omniture

Pembekal Bunga Hop Milik Penanam dan Koperasi Penanam New Zealand Menjalin Kerjasama Global

Yakima Chief Hops
2023-01-24 00:00 0

YAKIMA, Washington, 24 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Yakima Chief Hops (YCH), pembekal bunga hop global yang dimiliki 100% oleh penanam dan New Zealand Hops Ltd. (NZ Hops), satu-satunya Koperasi Penanam di New Zealand telah memeterai sebuah kerjasama global. Ini merupakan detik penentu dalam industri bunga hop oleh kerana dua organisasi yang berkongsi nilai yang sama apabila diterajui para penanam mengubah industri ini dengan menyertai pasaran bunga hop beraroma yang paling penting di dunia untuk membawa bunga hop dengan rasa dan aroma yang luar biasa kepada pembuat bir di seluruh dunia. Sentiasa meneruskan misi mereka untuk menghubungkan para pembuat bir dan penanam, YCH teruja apabila pembuat bir di seluruh dunia berkongsi hubungan yang sama bukan sahaja dengan penanam di Barat Laut Pasifik, tetapi juga dengan penanam dari New Zealand.

YCH telah ditubuhkan dengan matlamat untuk menghubungkan ladang bunga hop milik keluarga dengan para pembuat bir terbaik di dunia. "Menghubungkan ladang bunga hop milik keluarga dengan para pembuat bir bukanlah hanya melibatkan keluarga penanam kecil sahaja," kata Bryan Pierce, Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran YCH, "Kebanyakan penanam daripada Hops NZ adalah begitu serupa antara satu sama lain dan merupakan keluarga berbilang generasi dengan minat yang begitu mendalam terhadap bunga hop seperti mereka yang ada di sini di Washington, Oregon dan Idaho."

Dalam sebuah kerjasama global, YCH akan menjadi pembekal pilihan bagi produk NZ Hops di seluruh dunia. "Ladang kami mengeluar bunga hop berkualiti terbaik yang ditanam di New Zealand, namun kami memerlukan rakan kongsi yang boleh membantu kami membawanya ke seluruh dunia. Tiada syarikat yang lebih baik daripada Yakima Chief Hops apabila berkaitan dengan akses dan kebolehpercayaan global," kata Blair Stewart, Pengurus Besar Jualan & Pemasaran NZ Hops.

Varieti bunga NZ Hops dalam bentuk pelet T-90 akan tersedia melalui YCH secara serta-merta. Susulan penuaian pada musim bunga 2023, YCH merancang untuk menghasilkan varieti bunga berikut ke dalam bentuk pelet jenama Cryo Hops® mereka yang dipatenkan: Nelson Sauvin™, Motueka™, Wai-iti™, Wakatu™, Riwaka™ dan Nectaron®.

Para pelanggan Yakima Chief Hops boleh mengakses varieti NZ Hops melalui pasukan jualan serantau YCH atau boleh diakses melalui akaun pembuat bir komersial di www.yakimachief.com/commercial/hop-wire/nz-hops-partnership.

Yakima Chief Hops 

YCH ialah pembekal bunga hop global yang dimiliki 100% oleh penanam dengan misi untuk menghubungkan para pembuat bir dengan ladang bunga hop milik keluarga. Beroperasi selama lebih 30 tahun, peranan kami telah berkembang selain menjadi pembekal bunga hop semata-mata. Kami merupakan peneraju dalam inovasi, kualiti dan perkhidmatan pelanggan. Kami merupakan sumber kepada pembuat bir serta menyediakan produk berasaskan penyelesaian dan penyelidikan yang terkemuka dalam industri. https://www.yakimachief.com/

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1016498/Yakima_Chief_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Yakima Chief Hops
Keywords: Agriculture Beer, Wine & Spirits Beverages Retail Licensing/marketing agreements