omniture

Stagwell (STGW) Menambah CJ Worx, Agensi Pengiklanan Bebas Paling Banyak Menerima Anugerah di Thailand, ke dalam Rangkaian Gabungan Global

Stagwell Inc.
2023-01-26 20:45 0

NEW YORK dan BANGKOK, 26 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Stagwell (NASDAQ: STGW), rangkaian pencabar yang dibina untuk mengubah bidang pemasaran, mengumumkan penambahan CJ Worx, agensi pengiklanan bebas yang paling banyak menerima anugerah di Thailand, ke dalam Rangkaian Gabungan Globalnya, sebagai penambahan kepada pelaburan yang dilakukan di Asia Pasifik pada tahun 2022. 

CJ Worx akan membawa kepakaran yang telah terbukti dalam kandungan kreatif dan transformasi digital ke Stagwell, sekali gus mengukuhkan keupayaannya untuk memenuhi permintaan pelanggan di Asia Pasifik dengan kreativiti digital yang terkemuka. Dengan kehadirannya yang ketara di Thailand dan Asia Tenggara, CJ Worx akan memberikan pemahaman dan sokongan yang berharga kepada Stagwell sambil terus memperluas jangkauan dan kesannya di rantau ini.

"Apabila kami melihat karya cemerlang yang Jinn dan pasukan CJ Worx hasilkan serta keupayaan yang mereka ada, kami tahu kami perlu membawa mereka ke dalam keluarga Stagwell," kata Randy Duax, Pengarah Urusan, Stagwell Asia Pasifik. "CJ Worx ialah sebuah agensi yang sangat dihormati dan berjaya dengan kepakaran digital yang sama seperti Stagwell. Mereka adalah permata di rantau ini. Kami percaya bahawa kepakaran dan pengalaman mereka merupakan sesuatu yang berharga kepada Rangkaian Gabungan Global kami." 

CJ Worx terdiri daripada lapan buah syarikat yang menyampaikan perkhidmatan teknologi, kreatif, media dan strategi bersepadu kepada jenama seperti Netflix dan Boliden. Agensi tersebut merupakan penerima Cannes Lions Grand Prix yang pertama di Thailand – pengiktirafan tertinggi dalam pemasaran – untuk projek yang terkenal di dunia, "Padang bola sepak yang luar biasa," untuk pemaju hartanah AP THAILAND. Yang terkini, CJ Worx telah dinobatkan sebagai agensi kreatif paling popular yang ke-6 di Asia oleh Campaign.

CJ Worx akan mendapat manfaat daripada lebih 4,000 hubungan pelanggan dan kehadiran agensi global Stagwell di seluruh dunia serta alat teknologi dalam Awan Pemasaran Stagwell, satu rangkaian teknologi SaaS dan DaaS proprietari untuk para pemasar. 

"CJ Worx dan Stagwell merupakan sebuah kerjasama semula jadi. Kami mentakrifkan diri kami sebagai 'Agensi hari ini' di mana digital bukan lagi baharu tetapi hanya cara perniagaan moden yang perlu ditambah baik. Kami tidak pernah berhenti menyusun semula organisasi kami kerana persekitaran digital sentiasa berubah," kata Jinn Powprapai, Pengerusi merangkap Pengasas Bersama, CJ Worx. "Kreativiti Thai merupakan antara yang terbaik di dunia. Kami yakin bahawa kerjasama kami dengan Stagwell akan membolehkan kami memperluas jangkauan kami di Thailand dan mengeksport pendekatan bertaraf dunia rantau ini ke arah kreativiti pasaran global. Saya ingin menunjukkan kepada dunia betapa unik kreativiti di Thailand."

Stagwell telah mengambil beberapa langkah dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk meningkatkan jejaknya di seluruh Asia Pasifik, termasuk pembukaan rasmi ibu pejabat serantau di Singapura, sebuah pejabat baharu di Malaysia dan penambahan beberapa kedai kreatif dan media terkemuka di rantau ini sebagai rakan kongsi rangkaian gabungan. 

Program Gabungan Global Stagwell memperkasakan penyelesaian global yang tangkas untuk pelanggan, membolehkan Stagwell bekerjasama dengan pakar serantau untuk meningkatkan keupayaan pemasaran ke wilayah baharu. Dalam masa kurang dua tahun, Stagwell telah membentuk kerjasama dengan hampir 80 ahli gabungan di seluruh APAC, EMEA, LATAM dan Amerika Utara yang memperluas jangkauan global operasi Stagwell kepada 98 buah negara.

Tentang Stagwell
Stagwell merupakan rangkaian pencabar yang ditubuhkan untuk mengubah cara pemasaran. Kami menyampaikan prestasi kreatif yang berskala untuk jenama paling bercita-cita tinggi di dunia, menghubungkan kreativiti yang bergerak seiring bersama-sama budaya dengan penggunaan teknologi canggih untuk menyelaraskan seni dan sains berkaitan pemasaran. Dengan diterajui oleh para usahawan, lebih 13,000 orang pakar kami di lebih 34 buah negara bersatu di bawah satu matlamat: untuk memacu keberkesanan dan meningkatkan hasil perniagaan untuk para pelanggan mereka. Sertai kami di www.stagwellglobal.com. 

CJ Worx
CJ Worx merupakan salah sebuah agensi terbesar dan paling banyak menerima anugerah di Thailand. Kami memahami kepentingan kreativiti dan bagaimana ia boleh membantu memacu perniagaan anda ke hadapan. Inilah yang mendorong keseluruhan organisasi kami, daripada penceritaan kepada media kepada data dan teknologi. Ia adalah tentang siapa kami dan apa yang mendorong kami untuk membantu anda.

Hubungan Media:
Sarah Arvizo
pr@stagwellglobal.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1990259/CJ_Worx_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Stagwell Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:STGW
Keywords: Advertising Computer/Electronics Corporate Expansion Licensing/marketing agreements