![]() |
CARLSBAD, California, 26 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Breg, Inc., sebuah syarikat perkhidmatan pendakapan dan pengebilan ortopedik terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan pembekal peranti perubatan, Coreal International untuk membawa portfolio produk pendakapan dan terapi sejuknya yang luas kepada pakar perubatan dan pesakit mereka di China.
"China mewakili pasaran yang menarik untuk Breg, manakala Coreal merupakan rakan kongsi yang kukuh yang baru sahaja mencapai pertumbuhan sebanyak 20% dan mencatatkan hasil pendapatan tertinggi pada tahun 2022," kata Bianca Flikweert, Pengarah Jualan Antarabangsa Breg.
Coreal kini membekalkan peranti perubatan Kelas 1, 2 dan 3 ke seluruh China daripada syarikat-syarikat terkenal seperti Medtronic, B Braun, Johnson & Johnson dan Olympus. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan mempunyai 50 orang pekerja.
"Kami sangat berharap agar dapat mengembangkan jejak yang kukuh bagi produk Breg di China," kata Steven Tao, Ketua Pegawai Eksekutif Coreal. "Bagi kami, ia adalah lebih daripada sekadar satu kerjasama; ia merupakan satu tanggungjawab untuk membina reputasi Breg dalam kalangan pakar perubatan dan pesakit supaya mereka mengiktiraf produk Breg boleh memberi impak yang signifikan dan bermakna dalam kehidupan mereka."
Produk Breg akan tersedia melalui Coreal mulai musim bunga 2023.
Tentang Breg
Breg menghasilkan pendakapan dan peranti ortopedik, namun selain daripada itu, syarikat ini menjadikan pengedaran peralatan perubatan yang tahan lama menjadi lebih mudah untuk pelanggan dalam setiap peringkat yang dilalui, daripada kecederaan sehingga menjadi sihat. Breg komited untuk menyokong para pengamal perubatan melalui kerjasama yang komprehensif, menyokong pesakit dengan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi serta memberikan sokongan yang lancar kepada kemudahan yang menguruskan kerumitan penjagaan kesihatan moden.
Sebagai penyedia terbesar peranti terapi sejuk di A.S. dan penyedia pendakapan ortopedik domestik kedua terbesar, Breg menyediakan produk kepada berjuta-juta pesakit setiap tahun. Ditubuhkan pada tahun 1989, Breg berpangkalan di Carlsbad, California, dan merupakan sebuah anak syarikat Water Street Healthcare Partners, iaitu pelabur strategik yang memberi tumpuan secara eksklusif kepada industri penjagaan kesihatan. Sila layari www.breg.com.
Tentang Coreal International
Coreal International telah dilancarkan pada tahun 2015 dan dimiliki oleh Honrely Medical Products Co, Ltd. yang berpangkalan di Shanghai. Misinya adalah untuk meningkatkan kesihatan pesakit dengan menyediakan peranti perubatan yang berkualiti tinggi dan memperkasakan para pekerja mereka untuk memberikan penyelesaian terbaik dalam bidang peranti perubatan.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/338767/breg__inc__logo.jpg?p=medium600