepada Fluke Biomedical," kata Eric Conley, Pengurus Besar Fluke Biomedical. "Gabungan Unfors RaySafe dan Fluke Biomedical mempercepatkan kemampuan kami bagi menyediakan portfolio luas yang terdiri daripada peralatan ujian bertaraf dunia kepada pelanggan kami."
Perspektif baharu serta kenaikan taraf produk, digabungkan bersama komitmen terhadap kepuasan pelanggan akan kekal sebagai tanda ciri kedua-dua organisasi itu.
Latar Belakang Fluke Biomedical
Fluke Biomedical ialah penyedia global yang unggul untuk peralatan serta perkhidmatan ujian dan pengukuran kepada industri penjagaan kesihatan. Kami berusaha untuk menjadi sumber terbaik bagi menyediakan penyelesaian inovatif untuk memperbaiki kualiti kesihatan global. Kami berkhidmat untuk jurutera bioperubatan, juruteknik jaminan kualiti, doktor perubatan, pakar onkologi dan para profesional keselamatan radiasi dan kami terus memperluaskan lagi rangkaian penyelesaian kami untuk lebih ramai profesional kesihatan dan keselamatan. Bagi maklumat lanjut tentang Fluke Biomedical, lawati www.flukebiomedical.com.
Latar Belakang Unfors RaySafe
Unfors RaySafe menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk kamar sinar-X yang terdiri daripada peranti bagi jaminan kualiti serta servis mesin sinar-X diagnostik, pemantauan dos masa sebenar untuk kakitangan perubatan dan juga perisian pengesanan dos pesakit. Semua produk menggabungkan ciri mesra pengguna dengan teknologi paling canggih dan semuanya adalah berdasarkan misi syarikat bagi membantu juruteknik, kakitangan perubatan dan pesakit mengelakkan pendedahan kepada radiasi yang boleh dielakkan. Unfors RaySafe ditubuhkan pada tahun 1994 di Billdal, Sweden, yang merupakan lokasi ibu pejabat syarikat tersebut sehingga ke hari ini. Dengan cawangan di A.S., U.K., Jerman, Singapura, India, Jepun serta China di samping rangkaian jualan yang terhubung rapat, Unfors RaySafe berkhidmat untuk tapak pelanggan global yang termasuklah pengeluar yang menerajui bagi mesin sinar-X dan juga hospital universiti seluruh dunia. Unfors RaySafe dimiliki sepenuhnya oleh Fluke Biomedical sejak tahun 2014. Bagi maklumat lanjut tentang Unfors RaySafe, lawati www.raysafe.com.
Bagi Maklumat Lanjut
Shannon Deveny
Pengurus Komunikasi Pemasaran
+1-425-446-4600
shannon.deveny@flukebiomedical.com