omniture

MedAlliance mendahului persaingan DEB Sirolimus AS: Pesakit pertama AS telah didaftarkan bagi Kajian DEB Sirolimus Koronari SELUTION SLR

MedAlliance
2023-01-27 12:26 0

GENEVA, 27 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Pesakit AS yang pertama telah didaftarkan di Pusat Hospital MedStar Washington bagi kajian SELUTION4ISR yang menilai SELUTION SLR™ untuk menyokong kelulusan FDA. Pencapaian ini menyusul setelah memperolehi kelulusan Pengecualian Peranti Percubaan (IDE) di AS pada bulan Oktober 2022. SELUTION SLR merupakan belon elusi ubat (DEB) koronari dengan pelepasan limus berterusan yang pertama menerima kelulusan IDE FDA untuk petunjuk Restenosis Dalam Sten (ISR).

MedAlliance leads US Sirolimus DEB race: First US Patient enrolled into SELUTION SLR Coronary Sirolimus DEB Study
MedAlliance leads US Sirolimus DEB race: First US Patient enrolled into SELUTION SLR Coronary Sirolimus DEB Study

"Kami amat teruja kerana telah mendaftarkan pesakit AS kami yang pertama," ulas Dr. Don Cutlip, Penyelidik Utama Bersama Kajian IDE SELUTION4ISR yang juga Ketua Pegawai Perubatan Institut Baim untuk Penyelidikan Klinikal. "Kajian ini memberi tumpuan kepada keperluan rawatan yang penting yang tidak dipenuhi bagi masalah restenosis dalam sten yang berterusan tanpa menambah lapisan tambahan sten logam."

"Ini merupakan hari yang menarik bagi PCI di Amerika Syarikat. DEB merupakan standard penjagaan ISR di seluruh dunia, kecuali AS. Merawat ISR koronari adalah mencabar dan langkah seterusnya adalah untuk menjadikan teknologi DEB tersedia melalui ujian klinikal rawak yang dijalankan dan direka bentuk dengan baik. Ujian ini kini sedang dijalankan dan ia adalah bagus untuk para pesakit kami!" tambah Penyelidik Utama Bersama, Prof. Roxana Mehran, Profesor Mount Sinai dalam Penyelidikan Klinikal Kardiovaskular dan Ujian Klinikal.

"Ini merupakan satu lagi pencapaian penting bagi MedAlliance: kami menghasilkan belon pelepasan limus berterusan pertama yang menerima kelulusan IDE FDA, yang pertama merawat pesakit periferal di AS dan kini yang pertama merawat pesakit koronari di AS. Ini merupakan kemuncak program R&D berbilang tahun yang memberikan data praklinikal secara komprehensif yang memenuhi piawaian FDA AS yang sangat tinggi," tambah Jeffrey B. Jump, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MedAlliance. "Kami amat gembira dengan tahap penerimaan pasaran yang tinggi yang kami alami di Eropah, Asia dan Amerika Selatan serta berharap agar kami dapat memasuki pasaran AS setelah memperolehi kelulusan FDA."

Pendaftaran bagi kajian koronari IDE SELUTION4ISR FDA sedang dijalankan di luar AS manakala pusat-pusat tambahan di AS akan menyertai Pusat Hospital MedStar Washington tidak lama lagi selepas pendaftaran pesakit AS yang pertama ini. (Pengecam ClinicalTrials.gov: NCT04280029).

MedAlliance telah menerima kelulusan IDE untuk petunjuk koronari de novo pada 6 Januari lepas. Kajian OUS SELUTION DeNovo mendaftarkan lebih 800 daripada 3,326 orang pesakit dalam kajian rawak koronari rintis ini yang membandingkan strategi rawatan dengan SELUTION SLR (DEB) berbanding strategi sten elusi ubat (DES) limus.

SELUTION SLR telah dianugerahkan Kelulusan Tanda CE untuk rawatan penyakit arteri koronari pada bulan Mei 2020. MedAlliance merupakan syarikat belon elusi ubat pertama yang menerima status Gelaran Cemerlang FDA. Selain daripada kelulusan IDE FDA yang diterima oleh syarikat ini bagi petunjuk BTK dan arteri femoral superfisial (SFA) pada bulan Mei dan Ogos 2022, MedAlliance juga telah menerima kelulusan IDE bagi restenosis dalam sten (ISR) koronari pada bulan Oktober 2022 dan lesi arteri koronari de novo pada 6 Januari 2023, yang akan melengkapkan pengalaman besar yang diperoleh syarikat melalui ujian SELUTION DeNovo di Eropah.

Teknologi DEB MedAlliance yang unik ini melibatkan MicroReservoirs yang mengandungi gabungan polimer biodegradasi yang dicampur dengan 'sirolimus' ubat antirestenotik yang digunakan sebagai salutan pada permukaan belon angioplasti. MicroReservoirs ini menyediakan pelepasan ubat yang terkawal dan berterusan sehingga 90 hari. CAT™ (Cell Adherent Technology) proprietari MedAlliance membolehkan MicroReservoirs disalut pada belon dan dipindahkan dengan cekap untuk melekat pada lumen saluran apabila dihantar melalui pengembangan belon.

SELUTION SLR tersedia secara komersial di Eropah, Asia, Timur Tengah dan Amerika (selain Amerika Syarikat) dan kebanyakan negara lain yang mengiktiraf Tanda CE. Lebih 10,000 unit telah digunakan untuk rawatan pesakit dalam amalan klinikal rutin atau sebagai sebahagian daripada ujian klinikal. Pusat-pusat yang berminat untuk menyertai kajian ini, sila berhubung dengan MedAlliance.

Tentang MedAlliance 

MedAlliance ialah sebuah syarikat teknologi perubatan yang mengumumkan pengambilalihan oleh Cordis secara berperingkat pada bulan Oktober 2022. Beribu pejabat di Nyon, Switzerland, MedAlliance mengkhusus dalam pembangunan teknologi terkini dan pengkomersialan kombinasi produk peralatan dan ubat-ubatan canggih untuk rawatan penyakit arteri koronari dan periferal. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.medalliance.com

Hubungan Media: 

Richard Kenyon
rkenyon@medalliance.com
+44 7831 569940

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1989732/MedAlliance_Image.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1196864/MedAlliance_Logo.jpg?p=medium600

Source: MedAlliance
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries