omniture

Syngenta - Temu ramah Pencapaian Sepanjang Tahun bersama Ketua Pegawai Eksekutif

Syngenta
2014-02-06 10:04 113

LONDON, 6 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Dalam temu ramah video berkenaan dengan pencapaian sepanjang tahun, Ketua Eksekutif Syngenta, Mike Mack mendedahkan syarikat tersebut mengalami perkembangan jualan bersepadu sebanyak 6% sepanjang tahun 2013. Beliau turut mengumumkan program kecekapan kos utama:

"Kosnya bernilai $900 juta dan akan memberikan pulangan faedah sebanyak $1 bilion setahun daripada segi penjimatan kos tahunan… Ini akan disasarkan dalam tiga bidang. Bidang pertama ialah penghasilan manakala yang keduanya ialah penyelidikan dan pembangunan. Bidang ketiga ialah operasi berhadapan dengan pelanggan kami, yang mungkin sekali merupakan yang paling penting."

En. Mack turut menekankan tentang implikasi penurunan harga komoditi yang lemah serta turun naik nilai mata wang dalam pasaran baharu terhadap perniagaan beliau pada tahun berikutnya:

"Mata wang sentiasa berada dalam fikiran setiap individu dan turun naik nilai mata wang ini amat membimbangkan. Namun, pendedahan dan pengalaman Syngenta bagi tempoh 13 tahun yang lalu dalam menghadapi cabaran ini telah menyediakan kami dengan program pengurusan risiko yang telah banyak membantu kami memperkembangkan perniagaan ke dalam beberapa pasaran baharu tersebut."

Beliau turut meramalkan tahun 2014 akan menyaksikan "perkembangan jualan pada kadar yang hampir serupa dengan tahun 2013" dan beliau turut menegaskan tentang sasaran jualan sebanyak $25 bilion menjelang tahun 2020.

Temu ramah dan transkrip video tersebut kini boleh didapati menerusi http://video.merchantcantos.com.

MerchantCantos menjalankan temu ramah yang terperinci, dokumentari serta siaran web bersama para eksekutif kanan sesebuah syarikat. Jika anda ingin menghubungi kami, sila hantarkan e-mel kepada prnsupport@merchantcantos.com atau hubungi kami di talian +44-207-936-1352.

Source: Syngenta
Related Stocks:
NYSE:SYT OTC:SYENF Swiss:SYNN Swiss:SYNNE XETRA:SVJ
Keywords: Agriculture