Firma global bekerjasama berdasarkan Teras Jenama - iaitu Reka Bentuk, Inovasi, Kesejahteraan dan Kelestarian
KOHLER, Wisconsin, 26 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Kohler Co. yang ditubuhkan pada tahun 1873 telah membina warisannya dengan penciptaan inovasi yang mengubah industri dalam reka bentuk ruang dapur dan bilik mandi, produk ketahanan tenaga, pengalaman hospitaliti mewah dan penganjuran kejuaraan golf utama. Kreativiti dan reka bentuk canggih merupakan teras utama yang menjadi etos serta misi kehidupan serba mewah jenama KOHLER.
Pasukan pencipta Kohler yang berani di seluruh dunia menjadi asas kepada jenama KOHLER yang ikonik, begitu juga dengan pengguna dan komuniti perdagangan yang menghidupkan produk syarikat dengan cara yang kreatif dan artistik. Ketika Kohler memasuki ulang tahunnya yang ke-150, organisasi global ini menjemput semua rakan sekutu, rakan kongsi dan para pelanggan untuk mengambil bahagian dalam sambutan ini melalui satu siri acara dan aktiviti istimewa di seluruh dunia, termasuk keluaran produk edisi terhad, busana kenang-kenangan dan penceritaan melalui kandungan digital – kesemua ini dirangkum di bawah tema ulang tahun Come All Creators.
"Langkah berani dan semangat keusahawanan mengalir dalam DNA kami dan memberi maksud yang begitu mendalam kepada organisasi kami – bermula dengan pengasas kami, John Michael Kohler yang menubuhkan syarikat kami di Wisconsin bersama-sama dengan sepasukan pekerja asing yang memulakan sebuah kehidupan baharu yang lebih baik buat keluarga mereka," kata Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, David Kohler, generasi keempat daripada pucuk pimpinan keluarga Kohler dan individu kesembilan yang menerajui syarikat ini. "Bersempena dengan sambutan 150 tahun pencapaian, pembelajaran dan pertumbuhan yang kami raikan ini, kami ingin menggalakkan semua pencipta yang penuh bersemangat untuk menyertai kami dalam meningkatkan usaha secara berterusan demi memberikan gaya hidup serba mewah kepada generasi akan datang melalui reka bentuk, inovasi, kesejahteraan dan kelestarian yang lebih baik."
"Kepintaran dan minat rakan sekutu dan para pelanggan kami menjadi pemangkin kepada penciptaan idea baharu, perkongsian yang berkesan dan dunia yang lebih baik demi generasi akan datang," kata Ketua Pegawai Kelestarian dan DEI (Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman), Laura Kohler. "Mengimbau kembali pelbagai kejayaan rintis Kohler telah memberi kami inspirasi untuk memandang jauh ke hadapan dan mempelopori jalan baharu untuk memperbaiki planet, kehidupan dan komuniti kita - satu idea, satu produk, satu kerjasama, satu tindakan yang memberi impak pada satu-satu masa."
Sempena sambutan Come All Creators (Wahai Para Pencipta Marilah Berhimpun) yang akan diadakan sepanjang tahun ini, Kohler akan memberi penghormatan kepada warisannya yang unik sepanjang 150 tahun yang lalu, sambil memandang jauh ke hadapan untuk menghadapi masa depan yang lebih inovatif yang akan turut melibatkan penyertaan daripada rakan kongsi, artis berbakat dan para penjelajah yang dihargai. Bagi merealisasikan inisiatif ini, Kohler Co. bekerjasama dengan artis dan inovator Amerika, Daniel Arsham, untuk membentuk identiti kreatif sempena ulang tahun ke-150 syarikat melalui logo dan tanda, tipografi dan huruf yang menggabungkan warisan syarikat yang kaya dengan pendekatan "menerajui dengan keberanian" menuju ke masa hadapan. Sebelum ini Kohler bekerjasama dengan Arsham untuk menghasilkan sinki Rock.01 3D bercetak yang eksklusif dan 'Divided Layers', satu pemasangan arca terkenal di seluruh dunia yang ditampilkan pada tahun 2022 di Milan Design Week.
Inisiatif "Come All Creators" 2023 termasuk:
Pelancaran Produk Berwarna Warisan KOHLER
Kohler akan melancarkan beberapa reka bentuk milik yang paling ikonik dan paling laris keluaran syarikat dalam dua Warna Warisan istimewa yang akan diumumkan pada musim bunga ini dan tersedia untuk pembelian pada musim panas 2023. Pengenalan produk berwarna-warni Kohler telah mendapat sambutan yang hangat pada tahun 1927 dan kekal sebagai suatu langkah yang inovatif dalam reka bentuk yang diterajui syarikat pada hari ini.
Sila layari www.kohler.com/forever-in-color untuk maklumat lanjut.
Acara Gerai Penjaja Warna-warna Warisan di Bandar Raya New York
Pada hari Khamis, 26 Januari jam 2:00 petang Daniel Arsham akan membuat penampilan istimewa di luar Pusat Pengalaman Kohler di 6 W. 22nd Street, Bandar Raya New York untuk pengalaman trak penjaja Warna-warna Warisan yang berlangsung dari jam 10:00 pagi hingga 4:00 petang Arsham akan menandatangani dan memberikan 300 helai kemeja-T edisi terhad rekaan beliau yang menampilkan logo Ulang Tahun ke-150 dan warna-warna warisan Kohler.
Pada hari Jumaat, 27 Januari, trak penjaja dengan Warna-warna Warisan ini akan berada di sudut barat laut Union Square, E 17th & Broadway dari jam 10:00 pagi hingga 4:00 petang. Pengasas KidSuper, Colm Dillane, seorang yang berwawasan dalam dunia fesyen dengan pendekatan yang berani dari segi reka bentuk dan penggunaan warna-warna terang lagi bertenaga yang tidak dijangka, akan turut berada di lokasi pada jam 10:00 pagi untuk menyambut para tetamu dengan edisi Coklat Resipi Asal KidSuper x Kohler dalam Warna-warna Warisan yang terhad.
Penjana Kuasa Kediaman Kohler dengan Pilihan Warna dan Corak
Bagi meraikan kepimpinan Kohler sejak sekian lama dalam inovasi warna, Kohler mengembangkan tawaran penjana kuasa kediamannya yang akan merangkumi 10 warna eksklusif baharu dan 3 pilihan corak kamoflaj Mossy Oak serta warna-warna berunsurkan kashmir yang popular. Warna dan corak KOHLER membantu pemilik kediaman menjadikan penjana kuasa gantian sebagai pelengkap estetik kediaman mereka atau dengan kata lain, menjadikannya kelihatan luar biasa. Penjana kuasa kediaman KOHLER beroperasi secara automatik, dihubungkan kepada sumber bahan api di rumah (gas asli atau propana), memudahkan tuan rumah semasa berlaku gangguan bekalan tenaga serta menambah kesejahteraan seisi rumah.
KOHLER X Robert Swan
Penjelajah zaman moden, Robert Swan, satu-satunya individu yang berjalan kaki ke Kutub Utara dan Selatan, telah menjalinkan kerjasama dengan Kohler untuk Ekspedisi Berani merentasi Daratan Antartika. Swan telah menjejaki Kutub Selatan pada 10 Januari 2023, bergantung semata-mata pada penyelesaian tenaga boleh baharu KOHLER. Perjalanan Swan memberi penghormatan kepada Laksamana Muda Richard E. Byrd, juruterbang yang juga merupakan penjelajah kutub pertama berjalan kaki ke Antartika pada tahun 1929, serta bergantung secara eksklusif kepada penjana KOHLER untuk menggerakkan perjalanannya.
Kempen "Tandas di Jalan Raya"
Pada awal 1970-an, Herb Kohler, pemimpin serta inovator syarikat sejak sekian lama, mencipta kekuatan dengan WAJAH KEBERANIAN KOHLER yang mengubah bilik mandi Amerika daripada sebuah ruang yang sederhana kepada salah satu reka bentuk yang bergaya, canggih dan begitu terperinci. Kempen pengiklanan provokatif beliau telah mencabar norma konvensional dan menyasarkan para pengguna secara langsung, tidak seperti amalan industri yang menyasarkan para profesional dan pengedar. Salah satu iklan yang paling ikonik pada tahun 1980-an yang dikenali sebagai "tandas di jalan raya" dan Kohler merancang untuk menghidupkan semula iklan tersebut pada tahun 2023 ini dengan imej dan video baharu yang akan menampilkan tandas pintar Numi yang memenangi anugerah.
Acara untuk Pasaran Global
Beberapa acara dan aktiviti lain sempena sambutan ulang tahun ke-150 ini telah dirancang untuk dianjurkan di seluruh dunia sepanjang tahun depan di Pusat Pengalaman KOHLER, Kedai Barangan Khusus Kohler dan di pelbagai pameran serta acara perdagangan pada tahun 2023 termasuk: Pameran Industri Dapur & Bilik Mandi, CONEXPO, Design Shanghai, Milan Design Week, Design Miami/, Kohler Wellness Retreat serta Kohler Food & Wine. Syarikat ini juga merancang untuk menyambut ulang tahunnya bersama-sama dengan rakan sekutunya – dari dahulu hingga kini – serta mengadakan sebuah acara sambutan komuniti secara besar-besaran di Village of Kohler, ibu pejabat global syarikat.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari:
Tentang Kohler Co.
Ditubuhkan pada tahun 1873 dan beribu pejabat di Kohler, Wisconsin, Kohler Co. merupakan salah sebuah syarikat milik persendirian yang tertua dan terbesar di Amerika yang terdiri daripada lebih 40,000 ahli bersekutu. Dengan lebih 50 lokasi pembuatan di seluruh dunia, Kohler merupakan peneraju global dalam reka bentuk, inovasi dan pembuatan produk dapur dan bilik mandi; produk kabinet mewah, jubin dan pencahayaan; enjin, penjana dan penyelesaian tenaga bersih; dan merupakan pengendali/pemilik dua kemudahan hospitaliti dan destinasi peranginan golf bertaraf lima bintang di Kohler, Wisconsin dan St. Andrews, Scotland. Padang golf Kohler Whistling Straits pernah menjadi tuan rumah kepada Piala Ryder ke-43 pada tahun 2021. Syarikat ini juga membangunkan penyelesaian untuk menangani isu-isu yang mendesak seperti air bersih dan sanitasi untuk komuniti yang kurang diberi perhatian di seluruh dunia bagi meningkatkan kualiti kehidupan generasi semasa dan akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila layari kohlercompany.com.
Believing in Better: Better Planet, Better Communities, Better Lives
Believing in Better (Mempercayai yang Lebih Baik) ialah strategi kelestarian dan impak sosial Kohler berdasarkan falsafah operasi syarikat iaitu yang terbaik sentiasa boleh menjadi lebih baik – untuk planet, manusia, komuniti dan perniagaan. Believing in Better mempunyai tiga tonggak: Better Planet, Better Communities and Better Lives (Planet yang Lebih Baik, Komuniti yang Lebih Baik dan Kehidupan yang Lebih Baik). Melalui setiap teras ini, Kohler berusaha untuk membangunkan produk dan program yang boleh memberi impak yang bermakna, bukan sahaja untuk perniagaannya, malah untuk komuniti yang disertainya serta untuk kehidupan mereka yang menggunakan produknya.
HUBUNGAN:
Stephen Maliszewski |
Todd Weber |
Pengarah-Perhubungan Awam |
Pengarah Komunikasi-Perhubungan Awam |
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1989311/K150_mark_hero_digital_black.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/619434/Kohler_Logo.jpg?p=medium600