omniture

MELANIE GRANT DILANTIK SEBAGAI PENGARAH EKSEKUTIF BAHARU RESPONSIBLE JEWELLERY COUNCIL

The Responsible Jewellery Council
2023-01-23 14:00

Pemikir, penulis dan kurator terkenal itu mengambil alih pucuk pimpinan organisasi tersebut 

LONDON, 23 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Responsible Jewellery Council (RJC), sebuah organisasi penetapan standard kelestarian terkemuka di dunia untuk industri barang kemas dan jam tangan, hari ini melantik Melanie Grant sebagai Pengarah Eksekutif baharunya. Seorang pemikir, penulis dan kurator terkenal, Cik Grant membawakan lebih 20 tahun pengalaman berkhidmat di syarikat yang terbesar dan paling berpengaruh dalam industri jam tangan dan barang kemas. Sebagai tambahan kepada pentauliahan dan penyuntingan kandungan mewah, beliau membawa pengalaman kepimpinan yang signifikan ke dalam peranan tersebut. 

Melanie Grant
Melanie Grant

Melanie Grant telah berkhidmat sebagai wartawan selama lebih 20 tahun -- pernah bertugas di The Times, The Financial Times, The Independent, The Guardian, The BBC dan -- hingga tahun 2022 -- The Economist, di mana beliau merupakan editor barangan mewah bagi majalah 1843 Magazine, sebuah anak syarikat penerbitan The Economist. Beliau bekerja di The Economist selama 16 tahun sebagai editor barang kemas dan editor gambar dan mengambil cuti sabatikal untuk menulis buku pertamanya tentang permata sebagai seni, bertajuk Coveted: Art and Innovation in High Jewellery, telah diterbitkan oleh Phaidon pada bulan Oktober 2020.  Beliau telah menjalankan misi sepanjang dekad yang lalu untuk menghapuskan sempadan antara bentuk kesenian agar barang kemas turut dianggap sebagai seni halus.

David Bouffard, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah RJC berkata, "Bagi pihak lembaga pengarah, kakitangan dan semua ahli kami, saya berasa bangga untuk mengalu-alukan kedatangan Melanie sebagai Pengarah Eksekutif baharu kami.  Beliau mempunyai naluri dan pengetahuan yang mendalam tentang barang kemas dan jam tangan serta kemahiran kreatif yang unik yang merupakan visi industri dan pengguna.  Saya percaya beliau akan berjaya membawa RJC ke era baharu sambil kami meneruskan misi penambahbaikan berterusan dalam integriti rangkaian barang kemas dan jam tangan global." 

Tugas Cik Grant adalah untuk terus meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna, pengumpul, pereka bentuk, jenama dan pakar rantaian bekalan tentang keperluan penting untuk mengukuhkan amalan perniagaan yang lestari dalam industri jam tangan dan barang kemas.  Dengan hampir 1,700 ahli di 71 buah negara, RJC telah memberikan tanggungjawab kepada beliau untuk bekerjasama rapat dengan ahli lembaga pengarah, pasukan pengurusan, kakitangan dan pihak berkepentingan luaran untuk memastikan pertumbuhan RJC pada masa hadapan.  Beliau berhasrat untuk membawa kejelasan dan kreativiti kepada ruangan kemewahan yang kompleks dan sangat penting ini.

"Kami kini mengamalkan kelestarian sama seperti transformasi digital yang kami guna pakai sejak 20 tahun yang lalu.  Mereka yang menerimanya bukan sahaja berkembang maju malah turut memperoleh pelanggan yang baharu dan lebih muda," ujar Cik Grant.  "Mereka yang tidak memanfaatkan transformasi digital akan ketinggalan dalam banyak perkara.  Kelestarian merupakan isu tunggal terbesar yang dihadapi industri jam tangan dan barang kemas hari ini dan saya ingin membantu semua orang memahami apa yang boleh mereka lakukan untuk menjadi sebahagian daripada pergerakan ini.  Saya berbesar hati kerana telah dipilih untuk menerima tugas yang penting ini."

Selain latar belakang media beliau yang mendalam, Cik Grant juga telah menjadi kurator untuk Sotheby's, TEFAF Maastricht dan The Serpentine Galleries. Beliau turut menjadi penceramah tamu di Central Saint Martin's dan The Royal College of Art; menulis untuk Vogue, Vanity Fair, The Goldsmiths' Company dan The Natural Diamond Council; serta menjadi jurucakap di The Science Museum, The British Museum, The MFA Boston dan Victoria and Albert Museum. Beliau menganggotai lembaga pengarah New York Jewelry Week, The Black in Jewelry Coalition dan The Copenhagen Commitment, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikhususkan untuk ketelusan etika.

Diasaskan pada tahun 2005 oleh 14 organisasi industri utama, pensijilan RJC hari ini -- melalui Kod Amalannya -- kini meliputi lebih separuh daripada pasaran barang kemas dunia.

Livia Firth MBE, Pengasas Bersama merangkap Pengarah Kreatif Eco Age dan Ketua Perubahan PBB berkata, "Saya berasa teruja dan kagum dengan pelantikan daripada RJC ini.  Melanie mempunyai pendapat yang kukuh, bebas dan inklusif, dan beliau sememangnya amat sesuai untuk menjalankan usaha penting yang dilakukan oleh RJC -- dan ia perlu diteruskan -- untuk membawa perubahan yang besar kepada industri barang kemas dan jam tangan."

Melanie Grant, Pengarah Eksekutif RJC, sedia untuk sebarang permintaan temu bual bermula hari ini.

TENTANG RESPONSIBLE JEWELLERY COUNCIL

Responsible Jewellery Council (RJC) ialah organisasi penetapan standard terkemuka dalam industri barang kemas dan jam tangan global. Ia mempunyai hampir 1,700 buah syarikat anggota di 71 buah negara, yang merangkumi rantaian bekalan barang kemas daripada perlombongan hingga ke peruncitan. Ahli RJC komited dan diaudit secara bebas mengikut Kod Amalan RJC – sebuah standard antarabangsa tentang amalan perniagaan yang bertanggungjawab untuk sumber berlian, batu permata berwarna, perak, emas dan kumpulan logam platinum.

RJC ialah sebuah syarikat yang mematuhi Pematuhan Kod ISEAL. Sistem kami telah dinilai secara bebas mengikut Kod Amalan Baik ISEAL – satu rangka kerja yang diiktiraf di seluruh dunia untuk sistem kelestarian yang berkesan dan boleh dipercayai. Maklumat lanjut boleh didapati di isealalliance.org. yang juga merupakan ahli United Nations Global Compact (UNGC) sejak tahun 2009.

Untuk maklumat lanjut tentang Ahli, Pensijilan dan Piawaian RJC, sila lawati www.responsiblejewellery.com dan berhubung dengan kami di LinkedIn, Twitter dan Facebook.

UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT

HUBUNGAN HONEST PR: Katie Manderson +44 7917 030387

HUBUNGAN KOMUNIKASI RJC: Olivia Saunders-Smith +44 7399 608555

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1987074/RJC_Melanie_Grant.jpg?p=medium600
Logo -  https://mma.prnasia.com/media2/1987075/RJC_Logo.jpg?p=medium600

     

Source: The Responsible Jewellery Council
Keywords: Art Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Personnel announcements