![]() |
PENNSAUKEN, New Jersey, 26 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Scrub Daddy, jenama Span Kegemaran Dunia (World's Favorite Sponge™) akan muncul dalam rancangan Shark Tank, pada hari Jumaat 27 Januari jam 8 malam EST di ABC. Episod kali ini akan memberi maklumat terkini tentang Ibu Pejabat Global baharu Scrub Daddy serta perkembangan jenama ini selama sepuluh tahun yang lalu sejak ia mula-mula muncul dalam rancangan Shark Tank (26/10/2012). Episod kali ini juga akan menampilkan perjanjian kerjasama dua hala terbaharu antara Scrub Daddy, Inc. dengan jenama terkenal di dunia milik syarikat barangan pengguna terkemuka Unilever iaitu Cif™.
Kerjasama antara Scrub Daddy dengan Unilever ini memperkasakan penciptaan, pemasaran dan pengedaran produk berjenama milik bersama, seterusnya memudahkan suri rumah untuk mendapatkan produk pembersihan Scrub Daddy bersama-sama dengan produk pembersihan terbaik Cif. Kerjasama ini akan menjadikan produk-produk jenama milik bersama ini tersedia di AS dan pelbagai pasaran di seluruh dunia.
"Perkongsian penjenamaan bersama global ini merupakan satu pencapaian penting dalam pertumbuhan dan pengiktirafan jenama Scrub Daddy kami di seluruh dunia. Melalui kerjasama dengan Unilever, salah sebuah syarikat barangan pengguna terbesar dan paling terkenal di dunia dengan jenama produk pembersihan CIF mereka yang terkenal di peringkat antarabangsa, kami berada pada kedudukan yang baik untuk berkembang pesat di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa," kata Aaron Krause, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Scrub Daddy, Inc.
"Kami teruja dengan kerjasama ini yang akan membolehkan Scrub Daddy dan Cif menjangkau lebih ramai pengguna di seluruh AS, Eropah dan Asia serta menjadikan proses pembersihan sesuatu yang menyeronokkan apabila dilakukan bersama-sama," kata Aseem Puri, Ketua Pegawai Eksekutif Unilever International.
Ditubuhkan pada tahun 2012, Scrub Daddy, iaitu salah sebuah syarikat yang paling berjaya dalam sejarah rancangan Shark Tank, mentakrifkan semula kategori barangan pembersihan di kedai-kedai di seluruh dunia di dua puluh tujuh buah negara. Span berbentuk wajah gembira Scrub Daddy, dengan bahagian mata dan mulut yang dipotong ini, diperbuat secara unik daripada bahan FlexTexture® berpaten dengan tekstur yang boleh berubah-ubah. Hari ini, syarikat pengeluar span berbentuk wajah yang tersenyum gembira ini menawarkan rangkaian penuh yang terdiri daripada lapan puluh lapan alat pembersihan yang inovatif termasuk: Scrub Mommy and Sponge Daddy dengan fungsi pada kedua-dua sisi, Barbeque Daddy, Scour Daddy dan sistem dispenser sabun Soap Daddy.
Produk Scrub Daddy boleh didapati di kebanyakan peruncit utama dalam negara, serantau dan antarabangsa termasuk Target, Walmart, Tesco, Amazon, Lowe's, Kroger dan Safeway/Albertson's. Misi Scrub Daddy adalah untuk membangunkan alat pembersihan yang paling inovatif dan menyeronokkan di dunia. Untuk maklumat lanjut tentang syarikat ini, sila layari scrubdaddy.com atau smileshop.scbrudaddy.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1990225/sd_cif_logo_sm2__002__ID_22e1e8981a85_Logo.jpg?p=medium600