omniture

ROYAL CANADIAN MINT MENGUMUMKAN KOLEKSI SYILING NUMISMATIK SEMPENA MEMPERINGATI KEHIDUPAN DAN PEMERINTAHAN RATU ELIZABETH II

Royal Canadian Mint (RCM)
2023-01-27 18:58

Syiling bagi koleksi Queen Elizabeth II's Reign (Pemerintahan Ratu Elizabeth II) menampilkan tanda penghormatan pada bahagian depan syiling yang eksklusif

OTTAWA, ONTARIO, 27 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Kehidupan dan legasi Ratu Elizabeth II yang menjadi pemerintah dan ketua negara Kanada selama 70 tahun diabadikan dalam koleksi syiling logam berharga. Syiling perak, emas dan platinum tersebut memperingati sejarah tujuh dekad yang lalu dengan menampilkan lambang keabadian yang menandakan pemerintahan mendiang Ratu, manakala koleksi berharga yang lain memaparkan potret Ratu yang lebih dikenali dan diingati oleh rakyat Kanada sejak turun-temurun. Khazanah numismatik yang menampilkan ciri-ciri penghormatan istimewa serta memaparkan keempat-empat ukiran susuk yang pernah ditampilkan pada syiling Kanada ini, akan ditawarkan kepada orang ramai sepanjang tahun 2023. Syiling Perak Halus $5 tahun 2022 - A Potrait of Queen Elizabeth II (Potret Ratu Elizabeth II), iaitu keluaran pertama daripada koleksi cenderahati ini serta syiling Balutan Istimewa $2 tahun 2022 – Honouring Queen Elizabeth II (Penghormatan kepada Ratu Elizabeth II), tersedia mulai hari ini.

Logo Royal Canadian Mint
Logo Royal Canadian Mint

"Pemergian Ratu Elizabeth II adalah suatu peristiwa penting yang penuh penghormatan dan kebesaran yang diperakui oleh Mint," kata Marie Lemay, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Koleksi numismatik kami sempena menghormati pemerintahan beliau yang penuh bersejarah merupakan tanda terima kasih dan ucapan selamat tinggal kami kepada mendiang Ratu atas perkhidmatan beliau yang cemerlang selama bertahun-tahun."

Syiling Perak Halus $5 tahun 2022 – A Potrait of Queen Elizabeth II dan Syiling Balutan Istimewa $2 tahun 2022 – Honouring Queen Elizabeth II, boleh dibeli sekarang, manakala produk yang bertanda asterisk (*) dalam senarai berikut yang juga tersedia untuk koleksi Queen Elizabeth II's Reign boleh dipesan lebih awal mulai hari ini:

  • Syiling Perak Halus $20 tahun 2022 – A Sense of Duty, A Life of Service* (Bertugas dengan Tanggungjawab, Berkhidmat Sepanjang Hayat)
  • Syiling Platinum Tulen $300 tahun 2022 – Queen Elizabeth II's Royal Cypher* (Sifer Diraja Ratu Elizabeth II)
  • Syiling Emas Tulen $200 tahun 2022 – Queen Elizabeth II's Royal Cypher*
  • Syiling Perak Halus $20 tahun 2022 – Queen Elizabeth II's Royal Cypher*
  • Syiling Perak Halus tahun 2022 dengan 3 Set Syiling – A Tribute to an Extraordinary Life* (Penghormatan Terhadap Sebuah Kehidupan yang Luar Biasa)
  • Dolar Perak Tempaan Terbaik Edisi Khas 2022 – Imperial State Crown* (Mahkota Kegemilangan Diraja)
  • Syiling Perak Halus $50 tahun 2022 – Queen Elizabeth II's Coronation (Pertabalan Ratu Elizabeth II)
  • Syiling Perak Halus $50 tahun 2022 – Queen Elizabeth II's Reign (Pemerintahan Ratu Elizabeth II)
  • Syiling Emas Tulen $250 tahun 2022 – Imperial State Crown*
  • Syiling Perak Halus $20 tahun 2022 – Imperial State Crown*
  • Set Syiling Pengumpul Bukan Edaran 2023
  • Set Syiling Balutan Istimewa Bukan Edaran bagi Edisi Pengumpul tahun 2023 dan
  • Syiling Balutan Istimewa 50 sen Bukan Edaran bagi Edisi Pengumpul tahun 2023

Bahagian depan setiap syiling numismatik ini memaparkan tarikh berganda 1952-2022, di mana tarikh-tarikh tersebut dipisahkan oleh lambang mawar Tudor. Inskripsi ini disertakan bersama-sama lapisan empat ukiran susuk Ratu Elizabeth II yang telah muncul pada syiling Kanada sejak tahun 1953. Melainkan untuk syiling edaran Balutan Istimewa, reka bentuk bahagian depan ini adalah eksklusif untuk koleksi Queen Elizabeth II's Reign. Butiran lengkap koleksi ini boleh didapati di sini.

Syiling Perak Halus $5 tahun 2022 - A Potrait of Elizabeth II dan Syiling Balutan Istimewa $2 tahun 2022 – Honouring Queen Elizabeth II boleh dipesan terus daripada Mint di 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS atau di www.mint.ca. Ia turut tersedia di butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, di cawangan Canada Post yang mengambil bahagian serta melalui rangkaian penjual dan pengedar global Mint.

Butiran tambahan bagi koleksi ini, termasuk semua tarikh keluaran dan imej boleh didapati di sini .

Tentang Royal Canadian Mint

Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedar syiling edaran Kanada. Mint merupakan salah sebuah pembuat syiling terbesar dan paling serba boleh di dunia, menawarkan pelbagai produk syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatannya, sila layari www.mint.ca. Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Pihak media diminta untuk menghubungi: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Am Telefon: 613-884-6370, reeves@mint.ca

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1989444/Royal_Canadian_Mint_THE_ROYAL_CANADIAN_MINT_ANNOUNCES_NUMISMATIC.jpg?p=medium600

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Keywords: Banking/Financial Service Canadian Federal Government Public Interest